Showing posts with label pekasam. Show all posts
Showing posts with label pekasam. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Mana nak dapat ikan merah asin?


Lama dah aku  mencari ikan merah yang diasinkan. Berpuluh tahun dulu aku  pernah makannya masa duk kat pantai timur. Ingat lagi isinya sedap, peroi dan gebu. Bila aku pergi lagi ke Kuantan dan cari kat kedai2 menjual ikan masin, tak pula terjumpa.
Tudia. Hari ini aku cuba menjemur ikan merah untuk dijadikan ikan asin. Secure gila proses aku menjemurnya! Manakan tidak. Sengaja aku fokus bagi nampak cik Lat yang datang bakal nak bubuh cik Nga. Jika lalat berjaya mencecahkan telurnya (kemudian menjadi berenga) pada ikan yang sedang ku jemur, nahas lah jadinya..!

Macamana cara nak buat ikan masin? Aku ni cuma teringat petuanya dari cakapan mulut seorang rakan lama. Katanya dia selalu buat gunakan ikan temenung/kembung. Tentunya ikan yang masih segar.. Katanya dia keringkan ikan macam ni :.
Mula2 belah belakang ikan. Keluarkan perut ikan dan mana2 darah beku yang boleh dibuang. Ikan ini tak perlu dibersihkan. Taburkan dan perapnya dengan garam kasar. (Aku perap dua malam). Selepas itu barulah ikan itu dibersihkan secukupnya sebelum ia dijemur untuk dikeringkan.

Apa hal aku sibuk sangat nak buat ikan masin ni? Beli ja, banyak dijual kat kedai. Aku ni cuba  mencari kot2 ada kelainan lah. Ikan masin biasa tu dibuat dari ikan gelama.

Nindia kat bawah ni aku tunjukkan gambar ikan merah yang aku duk idam tu. Kalaulah pembuatan ikan kering aku yang ni sedap dan menjadi, aku nak cuba buat lagi gunakan ikan ni pulak..
ehsan google

Friday, July 1, 2011

Plasom (PEKASAM)

Bahan2
-anak2 ikan atau anak2 udang
-garam, bawang putih yang ditumbuk, serai yang diracik, beras rendang yang ditumbuk dan nasi sejuk.
Gaul semua bahan2 bersama ikan yang sudah dibersihkan.
Tutup ketat dan simpan selama 3 hari.

Bezanya dengan pekasam yang aku selalu buat sebab membuat pekasam hanya mencampurkan beras goreng sahaja tanpa bahan2 tambahan seperti di atas.

Yang gambar kat atas tu pekasam dari beras goreng sahaja. Yang dicampur dengan serai, bawang putih dan nasi sejuk dah habis dimakan. Hehe.

Pekasam kat atas tu dibuat dari ikan duri. Aku beli ikan ni sebab sipenjual tu kata semua ikannya ada telur. Rupanya yang dia potong perut ada telur tu, itu sahajalah ikan yang ada telur!

Tapi jika ada sesiapa yang nak buat pekasam elok gunakan ikan gelama. Cerita lanjut pasal pekasam ada kat sini.

Dulu2 pernah dengar arwah tok aku sebut pasal plara. Sekarang ni tak dengar orang sebut dah. Rasanya dia sebut plara ikan keli.

Besar duga aku plara tu lebihkurang sama dengan pekasam. Aku cari plara kat google, rasa semua yang keluar datangnya dari negara Thailand. Bahasa Siam aku tak faham.

Dari mana aku dapat perkataan plasom ini?
Dari novel. Hehe. Dah lupa novel apa. Rasanya penulis ini seorang wanita. Dia kembara ke Laos, Mynmar atau Vietnam. Aku dah lupa. Yang aku ingat antara lain dalam tulisannya ialah penduduknya sering berpindah mencari makanan disebabkan oleh bentuk muka bumi dan cuacanya yang kering. Aci jumpa aja serangga atau sebarang haiwan yang melata, depa tangkap jadikan makanan.


Wanginya bau pekasam. Kalau tak wangi, mana ada yang sanggup menghidunya? Hehe.



Melalut-lalut aku explore pasal plara, aku dapat gambar ini. Kat Siam depa jadikan kuah yang serupa budu ni sebagai fish sauce juga. Penambah perisa pada somtam.



Pada sesiapa yang nak dapatkan keterangan lanjut dan lengkap pasal somtam kat atas ni, bukalah blog ini. Somtam asli. Tuan blog ni menetap kat United States. Dia buatkan somtam untuk suaminya. Mat saleh enjoy makan somtam.

Thursday, May 19, 2011

Pekasam ikan gelama.

Dah cukup 3 malam diperam, dah sesuai untuk digoreng.

Gambar ni spoiled. Blur.

Aku tepek lebih serbuk beras goreng semasa menggoreng. Dah macam goreng bertepung la pulak. Kalau pekasam yang dibeli, aku selalu basuh pulak beras goreng tu....

Dah 3 hari aku asik makan nasi bersama ikan pekasam. Tak tau la ni projek kali keberapa. 3 orang, aku dengan kawan2 aku pakat duk cerita pasai pekasam la la ni. Yang sorang tu lagilah canggih. Suami dia minta dia buat pekasam guna udang2 kecilyang didapati dari bendang. Orang zaman la ni jaranglah yang tahu pasal pekasam udang sawah ni. Dia kata kat Perlis masih ada orang menjualnya, RM4 tu dapat sejemput jer....

Cara-cara membuat pekasam.
1. Siang dan bersihkan ikan. Kisar dengan garam kasar dan asam.(asam keping@asam jawa@asam belimbing). Bilas hingga betul2 bersih.
(Kawan aku cakap kalau guna ikan puyu lagilah lambat nak buat kerja. Alangkah susahnya nak siang ikan puyu. Kena pulak diberus keseluruhan darah2 beku yang masih bersisa diperutnya dengan menggunakan berus gigi!)
2. Peram ikan semalaman bersama garam kasar. Tambah asam keping.
3. Bersihkan ikan sekali lagi hingga bersih. Sejatkan.
4. Basuh beras. Sejatkan hingga kering. Goreng hingga kekuningan. Mesin beras goreng tadi. Bancuh serbuk beras goreng dengan air masak mati. Tambah garam jika kurang masin. Lumurkan keseluruhan ikan dengan beras goreng. Tambahkan asam keping. Masukkan dalam bekas bertutup.
5. Selepas 3 malam diperam, pekasam sudah boleh digoreng.

Hasil yang aku buat ni adalah iras2 rasa ikan pekasam. Hehe. Diet budak tukang komen kat dalam rumah ni pun hancus. Dia makan nasi bertambah. Budjet nak rasa siket jer. Bila aku tanya sedap ke? Dia kata dah makan habis tu tandanya sedaplah. Yang dia makan kat 'Putra Palace' pun tak sedap. Aku tanya pasaipa tak sedap, dia kata yang tu masin dan keras.

Gitulah ceritanya ikan pekasam. Kalau kita masukkan banyak garam, rasanya masin tapi pekasam tu tahan lama. Jika rasanya sedang2 elok, kita dapat makan sekor2 serupa memakan ikan goreng biasa. Tapi yang kurang masin tak dapat disimpan lama, mungkin hancur bila digoreng.

P/S:Tip penting semasa mengendalikan ikan pekasam ialah  jangan sekali2 dedahkannya secara terbuka. Jika ada seekor sahaja lalat yang berjaya hinggap pada ikan pekasam anda, tunggulah masa kemusnahannya. Bergeliang-geliut anak2 ulat akan hidup dan membesar dalam masa yang singkat di dalam bekas pekasam anda!

Saturday, April 2, 2011

pengawet mayat?







Hari ini aku goreng ikan puyu pekasam. Yang aku letak kat sini ialah gambar yang aku ambik dari internet. Puyu pekasam yang aku goreng tu hancur. Nak letak gambarnya kat sini, nampak sangat2 tak cantik. Waktu mula2 beli dulu, cantik jer rupanya bila di goreng dan rasanya pun sedap. Bukan senang nak dapat puyu pekasam yang betul2 sedap.

Pasaipa pekasam aku hanyut berderai bila digoreng dalam minyak yang panas? Owh rasanya sebab pekasam yang dibuat oleh orang melayu dibuat secara kecil2an di rumah.

Aku agak yang lain2 seperti yang aku letak gambarnya kat atas tu kelihatan berbeza sebab mereka telah menggunakan pengawet tambahan.Biasanya pekasam ikan puyu hanya menggunakan garam dan beras goreng sebagai pengawet.

Ada aku terbaca, ikan2 besar yang ditangkap dari laut dalam juga menggunakan formalin (formaldehyde) sebagai pengawet. Kadang berminggu2 dilaut, barulah ikan yang ditangkap itu dibawa naik ke darat.

Kat tempat aku, tikus besar, ular besar malah janin manusia pun masih nampak kekal segar selepas diawet menggunakan larutan formalin dalam botol untuk dipamerkan... Haha