Saturday, July 6, 2013

Sambal buah binjal

Pada sesiapa yang belum pernah merasai keenakan sambal belacan berasamkan buah binjai, tak payah cerita lah... Pagi tadi aku terserempak dengan buah ni dijial kat pasar. Penjual tu cakap buah ni baru ja sampai, kemarin tak dak lagi. Memang buahnya nampak baru dan segar. Belum rasa masam. Kira manis sebagai buah binjailah. Hehe. Aku memang jarang bertandang ke pekan sari atau nat. Mungkin di sana ia banyak dijual orang..

Sedang aku memilih2 tu ada seorang kakak bersama suaminya menunjukkan minatnya yang amat sangat kat buah ni. Katanya anak dia tengah mengidamkan buah ini. Bagi pihak dia sendiri tak tau satu apa pun katanya. Anak dia tu sebab pernah makan  buah ni  dijamu orang lain. Aku minat sangat lah sebab nak dapatkan buah ni cuma ada kat dalam hutan rimba sahaja. Aku pernah sebut mengenai buah binjai kat entri aku DI SINI.

Tak susah nak buat sambalnya. Hanya tumbuk cili api bersama sedikit garam dan sedikit belacan bakar. Kalau suka boleh campurkan dengan cili besar. Bila ciliapi semua dah lumat dengan biji2nya sekali, gaulkan bersama dengan isi buah binjal ini. Lumatkan sedikit supaya semuanya bergaul rata. Bolehlah dihidangkan dan makan bersama dengan nasi panas. Memang biul aku makan nasi pada tengahari ini. Ada pulak gulai masam tempoyak dan ikan pekasam. Sambal ni aku cuba makan dengan berulamkan petai mentah bersama2 kulitnya sekali. Mudah2an kelat kulit petai ni dapat mengelakkan aku dari sakit perut dipagi  hari esok.  Perut aku selalunya tak tahan dengan kepedasan sambal tumbuk cabai melaka.

2 comments:

  1. assalamualaikum mak ngah!

    balik utara itu hari saya ada makan buah ni. campor dengan sambal belacan. baki buah saya kupas, potong dan campur sedikit garam - jerukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Shah. Terima kasih sbb masih sudi lagi bertandang ke blog makngah. Yup makngah pun ada terasa nak cuba buat jeruk buah binjai mcm yg Shah buat tu tp belum pnh try lagi. Makngah teringin nak cari buah lakum la la ni... :)

      Delete