Followers

Tuesday, October 4, 2011

Masak munggai bersama udang

Bahan2
Buah munggai(kacang kelo), udang, sedikit serbuk gulai udang,
santan, bawang merah, kunyit hidup, garam dan sedikit ajinomoto.

Kikis buah munggai. Bersihkan dan potong. Didihkan serbuk gulai udang. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak hingga kacang lembut dan masak. Sebelum angkat masukkan garam dan ajinomoto.


Ini gambar kacang kelo atau buah munggai yang aku beli kat pasar Jumaat lepas. Aku nampak ianya ada tiga saiz yang berbeza. Aku tanya kat that guy buah munggai yang saiz kecik tu jenis lain ka, atau yang kecik tu untuk dibuat ulam ka. Aku buat2 ramah sebab tak pernah tengok buah yang berlainan saiz dijual bersama.
Budak lelaki tu cakap,
"Saya tak tau sangat bab2 masak ni kak ai, pokok dia tumbang, jadi saya kutip sekali semua buah yang dok ada..."
Ha ha. Akhirnya yang saiz kecik tu aku biar saja tersimpan dalam peti ais, bimbang nak campur sekali takut kot2 rosak terus gulai aku ni sebab tak tau apa rasa buah dia yang masih muda tu.

Nasib baik sedap pulak gulai buah munggai bersama udang aku ni. Dah lama tak makan gulai buah ni sebenarnya. Rasanya pucuk daun munggai ni pun boleh dibuat goreng.

Anak-anak aku tak pandai makan gulai buah munggai ni. Depa kata mak tak pernah masak pun. Hehe. Sebenarnya ada tapi dah lama sangat, waktu tu depa masih kecik sangat lagi, masih tak pandai makan sayur lagi kot. Zaman tu depa masih duk makan telur goreng kut.

Aku ni kalau sebut munggai selalu nak kena rileks dahulu kemudian baru dapat berfikir perlahan-lahan secara tenang. Bukan apa, sebutan sukukatanya mengelirukan sebab ianya akan berbaur dengan tiga makanan lain. Ianya terdiri dari buah belinggai, buah binjai dan buah belinjau.

Munggai, belinggai, binjai dan belinjau. Tu belum masuk lagi bila ada pulak orang tambah sebut lagi dengan perkataan  kacang kedelai... huhu.

by google

Ini buah belinggai. Kecik2 dulu aku selalu makanlah. Isinya yang belum cukup masak rasanya kelat. Nak dapatkan isinya kena hempaskan buahnya ke bahan keras seperti kayu atau simen.


by google

Yang ini buah binjai. Sedap sangat buah ni pada aku kalau dicampur bersama sambal belacan. Eeee... terliur sangat rasanya. Masih boleh dibeli sebab kadang2 masih dijual kat nat atau pekan sehari.

by google

Buah belinjau. Yang ni tak akrab sangat dengan aku. Pernah rasa gulainya diberi oleh kakak jiran belakang rumah dulu. Yang dah dibuat emping pun dah pernah rasa.

8 comments:

  1. Bestlah mak ngah ni bagi penerangan dgn gambar sekali...sebenarnya sy pun tak kenal dengan semua yg kat atas tu mak pun tak pernah masak atau pernah tapi sy yg tak ingat.

    ReplyDelete
  2. pernah dengar dan makan munggai ni..tapi tak reti makan sebb batang dia tu berserabut..heheheh

    ReplyDelete
  3. haykop:
    apa yang sedap

    CT:
    banyak cerita hal2 lama MNgah ni kan...
    anak-anak sendiri pun macam dapat benda baru dari cerita2 yang dah lepas....:)

    Ana:
    dulu2 rasanya MNgah makan isi di sebalik kulit buahnya saja.... lani buat serupa makan tebu, lepas makan, buangkan hampasnya....hehe

    ReplyDelete
  4. Mak Ngah, benda-benda kat atas tu saya pernah makan masa kecil. Memang sedap. Teringat pula kepada arwah nenek yang memang pakar masakan ini. Tetapi anak-anak sekarang dah tak tahu makan benda-benda ni. Kenalnya pun tidak.
    Mak Ngah, singgah-singgahlah kat blog masakan saya pula. Mak Ngah ni orang Utara ke? Sebab yang selalu masak makanan ini ialah orang Utara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory mak ngah lambat reply sebab terlepas pandang, t kasih kerana sudi berkunjung ke sini...
      yup mngah dh pun berkunjung ke blog sajian dapur bonda, ...... cantiknya blog itu...
      mngah orang utara dan rasa sukahati dpt berkongsi rasa dan budaya org2 utara kat sini :)...

      Delete
  5. Assalam,

    Terjumpa n3 ni masa menggoogles..
    Terima Kasih berkongsi ttg pemakanan unik2 ni..
    memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi berkunjung dan tinggalkan komen...
      ada masa dan kelapangan sudilah bertandang lagi....:)

      Delete