Showing posts with label tanam pokok tin. Show all posts
Showing posts with label tanam pokok tin. Show all posts

Monday, September 26, 2016

tin - suka duka semai cutting

Terkejut juga aku bila nampak daun2 tin hijau yang terhasil ni selepas penutup cup polisterin ni dibuka. Tak sangka lah pulak. Umur tunas daun ni adalah hampir sebulan usianya. 
Ini semua terhasil sebab aku dah terlupa langsung pada empat keratan batang pokok tin yang kusemai tempohari. Keempat empat keratan ini pendek. Setiap satu keratan  hanya ada satu node sahaja.
Ini adalah percubaan menggunakan keratan tin dari pokok semai biji. Kelebihannya keratan ini ialah ia dari ranting yang segar. Kebarangkalian untuk hidup lebih tinggi.

Salah satu kesilapan yang sering ku buat sebelum ini ialah melangggar petua menyemai keratan batang pokok tin.
Dah tahu dah petua utama ialah biarkan keratan batang yang disemai jangan dijenguk2 diskodeng atau diintai selagi belum cukup tempoh masa semai lebih dari dua minggu. Selama tu lah tak perlu disiram. 
Pantang larang jangan sekali kali disanggah. Sifat ingin tahu yang kuat itu kadang2 boleh membunuh! hi hi hi..
Dah dapat hasil yang agak memberansangkan seperti gambar di atas, lepas tu nak buat apa pulak??

Aku dah pernah cuba semai cutting tin sebelum ini. Beberapa kali cubaan dari benih tut yang dibeli... Semuanya fail. Memang dah putus harap dah. 
Selepas 10 hari ini pula hasilnya.. keh keh keh...
Rasanya silap utama aku ialah cepat sangat dedahkannya kepada udara luar menyebabkan ia terkena renjatan. Gambar2 daun yang menghijau di atas sebab ia berada tertutup di dalam cawan polisterin tanpa terdedah kepada udara panas diluar. Aku buka terus penutup polisterin begitu saja secara mengejut. Ia sepatutnya didedahkan kepada udara panas diluar secara perlahan-lahan.

Proses ini dipanggil hardening. Apa yang sepatutnya dibuat selepas ini ialah spray dengan air bila nampak ia kering. Jangan siram air dulu sebab akar yang terendam boleh menyebabkannya reput. Nampak gaya macam ia dah mula dapat sesuaikan diri untuk terus tumbuh tunas yang baru. Yang nampak hujung2 pucuknya sahaja tu sebab aku dah topup tanah supaya akarnya mudah dan cepat keluar.
Tudiaa...
Betul kan, selepas tiga minggu, daun2 hijau segar dah mula tumbuh kembali..

khabar buah dari biji tin kering...

i
Hari hari aku renung buah hasil dari semaian biji buah tin kering ini.
Sambil baca penerangan dan segala komen bagai dari otai2 penanam pokok fig yang sudah banyak pengalaman dalam dunia fig....
Dah boleh faham siket2 kenapa bunga dari pokok tin semai biji ini tidak akan bloom di bumi Malaysia menjadi bunga mekar yang sedap disantap. Aku nak terang kat sini pun tak pandai. Buah tin yang manis berjuicy tu ialah bunga di dalam bunga. Bunga yang disebut buah.
Jadi pohon tin semai biji yang sudah berbuah itu ku jadikan bahan eksperimen...
Ini jugalah pertamakali aku cuba buat tut dan ia betul2 menjadi.
Tut empat tingkat ko... Haaahambik ko...
Tiga  tut yang kat bawah tu masih tak nampak dengan jelas akarnya cuma yang paling atas bekas berhampairan pucuk yang berbuah tu sudah kelihatan berakar...

updated 18 oktober 2016
Ini gambar akar yang tumbuh dari hasil tut 4 tingkat yang aku buat.
Media dalam bekas dadih aku ketuk keluarkan sebab nak tengok sebanyak mana akar yang tumbuh.
Yeaay..! dah berjaya. Aku gunakan sabut kelapa bercampur sedikit tanah kompos sebagai media tut. 

Monday, August 29, 2016

tin - anak dari ranting berbuah dahulu berbanding induk..

.
Anak pokok tin varity IBT ini sudah mula bermata ketam lebih kurang empat bulan selepas aku cantumkan rantingnya yang masih kecil pada anak pokok tin yang disemai dari biji buah tin kering.
Aku cantumkan ranting kecil dari pokok induk ini dengan anak pokok tin semaian biji. Induk asal ini adalah benih tut, sudah 10 bulan di tanam atas tanah dan belum sampai masanya berbuah lagi.

Inilah rupa anak pokok dari cantuman sisi yang berusia empat bulan dan sudah berbuah itu.
Beginilah rupa gambarajah cantuman sisi yang aku maksudkan.
Macam ni cara buatnya. Kupas keluar kulit kedua2 batang pokok tepat pada tempat pertemuan yang akan diikat nanti. Kemudian ikat kemas2 dengan benang atau tali rafia pun boleh.
Gambar dari atas. Yang kiri dalam polybeg hitam itu dahannya sedang dibuat cantuman/sambungan lagi untuk kali kedua.
Beginilah rupa bekas cantuman sisi yang sudah dibuka ikatannya. Aku buka ikatannya selepas satu bulan lebih sedikit diikat pun sudah ok. Rasa2 dah nampak kulit pada kedua2 batang cantuman iaitu pada tempat cantuman itu sudah agak kukuh sudah ok lah. Bila sudah kelihatan stabil pindahkan anak pokok ini ke dalam bekas yang lebih besar supaya pertumbuhan akarnya menjadi lebih selesa dan cepat aktif.

Friday, July 22, 2016

enam bulan semai biji tin kering dah mula berputik bunga...

i
Dan akhirnya...
Pada hari pertama aku mula ternampak ada iras2 mata ketam pada pokok tin yang aku tanam dari biji benih ni aku rasa macam tak percaya. Kata orang jika bentuknya tajam ia tunas daun. Jika bentuk bulat barulah bermata ketam.
Hari kedua aku teropong guna magnifier 10X pembesaran. Bila aku sendiri dah boleh yakin yang ianya adalah mata ketam, rasa bahagianya meliputi seluruh isi alam..!!
Waktu pokoknya masih kecil aku tak pernah menduganya langsung. Kecuali dengan izinNya sebarang keajaiban boleh berlaku. Syukur Alhamdulillah...
Rasa penat mengelolanya sedari kecil macam hilang begitu saja. Enam bulan lebih kurang sejak disemai bijinya sudah mula menunjukkan tanda untuk berbuah adalah sangat mengujakan kerana ini adalah pokok yang ditanam dari biji benih. Bukan dari tut, bukan cutting, atau bareroot.
Buah tin variti tena memang dah lama aku idamkan. Masa kecik daunnya tidak begini. Memang ia bermutasi sehingga pokoknya menjadi matang. Aku dapat tin seiras variti tena pun syukurlah.
Seandainya bunga sulung ni 'membuang buruk' atau apa2 ke, harap dilain kali pokok buah tin aku ni akan terus lekat berbuahkan buah yang rangup, lemak dan manis. Paling aku ingat buah tin kering yang aku makan tempohari tu ada honey drop.

updated pada 3 oktober 2016
Nampak semua putik buah tin semai biji ni sekata ja saiz dan bentuknya dari bawah sampai ke atas. Rupa cam kempes je tak da isi. Tak da pun iras2 rupa nak kembung... Makin kuning nak gugur adalah..
Cukup sampai di sini saja nampaknya eksperiman aku, tak nak sambung lagi dah... :)

Wednesday, July 20, 2016

pokok tin yang tidur...

Ini sambungan dari cerita daun pokok tin aku yang keriting...
Diwaktu2 ini aku rasa tersangattttlah stress. Hati berbelah bahagi samaada nak di selamatkan benih tut tin ni dengan cara buat cutting atau nak di bongkar balik media yang ada...
Daun-daun yang ada pun dibuang...
Seingat aku ia mula jadi begini selepas aku letakkan anak pokok halau nyamuk kat bawah pokok tin ini....
Nasib lah teringat nak mencuba petua yang diberikan oleh rakan kat group tin oh tin. Gunakan ais batu untuk bangunkan pokok tin yang tidur...
Alhamdulillah sampai hari ni nampaknya perkembangan pokok ini semakin sihat...

Thursday, June 23, 2016

kehijauan daun tin yang menenangkan....


Lapan bulan sudah berlalu sejak aku mula menanam pokok tin. Mula dengan benih tut dari luar negeri. Hingga saat ini belum lagi menampakkan hasilnya...
Anak pokok yang aku semai dari biji tin kering nampaknya tumbuh dengan elok. Jadi dapatlah aku alihkan perhatianku dengan  menyibukkan diri melihat kehijauan daun2 tin yang tumbuh dari semaian biji ini.
Daripada dua biji buah tin kering yang aku semai telah mengeluarkan daun yang berbagai-bagai corak bentuknya semasa proses tumbesaran anak pokoknya. 



Apa-apa pun aku paling suka gambar ni. Yang ni paling win. Hanya orang yang minat bertanam dan berkebun saja yang dapat menghayatinya.... 

kahwin semaian biji tin mula tunjukkan hasil positif...

Oleh sebab benih pokok tin agak mahal, anda sering dinasihatkan supaya buat bekap. Kalo terjadi sesuatu yang tak diingini pada pohon induk, mungkin benih dari anak pokok yang baru boleh menjadi penyelamat. Inshaa Allah, segala ketentuan milik Allah jua belaka...
Aku harap  anak pokok dalam polibag ini akan dapat terus hidup subur kemudian hari...
Aku fokus pada cantuman kapit/sisi yang aku sudah buat...
Ambil gambar dari sudut ini pula....selepas benang pengikatnya dibuka.
Ini yang abang aku kata cara kahwin pokok paling bodoh. Bukan buat kerja bodoh. Maksud dia cara kahwin pokok yang paling senang. Orang yang tak ada pengalaman kahwinkan pokok atau sebarang ilmu pertanian pun boleh buat ini dan kemungkinan untuk berjaya adalah sangat tinggi. Gerenti menjadi. Inshaa Allah. 
Yang ni nak menunjukkan apa yang terjadi pada pokok induk (benih yang dipilih untuk dikahwinkan) selepas ikatannya dipotong. Selepas dipotong dari 'kapit' yang agak lama, akan tumbuh daun yang baru.

Inilah gambar waktu aku mula mengikat/kapit kedua-dua anak pokok berlainan jenis ini dalam proses untuk dicantumkan ketika ia masih kecil dulu.

Monday, June 20, 2016

bila daun tin keriting....

Assalamualaikum..
Hanya untuk mencatat pengalaman aku sebagai kenang-kenangan.. 
Membiak dan cuba membesarkan benih tin dari luar negara itu sesungguhnya menagih banyak kesabaran. Keajaiban boleh berlaku tanpa diduga. Anak pokok tin yang sedang rancak segar melebarkan pucuknya setiap hari boleh diam terhenti terencat secara tiba-tiba....
Rasanya dah lebih seminggu daun2 ini berkeadaan begini, selalunya pucuk baru cepat saja melebarkan saiznya setiap hari...
Pokok yang sihat pucuknya berwarna hijau segar dan 'hidup' setiap hari...
Tengok daun2 pokok ni terencat pertumbuhannya macam aku pun ikut terencat....

Ada aku baca komen menyebut kerinting daun tin begini mungkin sebab serangan virus. Diusulkan supaya daun bersama pokok yang sudah kena serangan virus ini dibakar atau dimusnahkan terus supaya tidak menjangkiti pada pokok2 lain.

Aku belum lagi rasa nak musnahkan aku punya benih pokok tin....

Sebelum2 ni selalu aku tenguk daun pokok anggur aku jadi kerinting juga. Keriting yang lagi teruk. Kat bawah ni contoh yang terjadi pada sehelai daun anggur tu. Yang ranting hujungnya lagi aku dah potong buang. 
Aku dah cuba cek medium yang aku gunakan pada pokok tin aku yang bermasalah tu, tapi hasilnya macam ok ajer... Aku tak  ada PH meter, jadi aku hanya gunakan kunyit saja sebagai bahan uji. Ikut panduan dari petua group 'kebun bandar'. 
Cara menggunkana kunyit untuk menentukan keasidan tanah:-
Basahkan tanah atau bahan media yang hendak diuji.
Potong kunyit dan masukkan ke dalam  bahan media.
Tunggu keputusannya selama 30 minit
Keluarkan kunyit dan periksa warnanya:
jika kunyit bertukar menjadi warna kebiruan- tanah atau media beralkali
jika warna kunyit luntur- tanah berasid
jika warna kunyit tidak berubah- tanah normal dan sesuai untuk pertumbuhan pokok.
Jadi keputusan akhirnya ialah aku hanya menggunting buang habis semua daun pokok tin aku ni. Mudah2an ia akan tumbuh normal balik seperti sediakala serupa yang selalu berlaku pada tanaman pokok anggur aku selama ni....

Saturday, April 16, 2016

Cantuman sisi - semaian biji tin sebagai pokok penanti...

                                           ehsan google
Tak tau lah samaada istilah aku ni betul. Atau pun kahwin cara sanding kut.
Cuma aku pernah kahwinkan pokok dengan cara ni sebelum ini. Abang aku cakap ni cara yang paling bodoh. Paling bodoh pun inilah caranya yang pada aku ianya paling tinggi peratusnya untuk berjaya... Aku dah buat cara ni dengan pokok mata kucing. Pokok mata kucing tu sekarang dah hidup subur besar gagah perkasa batangnya dah sebesar paha orang dewasa.
Yang kiri benih pokok tin dibeli manakala yang kanan ialah benih anak pokok tin yang disemai daripada biji buah  tin kering yang dibeli di kedai. 
Jika kedua bahagian yang dilukai dan diikat sudah melekat dan bersatu, potongkan pucuk tin semaian biji. 
Potong bahagian bawah ikatan pada pokok tin yang kita nak ambil benihnya. Pokok asal yang kita nak ambil benihnya itu akan tumbuh pucuknya yang baru dalam seminggu ke dua minggu akan datang. 
Agak2 faham dak apa yang aku maksudkan... jika tak... bermakna aku sorang ja lah yang faham....:)
Apa yang aku nampak setakat ini, benih anak pokok tin dari semaian biji pokoknya sudah nampak lasak dari sejak kecil. Biji tin kering ini disemai pada awal Januari lepas. Batangnya cepat matang dan nampak keras seakan batang pokok kacang bendi. Berbanding dengan benih tin yang dibeli dari tut, batangnya nampak lembut dan lebih besar seakan membandingkan ayam kampung dan ayam daging...
Gambar anak benih tin semaian biji. Pada peringkat awal jadi masalah juga pada aku sebab aku pun selama ni tak kenal dan belum pernah tengok macamana la rupanya anak pokok tin yang baru tumbuh dengan dua helai daun. 

Tuesday, April 12, 2016

pengalaman berharga menanam benih tin Black Jack

Pertamakali cuba menanam benih pokok tin tentulah buat aku rasa teruja seperti peminat pokok tin yang lain juga. Tin adalah benih baka pokok dari luar negara. Hari ini pokok tin sudah pun dikenali ramai di bumi Malaysia.
Secara logiknya benih tin yang ditanam samaada dari bareroot, dari  anak pokok yang sudah stabil atau dari keratan tut akan lebih cepatlah dapat hasilnya. Dari 4 ke 6 bulan mungkin ia sudah boleh berbuah atau di sebut sudah mula 'bermata ketam'. Tapi ada keaadan tertentu yang tidak dapat kita ramal akan berlaku semasa proses cuba membiak benih pokok tin. Menghidup dan mematikan adalah kuasa Allah ta'ala belaka. 

Jika sebelum bertanam pokok tin sudah pun ada pengalaman sekurang2nya menanam pokok serai, pandan atau pokok kari mungkin nasib akan menjadi lebih baik. Aku kira setakat ini nasibku masih baik sebab ada orang yang sudah berpuluh2 cutting atau benih anak pokok tin 'kiok' sebelum ia membesar menjadi pohon tin yang nyata.
Ini adalah benih tut pokok tin pertama yang aku mula nak tanam. Gambar atas berada dalam pasu. Gambar bawah ialah anak pokok yang sama aku zoom selepas pindahkannya tanam semula ke dalam plastik beg hitam.
Berbalik kepada kisah 4 sucker masih kecil yang aku potong dan pindah masuk ke dalam pasu kecil. Ini lah yang di sebut sucker.
Tinggalah induknya terkontang kanting dalam plastik beg mudah2an ia akan membesar dan seterusnya akan berbuah.
Kacau balau punya pasal aku rebunjut dan pindah masuk tanam balek ke dalam plastik beg kecil.
Harapan selalunya bernyala-nyala tetapi langit tak selalunya indah. Tut pertama yang aku beli akhirnya tumpas juga. Ia kering. Depa istilahkan "sudah menjadi kayu api.."
Mungkin aku telah terlebih mencelup racun kulat hingga kulit kayunya menjadi kering.
Atau silap aku lagi sebab terlajak sukatan debu  penggalak akar yang aku gunakan.
Apa2 pun seronok juga simpan gambar kayu api ni sebagai kenangan. Boleh buat aku senyum sendiri.
Habislah sudah cerita bab anak pokok tin yang aku beli dari anak tut hingga akhirnya aku bongkar media tanaman dan cuba tanam semula sebagai cutting.
Kini tamatlah sudah riwayat benih tut berjenama black jack yang aku tanam.
Merujuk kepada cerita  4 sucker kecil yang aku ceritakan di atas tadi. Daripada 4 anak pokok, 2 sudah 'piap' pada peringkat awal. Yang tinggal hanya dua pokok lagi. Bila kedua-duanya mula bertunas sebesar 1 mm ke 2 mm, aku sudah pun rasa sangat bersyukur. Gambar kat atas tu aku zoom sebab tu nampak jelas dan pokok macam sihat sahaja.
Hari2 aku siram dengan penuh rasa debar, apakah lagi nasib yang akan menimpa kedua-dua anak pokok ini selepas ni?
Akhirnya hari itu tiba jua. Sepohon anak pokok aku tengok lain macam sahaja pertumbuhannya. Nampak macam terbantut, graf pertumbuhannya tidak macam selalu. Pokok tin yang subur selalunya hari2 cepat membesar.
Bila aku bongkar balik media tanamannya rupanya pokok tu dah alami patah pinggangnya. Adalah tu tangan yang mengusiknya... Emmrr... ia kering layu dan akhirnya mati juga...

Tinggal yang sepokok ni lagi. Lama2 yang ni pun aku tengok macam slow juga pertumbuhannya. Antara harap berharap, aku masih menyimpan harapan supaya benih tin black jack ni masih dapat di selamatkan. 
Akhirnya aku tukar media tanaman. Hingga ke saat ini, media tanaman tin yang terbaik pernah aku jumpa hanyalah tanah kompos seratus persen. Ini sebab aku tak pernah cuba guna media lain.
Seorang ahli group tin oh tin pernah komen tentang pokok tin dia yang bermasalah. Akhirnya dia mencuba seperti yang diamalkan oleh penanam tin Cik Pawput Pawkrasin dari Thailand. Aku pun sama. Gunakan daun dan ranting kering yang reput 100%. Aku tengok u-tube orang Jepun dan mat saleh juga  amalkan benda yang sama. Gunakan kompos sebagai media tanaman.
Waktu ni media yang masih aku gunakan ialah pasir, cocopeat dan sekam bakar. Semasa menggunakan kompos, aku renjiskan sedikit larutan cair bikarbonat soda (meneutralkan asid) dan malathion cair sebagai anti kulat. Letak larutan ni dalam botol mineral kecil dan picit renjis serupa kita gunakan kicap.
Inilah anak pokok tin blackjack yang aku maksudkan tu. Sudah 5 bulan setengah sejak aku mula beli benihnya. Benih dari tut. Lama kan... Alhamdulillah syukur harap ia dapat membesar terus dan berbuah pulak selepas ini.