Showing posts with label Crochet yarn. Show all posts
Showing posts with label Crochet yarn. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

Nak tisu paper..?

Projek mengait cover bekas tisu ni datang secara tiba2 sahaja.
Mungkin ada yang tak selera tengok toilet tisu atau tisu paper yang macam gini..
Ini adalah idea aku untuk menghabiskan segala saki baki benang bulu aku yang masih tinggal...
Jadilah bunga kembang yang berwarna warni macam gini...
Aku gunakan tisu ini untuk mengelap di bahagian ruang dapur, ruang tamu, bilik tidur dan segalanya terutama tumpahan dan kotoran di dapur tempat memasak. 
I



Thursday, June 12, 2014

Mengait baju untuk baby.

Pertamakali aku mengait baju baby. Hasilnya agak baik. Sebenarnya aku gunakan langkah berkali2 untuk mencubanya.
Tinggi dan lebar baju siap ini ialah 25.5cm.
Aku olah dan ubahsuainya berpandukan contoh yang sebelum ini. SILA KLIK DI SINI
 Begitu juga untuk mendapatkan bentuk yang  dikehendaki aku mengait mengikut setiap lekuk rajah yang dilukis di bawah ini. Ini adalah saiz tshirt yang dilukis semula.

Ketayap comel untuk baby

  Tak ingat dah samaada aku pernah mengait lebai/ketayap sebegini sebelum2 ini. Selepas cuba mengaitnya aku dapati saiznya  sesuai untuk baby.




Bila dilipat macam ni, lebarnya 18.5cm.

Jika ada sesiapa berminat bolehlah jika ingin cuba mengaitnya. Contoh rajah mengaitnya seperti di atas.

Sunday, March 2, 2014

Baju kait warna warni..

Ini lah projek mega kait-mengait aku di abad ini. Lama juga nak siapkan gaun ini. Tapi aku  bukanlah buat kerja mengait  setiap hari.

Bukanlah sekali kait ia terus menjadi. Banyak kali juga aku rombak sebelum ia mencapai saiz yang sesuai untuk dipakai oleh cucu aku.
Kenapa warnanya bercampur baur? Aku fikir jika mengait menggunakan satu warna sahaja, mungkin aku akan menjadi jemu dan bosan. Jadi bertingket tingketlah pulak warnanya serupa dengan kek pelangi.!

  Inilah rupanya gaun asal yang aku jadikan sebagai contoh panduan. Cantik bila warna putih diserikan dengan sekuntum bunga berwarna merah kan..??
Ini rajah bunga kait yang aku gunakan, sebab tu kelopak  bunganya tak timbul! hehe..

Mulakan kaitan dari bahagian hadapan baju.
Bahagian belakang baju.
Bahagian lekuk leher  hadapan dan belakang baju.

Untuk mendapatkan saiz yang sepatutnya, aku gunakan  baju biasa sebagai panduan ukurannya.


Selepas siap mengait dan mencantumkan bahagian hadapan dan belakang baju, sambungkannya dengan mengait bahagian skirtnya pula.

Bilangan mata kaitannya hendaklah sentiasa tepat supaya rupa corak  bunganya sempurna..

Terus terang nak bagitau kat sini , ini bukanlah kali pertama aku mula mengait baju. Aku dah pernah cuba mengait baju sebelum ini. Kena ada pengalaman jugalah, itupun aku rasa aku masih belum mahir lagi. Masih lagi kena buka dan  buat semula bila bila masa bila aku ada buat silap...:)

Saturday, December 21, 2013

Topi kait berbunga besar

 Aisya lagi yang jadi model memperagakan topinya... :)

sampai dua kuntum bunganya.. :)
yang sebelah lagi.. :D
 
 
 Gambar yang aku gunakan sebagai panguan. Mulakan dari bahagian bulatan tengahnya.


http://modeles-bebe-crochet.overblog.com/bonnets-colores-et-fleuris-avec-leurs-grilles-gratuites

 
Topi yang di atas ni letak sebagai contoh sebab cantik..:)
Gambar sigadis cilik yang comel ni pun letak lagi...

Sebab apa bunga aku jadi besar sangat? Sebabnya ialah aku dah gunakan bunga yang kat atas ni sebagai hiasannya...

Topi untuk Aisya


Topi berwarna kuning untuk Si Aisya. Jadi model ajerlah cucu aku ni terpaksa memperagakan hasil2 kerja tangan toknya...:)

Banyak2 dalam satu set ni, aku hanya mampu pilih satu sahaja.... :)

 ini ada lagi...

Mengait skaf benang bulu

Suka tengok macam2 design mengait benang bulu kambing. Datang pula mood nak mencuba2. Kebanyakan topi saiznya sesuai untuk baby. Aku nampak design ni boleh diubah saiznya untuk cucu aku yang berusia 3 tahun.



 http://modeles-bebe-crochet.overblog.com/bonnets-pour-bebe-et-ses-grilles-gratuites


Mulakan dari bahagian belakang skaf dahulu. Aku tambah satu bulatan lagi untuk besarkan siket saiznya.
Panduan seterusnya ada kat sini.

Yang ini pun aku ulang tambah satu bulatan lagi .
 
Yang ini pulak langsung tak sudi nak menjadi model. Tangkap gambar pun curi-curi saja.

 http://modeles-bebe-crochet.overblog.com/chapeau-fleuri-pour-fille-et-ses-grilles-gratuites
Gambar last ni tak ada kaitan dengan cerita di atas. Aku suka2 letak sahaja...

Saturday, April 14, 2012

Mengait gaun kanak-kanak

Assalamualaikum..

Aku nak letak saja sebenarnya gaun kanak2 perempuan yang dikait kat sini. Tajuk kat atas tu saja nak bombastik ajer... :(
Memang aku bercadang juga nak cuba buat. Masalahnya ialah aku tak tau mana nak dapatkan benang yang soft dan comfortable sesuai untuk kanak2.

Aku cadang boleh reka agaknya jika aku buatkan dulu pola baju dengan saiz yang sesuai dengan seseorang budak. Lakarkan pola baju dan cuba ikut mengait mengikut saiz baju yang dikehendaki.

Aku pernah cuba cara ni untuk menjahit seluar panjang. Aku dah cuba belajar membuat pola seluar panjang mengikut buku panduan menjahit. Tapi sampai sudah aku tak dapat buat mengikut saiz yang aku rasa selesa. Alkisahnya akhirnya aku tetaskan sehelai seluar panjang dan aku gunakan kepingan pola seluar panjang yang sudah ditetas itu sebagai ukurannya. Mudah dan senang! Sampai la ni aku menjahit seluar panjang dengan menggunakan pola seluar dari seluar yang ditetas itu. Sangat berjasa! Nak beli seluar siap kat kedai, aku  ni bukannya saiz yang biasa2... hehe..

Ada panduan mengait jaket bayi kat sini jika nak dibuat sedikit panduan.
Gambar2 ni semua aku dapatkannya dari blog Magia do crochet.




Saturday, March 10, 2012

Mengait yang dilupakan...

Assalamualaikum...
Suatu hari aku terjumpa khazanah lama. Hasil benang dan jarum kait ku....

20 tahun yang lalu aku  ada rakan yang meminati bidang yang sama. Kami bersama saling bertukar corak memilih gambar2 yang kami suka. Lani mana pi photostat gambar2 ni semua? Yup, aku dah buang! 

Chairback antara saiz yang paling kecil. Dah tak der makna semua ni.. Oleh sebab ruang rumah yang sempit, tak sempat nak letak chairback, kain baju seluar sejadah selalunya yang tersidai kat atas sofa atau kerusi dah....

Heran pulak aku tengok yang ni apasal bentuknya melengkung? agaknya saiz benang yang aku gunakan main hentam2 saja atau chain atau taliar (kami orang Kedah sebut tali ayaq) dia dibentukkan secara ketat dan ada pula yang longgar...


Macam lawa lah pulak. Hu hu hu. Aku tengok orang lain letak benda2 ni semua kat blog depa nampak lawa lah pulak. Ni aku pun mengikut-ikut lah...

Satu  lagi yang berbentuk bulat.


Kawan aku cakap yang ini cantik! A'ah ya lah. Bila aku perhatikan betul2 baru aku ternampak, baru aku terperasan. Cantik. Ya cantik. Tapi kalau disuruh lagi aku buat benda2 ni semua pada masa ni, eeh tak kuasa aku rasanya. Macam tak larat ja nak membilang-bilang dan mengingat berapa tali ayaq yang nak kena bilang dan kait..

Ni spoilt. Kalaulah masa sekarang aku  buat kerja2 ni semua, tentu takkan aku biarkan saja ianya jadi macam ni. Rasanya aku akan buka dan buat semula hingga menjadi..

Ni macam kerja tak sudah. Apa kes tak tau... Misteri nusantara ke hapa?