Showing posts with label pengisian. Show all posts
Showing posts with label pengisian. Show all posts

Sunday, October 16, 2016

makan buah seralat

Tak ingat pula adakah aku pernah makan buah seralat sebelum ini.

Rasanya ada juga tempat yang panggil buah ini dengan nama buah mentega. Aku pernah tengok buah ni dekat pokok2  di tepi jalan sebelum ini. Tak pernah pulak teringat nak merasa buahnya. Buah ni macam tak popular.
Perkataan seralat ni buat aku teringat pada 'bola seralat'. Rasanya kecik2 dulu pernah dengar budak2 kampung aku sebut bola seralat. Rupanya bola seralat tu merujuk kepada bola tenis.

Gambar buah ni jugak yang buat aku tersilap buat kawad cam dengan buah lokchan. 
Keinginan nak merasa buahnya  mula timbul selepas aku ternampak ramai yang post gambar buah ini kat group2 kebun. Telan air liur aja lah...
Tak semena-mena semalam ada makcik berjualan buah ni dekat pasar. Bulu2 halus yang menempel pada kulit buah ni pun nampaknya sudah pun dibersihkan. Aku tengok buah mengkal yang masih berwarna kuning pun ada juga.
Rasanya sedap. Isinya gebu serupa isi epal. Rasanya seakan epal atau pisang. Baunya wangi. Aku agak ia sesuai untuk pengidap diabetes sebab ada rasa kelat2 siket. Tapi kalo buah yang cukup masak, rasanya manis sekali.

Friday, July 22, 2016

petua redakan kencing tak puas

Pernahkah sesiapa mendengar satu petua lama bagaimana nak meredakan rengsa kerana rasa kencing tak lawas? Baru sekejap lepas kencing dah rasa nak terkencing lagi? keluarnya tak banyak mana...
Cara merawatnya  ialah dengan kencing ke puntung bara api.

Oh apa tu rengsa?
rengsa mengikut Kamus Dewan : -menderita kesusahan hidup, merasa sangat sengsara.
Sengsara sangat tu tidak la. Tapi pada orang yang kadang2 pernah alaminya tentulah rasa sangat tidak selesa.

Waktu kecik2 dulu aku selalu dengar petua ni dari orang2 tua. Orang2 tua lama di kampung. Walaupun masih kecil  waktu tu tapi aku rasa aku boleh berfikir dah yang petua ni aku rasa sangat tidak logik. Tak ada sangkut paut langsung. Serupa tahyul.

Tapi pada sesiapa yang tengah alami masalah kencing tak puas ni bolehlah mencubanya. Aku dah cuba. Rasa kencing tak puas makin berkurang dan akhirnya hilang terus. Alhamdulillah dengan izinNya jua.

:) Kot ada yang masalah buah pinggang tahap kronik tu, tak ada upaya la...
   Gambar atas aku pinjam dari google tu bukan puntung bara api, yang tu kayu api bakar lemang!

Thursday, December 17, 2015

lagi cerita periuk tanah

Aku pun hairan. Sejak akhir2 ni minat sungguh aku dengan periuk tanah. Pergi shopping baru2 ni kat bangunan utama Idaman Suri Langkawi pun aku tak cukup terpikat dengan periuk belanga moden kat sana. Suatu ketika dulu demam periuk tanah dah pernah melanda aku kat sini.

Bila masak nasi dalam jumlah yang kecil aku gunakan periuk tanah. Nasi yang dimasak guna periuk ni keraknya tidak melekat kuat seperti yang berlaku pada periuk logam.
Nasinya juga lambat basi kerana tiada wap air yang melekat pada tudung periuk. Ini kerana sifat tanah liat yang menyerap semua wap air diseluruh ruang dalam periuk agaknya...
Jalan-jalan kat kedai lama di Jalan Langgar Alor Setar, aku masuk ke kedai India. Beli sebiji lagi periuk tanah yang lebih besar. Bentuk dan saiznya seakan yang digunakan oleh arwah tok aku kat kampung dulu. Zaman tu masih mengggunakan kayu api.
Maka tuan kedai yang perempuan tu bercerita mengenai periuk tanah jualannya. Dia kata ramai orang sekarang mai beli periuk tanah kat dia. Orang cina pun ramai.
Dia cakap periuk yang ada saduran warna hitam kat atas ni balik rumah terus boleh digunakan. Jika yang tak ada saduran hitam tu, ia kena direndam tenggelam semua dahulu entah berapa malam (tak ingat) sebelum boleh digunakan.
Selepas direndam, mau digoreng hampas kelapa pula supaya ia jadi lebih berminyak. Tapi kedua-dua jenis periuk tanah hendaklah dipujuk dulu perlahan-lahan dengan menggunakan api yang kecil. Bersesuaian dengan cara lama semasa tahap pemanasan menggunakan kayu api...

Patutlah tatkala lama dulu sewaktu menggunakan periuk tanah biasa, bila aku simpan air kedalam periuk tanah, esoknya ada air yang tembus keluar di bahagian bawah permukaan periuk tanah...
Akhir sekali dia beritahu aku masakan utama nak guna periuk tanah ialah kena masak kari...

Saturday, October 24, 2015

pengukus buluh dan pekan cina Alor Setar..

Aku dah beli pengukus yang dibuat dari buluh.
Apa bagus ke guna kukusan yang dibuat dari tanaman pokok buluh..?
Aku dah guna. 
Memang betul aku tak perlu lagi hadapi masalah air kukusan yang jatuh menimpa kuih yang aku masak.
Tak perlu lagi nak cari kain kasa atau aluminium foil menjadi payung kepada wap air...🌂 😖
Bahagian bawah tu dulang pengukus. Kalau nak buat kuih pau, letak jer pau kat atas redai buluh. Yang anyaman rapat serupa dinding buluh rumah tok aku dulu tu ialah bahagian penutupnya. Ada sedikit cembul sebagai pemegang tudung kukus. Nyonya tu pesan sebelum guna nyahkuman cukup satu kali sahaja. He he. Aku yang cakap basmi kuman, nyonya tu cakap celup cukup hanya sekali sahaja ke dalam air panas. Lagi satu dia pesan lepas setiap kali guna, keringkan ia dan jangan disimpan ke dalam bekas plastik. Ini langkah untuk elak dari pembiakan kulat dan fungus agaknya..
Satu lagi dia pesan semasa mengukus pastikan bahagian tutupnya rapat dengan selarikan dawai tembaga atas dan bawahnya seperti yang aku buat tu..
Percubaan pertama aku ialah buat kuih sagu bertalam ni. Ada lagi percubaan berikutnya.. :)
Ini dah mengantuk sangat, aku tepek juga gambar kuih apam ni yek.. 😄
Kuih apam lagi... 😝
Apa tu pekan cina? Pekan cina dan pekan melayu duduknya bersebelahan kat pekan Alor Setar. Ia ujud sejak zaman orang gunakan sungai sebagai pengngkutan air dan lanca selaku pengangkutan darat. Orang cakap serba mak nenek semua boleh dapat kalo cari kat pekan cina walaupun sekarang ni pasaraya besar makin berlambak kat bandar Alor Setar.

Macamana nak pi pekan Cina?
Mai sini aku nak story..
Nindia petua tandanya anda sudah berada di tempat yang betul. Hala ke kanan ialah pekan melayu. Dulu belah sana ada pekan Rabu. Tapi la ni pekan rabu dah pindah.

Yang hala ke kiri tu ialah jalan nak pi pekan cina. Selekoh tepat selepas jambatan ini.
Ini pekan lama. Memang tak ada parking kat tepi jalan. Jadi elok juga jika anda belok ke kiri masuk ke pekan cina. Jika anda jalan terus ikut jalan pekan cina, anda akan berjumpa dengan menara ini kat Tanjung Chali. Menara ini ialah pengkalan tempat memunggah bekalan pada zaman dahulu. Sekarang ni ada perkhidmatan Towards the First Legend Cruise in River of Kedah jom jalan-jalan menyusuri sungai Kedah.

Andai anda sudah terlajak selekoh tadi, anda akan terjumpa gambar tokoh ini kat lukisan dinding. Itu tandanya kedai yang menjual barangan rotan itu berada kehadapan sedikit di seberang jalan sebelah kiri lukisan ini. Senang saja, ia berada kat jalan besar ini. Pengukus buluh berbagai saiz sehingga sebesar saiz industri dijual kat kedai barangan rotan ini.
Merujuk kepada gambar atas ni, dah nampak kan menara Alor Setar? Balai Besar ada kat sebelah kanan sebelum menara. Sebelah kiri menara ialah Masjid Zahir. Lepas masjid zahir baru jumpa Aman Central.
Semua gambar2 pekan cina ni aku google. Agaknya inilah kedai rotan yang aku maksudkan tu..

Saturday, September 12, 2015

sedang bertatih...

Bulan ni agak kerap aku update blog. Mood tengah sedap. Update guna mobile. Semangat yang lebih tapi ayat, paragraf banyak yang berterabur...

Ingin nikmati barangan dari Pekan Rabu Alor Setar..?

                Jika ada sesiapa yang teringin atau berhajatkan ingin nikmati makanan seperti kuih karas, kuih bunga pudak, halwa maskat atau lain2 barangan dari Pekan Rabu @ Alor Setar Mall, boleh hubungi tuan punya blog di atas. Al-Masyuk.                                                                                                                                                                                                                          Bersedia menerima tempahan anda... Buat masa sekarang beliau menjalankan perniagaan online barangan kosmetik... Sila whatsapp no. 01112424681.
 

Wednesday, July 1, 2015

Ingin menjadi penulis...?

Anda berbakat? Ingin menjadi penulis....?

Thursday, May 28, 2015

Panduan membuat semakan arah kiblat

Aku dah tandakan arah kiblat menggunakan cat hitam pada lantai simen bahagian depan pagar rumah aku. Sebelum ini aku pernah buat tanda yang sama guna liquid paper... Fenomena matahari berada tegak di atas Kaabah berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan pada 16 Julai 5.28 petang setiap tahun.                                          
           
  
                                                                                                                                

Tuesday, March 31, 2015

Pada 31 Mac 2015 ~ Alahai GST..


kaunter depan: kak nak buat apa ni?
                 aku: nak keluarkan duit dari akaun saham amanah ni dan nak masukkan ke akaun ni.
                 (aku diberikan sekeping borang pindah milik akaun..)
kaunter depan: ok. kak naik cepat kak, nombor giliran kak dah nak sampai..
                 aku: ok. kak naik sekarang. (termengah2 juga sebab aku bukan orang muda..)
 .................
                aku: borang masuk belum isi lagi Cik..
      kaunter 6 : Laa..
                        Tak isi lagi ka patutnya depa kena suroh kak isi borang dulu baru nombor giliran. Pi isi borang dulu.
                aku: ok. kak pi isi sat.. 
                        ( aku hairan pada borang ada ruangan nombor income tax yang perlu diisi.. aku abaikan saja) 
.................
     kaunter 6  :  nombor INCOME TAX apa?
                aku:  saya tak dak nomber INCOME TAX Cik...
     kaunter 6  :  Laa.. ni kak isi ni borang INCOME TAX.
                aku :  .... tu yang saya duk heran tadi tu..  
     kaunter 6  : Nah. Tulis kat sini.. 
                aku : nak tulis apa?  (aku diberikan sekeping kertas kosong..)
     kaunter  6  :  Tulis nama dan nombor akaun.            
.................
     kaunter  6  : ... Ok, siap. 
                 aku : terima kaseeih.... ( dengan nada simpati dan sangat memahami... ) :)  :)  
     kaunter 6    : orrrraiittt..                        

Saturday, September 28, 2013

Bilai dan ikan puyu

Lepas perkataan kelemboi aku tambah lagi perkataan bilai. Aku pun tak tau ejaannya bilai atau pun bilal. Tapi ini  bukan bilal yang kat surau atau pun yang kat masjid tu.




Ya betul. Yang kat sebelah kiri tu memang sejenis bilal juga... Tapi malulah nak pos gambarnya biar jelas kat sini....hehe
Ini ialah bilal dan ikan puyu. Bilal adalah sejenis  alat untuk menangkap ikan air tawar. Entahlah. Orang kampung aku menyebutnya macam tu. Ikan puyu kat sebelah tu telah terperangkap masuk ke dalam bilal ni. Sekali angkat dan cek, dapatlah dalam 7 ke 8 ekor! Lumayan juga kan....?
Ikan2 ni sengaja dipelihara kat dalam kolam lama ni. Masih ada peminat yang nak membela ikan puyu kan..?
Tenang juga tengok ikan puyu ni berlegar2 kat dalam kolam permainannya ni.... Aku abaikanlah nak bercerita mengenai ikan puyu mistik yang sering dikaitkan dengan pontianak dan toyol di malam2 hari macam ni...  
by google
Ni salah satu contoh gambar bilal yang aku google dan pinjam letak kat sini. Terima kasih tak terhingga pada yang upload gambar ni. Jenuh juga aku nak mencari gambarnya. Ni semua akan jadi bahan sejarah belaka.
by google
Gambar yang ni best. Buatnya kalau sekali angkat ja dapat ikannya sebanyak macam ni, tak ke seronok? Jenuh pulaklah nak siang ikan2 ni. Buat pekasam sedap ni... 4  ekor maunya RM4.00 kot....?

Kelemboi

by google
Tak tau pasaipa malam ni aku nak tambah perbendaharaan kata kat blog aku ni.
Orang Kedah generasi  lama mungkin faham. Orang kampung aku panggil molaska ni dengan nama kelemboi. Dulu2 banyak kat dalam parit dan sawah bendang kat kampung aku. Bendang dan parit adalah antara laluan aku berjalan kaki di waktu pagi atau petang pergi mengaji al Quran. Ada juga masanya meranduk dalam selut. Orang Kedah cakap selut tu benda apa tau tak...?
by google
Boleh jadi yang ni pun sama dengan spesis  yang di atas. Tapi yang ni warnanya seakan keemasan sedikit. Agaknya yang ni kut orang panggil siput gondang mas. Tak ada pulak istilah gondang mas yang pernah aku dengar disebut orang kampung aku zaman aku kecik2 dulu.

Yang pernah aku teringat sekali ialah bila abang aku marahkan aku. Dia marahkan stereng kereta aku. Stereng sport!. Susah nak pulas kot... Dia kata stereng tu besaq kelemboi!!

Haaa.. tulah agaknya kelemboi selalu digunakan sebagai perumpamaan untuk menunjukkan kecilnya saiz yang tak sepatutnya pada sesuatu yang normal.
Aku rasa kalau buah kelapa yang sangat kecil pun bolehlah disifatkan sebagai 'besar kelemboi' kot. Betul ke ni....? hu hu hu.
Tapi yang pastinya kelemboi ialah kelemboi. Mungkin ia juga dikenali sebagai siput keong. Tapi ia bukan kelembai atau sang kelembai.

Sunday, June 3, 2012

Akhirnya ku temui : Quran voice word by word

by google
Assalamualaikum semua..
Aku nak ceritakan sesuatu yang melapangkan hati aku pada minggu ini. Dah aku temui satu panduan yang membolehkan aku belajar membaca dan menyebut ayat dan surah di dalam al quran dengan betul.


 by gogle
Inilah antara perkakas yang disertakan bersekali dengan senaskah al quran. Juga ada talking dictionary.

by google
by google

by gogle

Boleh digunakan dan dibawa kemana mana dan bila bila masa sahaja. Hanya letakkan pen scan pronaunces Quran  ini pada mana2 surah atau ayat pada text di Holy Quran Book yang diberi.
Bacaannya boleh dilaraskan samada nak bacaan yang laju atau pun slow. 
Boleh pilih jika kita ingin bersekali dengan terjemahan ayat al quran. 
Ada 16 orang qari yang boleh dipilih dan disediakan dengan 18 bahasa2 di dunia ini. Tentu saya pilih Melayu untuk terjemahannya iaitu.... Bahasa Malaysia.

Monday, March 19, 2012

Nasi sejuk dan urat lemah

Salam sejahtera
Minggu lepas aku pergi lagi berjumpa dengan nenek tukang urut dekat dengan rumah aku. 
Kali ini aku sendiri yang nak kena diurut. Sebabnya? Lasak sangat sebab banyak kerja nak kena buat dalam masa yang singkat. Kelam kabut telah datang dengan tak semena-mena... Hu u hu..

Sambil kena urut, nek urut tu tegur2 kat aku. Tulang dah renggang... umur pun dah berapa....hehehe....

Aku nak blog in apa2 yang nek urut tu sound kat aku sebab selalunya aku akan lupa perkara2 yang dah lepas. Lain kali kalau teringat, aku boleh ulang baca kat sini kalau problem datang lagi. 

Nek Teh (nek situkang urut tulah) cakap dia tak makan nasi yang dah dipanaskan semula. Apa2 jenis panas semula termasuklah nasi goreng. Mula dengar aku pun pelik!
Sebab dah dimasak dua kali ke aku tanya dia. Soalan ni aku kemukakan pada dia sebab biasanya mi, meehon dan laksa adalah menjadi kepantangan pada perempuan2 yang baru lepas melahirkan anak.
Nek Teh cuma cakap nasi panas semula tu buatkan kita jadi 'lemah urat'. 
Sekali dulu aku pernah dengar dia cakap yang dia pagi2 makan nasi sejuk sebagai sarapan. 
Nek ni umurnya dah pun melebihi usia 70 tahun. Badannya sihat dan kemas. Wajahnya pun tak nampak seperti usianya yang sebenar. Mudah dia keluar mencari rezeki.
Mata dia pun sangat terang boleh mencukur rambut bayi tanpa menggunakan cermin mata.

Ramah dia dengan aku. Dia tanya kenal tak aku dengan iron lady? Waktu dia tanya aku dulu2 tu, aku tak kenal pun siapa iron lady tu. Dia tak sebut iron lady la, tapi dia sebut nama datok iron lady of Malaysia tu. Datuk Iron lady pun dapatkan khidmat dia juga rupanya. 

Aku kena urut bahagian lutut. Sambil mengurut dia sarankan pada aku jika ada masa urutlah bahagian paha hingga ke bahagian lutut perlahan-lahan. Gunakan bahagian bawah tapak tangan untuk 'menolak' urat besar dan utama di bahagian paha itu.

by google

 by google

Anggota kedua yang dia nasihatkan pada aku ialah bahagian hujung jari kaki. Maksudnya selepas diurut dengan minyak bahagian paha dan betis, urutlah turun ke bahagian jari kaki. Pada bahagian hujung jari kaki, urut setiap satu batang jari dari pangkal hinga ke hujung jari kaki satu persatu. Bahagian utama ini sensitif. Urat di bahagian hujung jari kaki ini mudah menjadi keras dan urutlah sekali kala untuk melembutkannya.

Wednesday, February 15, 2012

Program pengurusan pementoran....

Ermm...Naik nama balik. aku dah jadi duta tetap. Cepat cepat lah PRU 13....

Tuesday, December 13, 2011

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Assalamualaikum semua
Hari ini 13hb Disember 2011 akan diadakan Pertabalan Yang DiPertuan Agung Malaysia ke 14. Tuanku dan seluruh rakyat Kedah gembira sambil bersedih diatas keberangkatan Tuanku ke Kuala Lumpur. Kami datang beramai-ramai untuk mengucapkan selamat berangkat keatas Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua.

Selepas subuh terus bertolak keluar dari rumah. Orang cakap suasana masih lagi terang2 gelap... Hemm... banyaknya bungkusan nasi tu..Terima kasih atas sumbangan makanan tu. Dah siap masak dari petang kelmarin ke? Hu hu...

Persembahan seni silat. Sedap pulak sebab dah lama tak dengar bunyi serunai dan gendang.

Bersilat sampai cerah...

Sila pastikan. Jangan terkeliru. Ini bukan model jenama beras jati ekk? He he.

Terima kaseh yang tak terhingga aku ucapkan pada anak2 dari KMK ini. Aku minta tolong depa bergaya dengan banner yang aku bawa. Kami tak ada model yang hensem macam abang2 semua ya?


Lepas habis teruja baru anak2 ini teringat nak baca banner tersebut. Maaf ya, mok cik bukan nak buli kamu semua...

Terima kasih sekali lagi diatas kesudian kalian semua. Anak2 ini sporting, pasrah dan redha aje.. Huhu