Showing posts with label makanan masin atau pedas. Show all posts
Showing posts with label makanan masin atau pedas. Show all posts

Friday, November 22, 2019

Kacang pui

Pada sesiapa yang teringin nak makan kacang pui, sekarang ni dah ada dijual kat Cameron Highland.


  
           
   
 

Sunday, August 4, 2019

Bunga betik goreng belacan


Bahan
Bunga betik rambai
Cili besar/cili api
Bawang merah/bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis/udang kering
Sedikit belacan

Tumbuk semua bahan diatas
Tumis hingga naik bau
Masukkan bunga betik, tambah garam, gula, perisa dan sesuaikan rasanya

#Bunga betik hendaklah direbus dahulu, masukkan asam keping dan garam semasa merebus bunga betik. Jika masih terasa pahit bunga betik ulangi merebus atau perah airnya untuk kurangkan rasa pahit.




Saturday, August 3, 2019

Macamana nak makan miang kham..?


Melipat daun kaduk untuk membuat kelonsong .


Sedap miang kham ni..
Bak kata seorang sahabat yang baru menikmati nya..
"Kenapa miang kham sedap?"
"Sedap kat mana..?
"Kenapa sedap..?"


Friday, August 2, 2019

Bagaimana menyediakan menu emping jagung

  1. Bersihkan emping daripada segala bendasing 






2. Mungkin ada bubuk bersama dalam bungkusan emping yang dibeli. Jangan khuatir, haiwan melata ini dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan. Ianya halal dimakan.



3. Campurkan kelapa parut bersama gula dan secubit garam. Seeloknya kelapa muda yang digunakan untuk buat inti kuih ketayap.

4. Rebus jagung. Hiris jagung untuk dicampur bersama dengan emping.

5. Bersihkan emping menggunakan air suam. Lepas bersih tapis emping dengan penapis. Lebihan air atau lambat menggaul boleh menjadikan emping ini lembek  bergentel sebab emping berasal dari padi beras pulut.

5. Akhir sekali campurkan kelapa parut, jagung rebus dan emping.  Siap untuk dimakan.



Tuesday, July 16, 2019

Trigu kambing/bubur gandum kambing



Bahan
500gm daging kambing
200 gm biji gandum/oat
3 ulas bawang merah besar
8 ulas bawang putih
1 sdt serbuk jintan
2 sdt serbuk ketumbar/rempah biji
3 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk kunyit
4 biji tomato merah blender
3 bunga cengkih
2 keping kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
1500 ml air panas
garam, minyak
bawang merah goreng dan bawang putih goreng sebagai penyedap rasa.

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum.
2. Masukkan cengkih, kayu manis dan dan pelaga.
3.Masukan serbuk jintan, ketumbar, lada dan serbuk kunyit.
4.Masok tomato blender.
5.Masuk daging kambing masak hingga berubah warna.
6.Tambah air panas, masuk garam, bawang merah goreng dan bawang putih goreng.
7.Gula masukan selepas daging kambing empuk.
8.Tutup periuk masak hingga daging empuk (pressure cooker)
9.Kecilkan api buka periuk tambah air.
10.Bila mendidih kecilkan api masukkan gandum/oat.
11.Masak lagi sehingga semuanya cukup matang.


Sunday, October 23, 2016

masak ubi bit

Siapa pernah makan ubi bit?
Aku pernah baca khasiat pada ubi bit. Terjumpa pulak ubi ni masa beli belah sayur kat Cameron Highland. Ubi ini boleh dipotong nipis masukkan dalam sandwich, tambah pada salad, campuran dalam sup, minum sebagai jus atau tambah sebagai pewarna dan perisa untuk buat kek velvet.

Ada yang komen bagitau ia berbau tanah. Jadi aku kensel nak buat jus. Nak buat kek velvet.? Ermm.. lambat lagi la...
                                                                    Masak tumis kering ubi bit campur ikan bilis.    


Dengan menggunakan imaginasi aku yang setengah rajin setengah malas ni, aku buat aja tumis goreng untuk dimakan dengan nasi. Emm... sedap. Isi ubi ni rasa manis dan rangup taktau nak cerita kalau nak dibandingkan dengan sayuran apa..
Bila dibelah isi ubi ini mengeluarkan jus yang berwarna merah pekat. Tersangatlah sesuai jika nak dibuat kek velvet. Ini pun ubinya sudah banyak hari tersimpan dalam peti ais sebab aku banyak betimbang-timbang fikir macamana cara nak makan ubi ini...
Ini campuran tambahan aku pada goreng ubi bit aku tu. Dari kiri ialah ubi bit, lobak merah dan lobak putih.
Tudia yang kat depan tu separuh lagi ubi yang belum dipotong. Boleh masak tumis goreng lagi...
Gambar ni aku nak tunjuk sejenis sayur berubi lagi yang dipanggil radish. Aku pun tatau radish tu bahasa melayu cakap apa. Tapi sayur ubi bulat kulit merah ni lah yang buat aku pernah tertipu sebelum ini. Ubi ini mudah didapati kat pasar atau kat pasaraya. Aku sangka inilah ubi bit tapi isi dalamnya berwarna putih.
Ini keratan bahagian atas ubi bit. Terfikir pula aku nak cuba semai kut ia boleh tumbuh. Semasa dipotong hari tu bahagian pangkal daun ini sudah mengecut dan layu. Tak lama kemudia lepas direndam dalam air ia mula segar dan keluar tunas pucuk yang baru. Katanya daun ini pun boleh dimakan. Sedikit hari lagi aku nak pindah ia tanam di atas tanah.

Sunday, October 16, 2016

cara rebus belimbing hitam


Tetiba ja rasa nak bercerita pasal belimbing rebus. 
Selepas buah belimbing direbus boleh lah ia dibuat sambal. Sambal hitam yang popular kat negeri Pahang te....

Rajin pulak pokok belimbing aku ni berbuah selepas aku potong buang separuh daripada daun, ranting dan dahannya yang terlebih merimbun tu. Belimbing pokok aku ni spesis yang buahnya kuning bukannya hijau. 
Gitu ya puan-puan. Masukkan ja buah belimbing yang dah siap dibersihkan kedalam periuk. Tambahkan garam kasar dan terus pasang api. Sukatan garamnya aku agak2 ja. Mungkin satu kilo buah belimbing padan dengan 200gm atau lebih siket garam kasar...
Apinya hendaklah perlahan saja ya. Air belimbingnya nanti akan cair dari buah belimbing secara perlahan- lahan dan masaklah sehingga air belimbing tu semakin kering. Mungkin ia perlukan masa 3 ke 4 jam. Ada masanya aku keluarkan sedikit air belimbing dari dalam periuk supaya ia jadi cepat kering :) Gunakan periuk tanah, porselin atau periuk kaca..
Asid dari belimbing pada skala yang tinggi akan punahkan periuk logam ya puan-puan..
Ginilah ya puan-puan. Ini adalah rakaman sebenar hasil dari periuk yang sama di atas tadi. Lepas direbus hasil yang dapat hanyalah satu perempat lebih siket dari sukatan buah segar yang memenuhi isi periuk.
Begitu lah...
Buah belimbing segar dijual sekilo dengan harga rm4. Buah belimbing siap rebus sekilo harganya lebih dari rm20. ( kalau aku tak silap la ). Harga sambal hitam atau sambal belimbing hitam? Aku tak tahu harganya sebab aku tak pernah beli..

Monday, August 15, 2016

ikan jeruk air belimbing rebus

Ini adalah resepi sepontan.
Kata orang air belimbing rebus sedap jika dibuat air asam cicah ikan tawar. Yang tu aku dah buat dulu. 

Tak tau lah pulak betul ke tidaknya cara aku ni. Aku buat masa tu pun main agak2 sendiri sahaja sebab bendanya pun dengar2 dari cerita orang sahaja. Tapi rasanya memang sedap!


Aku tak tahu pun berapa sukatan garam yang secukupnya untuk buat belimbing rebus Jika cukup garamnya belimbing hitam rebus akan jadi cantik berulas. Kurang garam belimbing hitam jadi lembik.
Aku rasa belimbing rebus aku pada kali ni dah terlebih garam.
Aku cedukkan separuh air rebusan belimbing yang masih panas ke dalam bekas. Masukkan ikan yang sudah disiang dan dibersihkan ke dalam air rebusan belimbing. Perapkan biar terasa asam garamnya dari air rebusan belimbing rebus tadi.
Kemudian sejatkan ikan yang sudah diperap tadi. Bila airnya kering bolehlah disimpan. Jika nak makan bolehlah terus digoreng. Rasanya? Sedap! Sebab itulah aku poskan kat sini... :)