Followers

Wednesday, May 13, 2015

Rahsia Insan

Nama buku ni Rahsia Insan. Ia mungkin berlegar sekitar 50 tahun lepas sebagai bahan media sosial paling popular pada zamannya.           
 
Untung tuah masa diperanankkan tuan.
Untuk mengetahui untung tuah tuan dapat duduk melihat ketika tuan diperanakkan kelmarin. Begitu juga jika untuk mengetahui untung tuah anak2 tuan sendiri iaitu menurut pendapat al-hakim abi maksyar. ( maaf jika aku silap baca jawi..)

1- Jika dilahirkan diwaktu subuh alamatnya-
     Berbahagia dan mendapat kejayaan besar dalam pekerjaan.
2- Jika dilahirkan diwaktu matahari sedang naik alamat-
     Menuntut segala pekerjaan dan tak didapatinya melainkan sekadar yang dituntutnya.
3- Jika dilahirkan diwaktu dhuha alamat-
     Rezekinya bergantung kepada tenaganya dan harus susah kehidupannya.
4- Jika dilahirkan diwaktu zohor (tengahari) alamat-
     Menjadi orang yang berpangkat dan dihurmati.
5- Jika dilahirkan diwaktu asar alamat-
     Terlebih darioada segala saudara2 nya yang lain.
6- Jika dilahirkan diwaktu maghrib alamat-
    Suka pemaaf dan mudah pula pemarah lagi berharta.
7- Jika dilahirkan diwaktu isya' alamat-
     Pemurah dermawan dan baik hatinya - ikhlas.
8- Jika dilahirkan diwaktu sahur - akhir malam alamatnya-
    Ahli ibadat dan dimakbulkan Allah doanya.
  
     Sekianlah. wallahuaklambilsowab..                                                                                

No comments:

Post a Comment