Assalamualaikum pada semua. Semua terutama yang sudi bertandang kat blog aku pada entri kali ni sebab nak belajar menyulam . ... :) Yang tak minat pun harap2 lepas ni akan berjangkitlah jua....hehe
Aku sendiri pun terjumpa gambar2 ni semua selepas dah pun mendapat teknik menyulam ini dari blog orang lain. Gambar2 ni dapat dari facebook. Sebelum2 ni aku duk tengok gambar2 bunga yang cantik dah siap sahaja. Masa tu belum tergerak hati nak tengok pada gambar albumnya yang diletakkan pada bab yang pertama... hehe..
Aku letak gambar ni kat sini sebagai pembuka selera.... Cantik kan gambar bunga di dalam kaca ini?....
Boleh menggunakan benang mengikut kesesuaian sendiri. Aku lebih suka gunakan benang jenis ini untuk sulam renda aku setakat ini....huhu
Nak terangkan pun tak pandai sangat. Nak tulis ayat yang panjang2 bimbang kot lagi pening yang membacanya.......
Benang ni di pintal kat jari untuk buat bunga yang sekuntum. Maksudnya bukan bunga yang disulam melekat pada kain. Benang yang melilit pada jari tu sepatutnya adalah kain jika sekiranya kita nak buat sulam ni pada kain.
Inilah peringkat yang paling memeningkan. Jika dapat meleraikan simpulan ni, semua masalah akan selesai!!!
Jarum ini menegak ke atas. Perhatikan kedudukan jarum dan benang dengan teliti. Tarik jarum ke atas perlahan-lahan untuk membentuk gelung bulat seperti yang dah siap di sebelah kiri.
Semua bentuk bunga oya datang dari bentuk ini. Daripada bentuk ini semua bentuk bunga dapat dihasilkan. Kemahiran diperlukan untuk membentuk pada mana mana saiz yang kita kehendaki.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMUGA BERJAYA!!!