Showing posts with label herba sebagai penyembuh. Show all posts
Showing posts with label herba sebagai penyembuh. Show all posts

Monday, August 15, 2016

jolok cacing meredakan sakit pinggang


Sudah berminggu aku menanggung sakit di bahagian belakang badan. Aku pun tak tau pasti di mana sebenarnya rasa sakit itu berkumpul. Sedang bangun, duduk atau memusingkan badan ke kiri atau ke kanan terasa seperti ada parut lama yang menyengat.

Akibat dari apa pun aku tak dapat pastikan. Boleh jadi tersalah makan makanan sejuk atau berangin.
Seingatnya aku mula terasa ketidak selesaan ini selepas aku mengangkat pasu pokok bunga yang agak berat. 
Oleh tanggungan yang berpanjangan itu aku terfikir nak mencuba mandi air daun seperi mandi orang berpantang baru lepas bersalin. Sebelum ni dah pernah aku mandi menggunakan campuran daun seperti daun lengkuas, pandan, lemuni, inai, mengkudu, serai wangi dan apa2 lagi daun yang sempat aku capai.
Apa kata jika kali ni aku gunakan hanya daun jolok cacing semata- mata... Pernah aku terbaca jolok cacing ini sesuai untuk dibuat air mandi untuk meringan badan atau pun masalah tersalah urat. 

Tapi sewaktu memotong daun pokok jolok cacing aku tambahkan sedikit daun melur yang daunnya merimbun berjiran dengan pokok jolok cacing.

Selepas dibersihkan, berselawat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air. Ku rebuskan daun dan ranting2 nya sekali. Bila air mula mendidih padamkan api. Sewaktu mandi campurkan dengan air paip sehingga ia menjadi suam2 panas setakat yang kita tahan panasnya. (Aku elakkan menjirus di bahagian kepala)
Anehnya selepas mandi air pokok jolok cacing, sakit yang lama aku derita sudah mula berkurangan. Lama- lama ia makin hilang. Elok  agaknya jika aku ulangi lagi menjadi amalan seminggu atau sebulan sekali..

Tuesday, April 12, 2016

pisang gulai penawar batu karang

Aku pernah dengar orang sebut pisang gulai. Tapi waktu dulu tu tak ambik kisah sangat nak ambik tahu mengenainya. Rupanya pisang gulai ialah sejenis pisang yang hanya sesuai dimasak sebagai menu masakan dan bukan untuk tujuan dibuat pisang goreng, cekodok, kek atau dimakan mentah. Ada orang gelarnya pisang kari. Ada juga pisang gala. Aku pun dah ingat2 lupa info berkenaan nama pisang ini sebab lama sangat simpan kisah pisang ni. Nak update cerita ni sewaktu baru makan pisang ni selepas balik kampung tempuhari tapi selalu tertangguh.

Apa yang nak aku sampaikan di sini ialah mengenai dimana letaknya khasiat utama si pisang gulai. Pisang ini sangat diminati kaum India. Abang aku cakap ada orang India bagitau dia umbut pisang ini boleh membersihkan batu karang. Caranya ialah blender umbut pisang kemudian minum jusnya. Jika anda miliki pokok pisang sendiri boleh amalkan satu petua lagi. Caranya ialah potong pokok pisang yang sudah tua. Lubangkan bahagian umbut tengah pada batang pisang. (Seeloknya tutup lubang dengan sesuatu supaya tidak dimasuki apa2 bahan atau makhluk yang tidak diingini). Esoknya minum air yang dikutip dari lubang umbut tadi. Ia dapat mengeluarkan batu karang pada sesiapa yang mengidap penyakit ini.

Kakak aku dah mencuba atasi masaalah batu karang dengan meminum air yang diblend dengan umbut pisang gulai. Aku nampak sendiri batu karang itu. Saiznya seperti biji buah kurma cuma agak kecil sedikit. Rupanya seakan batu kapur. Cuma masalah yang dia hadapi ialah kesakitan yang terpaksa ditanggung semasa proses mengeluarkannya. Masih berbaloi sebab beliau pernah warded sebab buat operation buang batu karang dekat hospital.
Abang aku cakap lagi yang orang India tu beritahu dia selain dimasak gulai pisang ini boleh dimasak seperti buat sayur. Buat sayur seperti orang masak sayur sawi atau goreng buat kangkung masak belacan. Yang ni aku suka. Suka nak mencuba. Pasalnya aku memang kurang rajin siket nak prepare buat masak lemak atau kari bagai.
Ini rupa pisang gulai. Katanya nak kenal pisang gulai ia miliki puting dan janggut hitam kat bahagian hujung buah pisang.
Samaada nak kupas semua kulitnya atau boleh juga tinggalkan kulit hijaunya jangan dibuang habis.

Inilah sayur goreng yang aku buat. Goreng pisang gala seikut suka sesedap rasa... Memang rasanya amatlah sedap..!!
Ini menu aku pada hari yang aku masak goreng pisang gala tu. Rupanya hari tu (lama dah..) ada sambal kuinin dan ikan puyu goreng...

Saturday, December 19, 2015

rumpai laut boleh mengawal kencing?

La ni rumpai laut orang dah lupa. Suatu waktu dulu ramai orang nak amalkan memakan rumpai laut yang banyak mengandungi kolagen. Pemakanan pun ikut berubah mengikut peredaran zaman pilih mana yang lebih popular..
Aku pergi tanya rumpai laut kat kedai ubat cina yang aku pernah beli darinya suatu waktu dulu. Tauke tu tengah sibuk. Boleh dia tanya aku balek, ".. benda apa tu, yang orang buat laici kang ka,,?" Ada ka patut.. O ooh.. sekarang dah tak jual lagi, dia cakap.
Pergi tanya satu kedai lagi. Puas pulak lamanya masa dia ambil untuk selongkar mencari sebab tak berapa biasa dengan rumpai laut. Agaknya dah lama orang tak beli rumpai laut.

Itu pasalla aku saja cuba bertanya kat kedai India yang jual periuk tanah tu ada tak dia jual rumpai laut.  Kedai India tak ada jual rumpai laut. Tapi tauke perempuannya yang ramah tamah tu lah yang bagitau aku. Dia cakap ada orang yang bagitau dia rumpai laut bagus untuk orang yang tak boleh kawal kencing.

Gambar rumpai laut kat atas tu adalah saiz sebenar bezanya antara yang kering dan yang sudah kembang. Aku rendam ia lebih kurang 6 jam. Elok rendam guna air yang bertapis. 
Cadang mulanya nak buat cicah sedap dimakan dengan budu. Tapi biasanya aku selalu makan begitu saja dibuat ulam bersama nasi... 

Friday, December 18, 2015

menyemai keratan ranting mulberi

Kenapa aku tanam pokok mulberi?
Patut la selama ni aku nampak orang suka sangat tanam pokok mulberi...
Orang lain dah lama tanam, makan dan dah dapat pun khasiat dari pohon pokok mulberi. Aku baru kebelakangan ni teringat nak mula semai rantingnya. 

Itu pun selepas aku dengan tak sengaja terbaca artikel mengenai khasiat penuh sepohon pokok mulberi. Buah, daun , akar dan rantingnya semua berkhasiat untuk kesihatan. Ingat lagi zaman sekolah dulu belagar geografi, antara ulat sutera dan daun mulberi tak dapat dipisahkan...
Nak letakkan senarai khasiatnya kat sini yang aku google banyaklah sangat. Jenuh nak membacanya. Setakat ni aku terbaca khasiatnya yang berjumlah 14 jenis tu..
Nampaknya aku dah terpotong ranting mulberi yang sihat. Tak ingat dah berapa hari, tapi rasanya ranting pokok mulberi ni sangat mudah nak bercambah tunasnya...
Sedar tak sedar ia terus berbunga dan terus berputik nak jadi buah. Aku niat nak mula menjaganya. Dengar cerita pucuk daun mulberi boleh dibuat ulam dan dibuat masak sayur lemak. Aku pernah rasa buahnya agak masam, agak daunnya pun masam juga kot..

Saturday, October 17, 2015

Herba untuk gout

Anak2 pokok ini selalu tumbuh. Apa tidaknya, ia dimuatnaik dari air longkang yang aku gunakan untuk menyiram pokok2 yang aku tanam. Sebelum mencabutnya aku postkan gambarnya untuk rujukan sahaja di sini.
Tumbuhan yang berbunga disebelah kiri dikenali sebagai patikan kerbau atau pokok susu kambing. Ada lagi panggillan lain untuk setiap tempat yang berbeza kot..
Sesuai untuk penyakit gout. Bersihkan pokok sekali dengan akarnya, jemur hingga kering, blender, masukkan dalam kapsul. Makan 2 kapsul sehari dua kali sebelum tidur dan 2 kapsul lagi pada siang hari. Ini aku baca dari panduan google. Belum pernah cuba lagi walaupun ada kalangan dari family yang  pernah terjerit2 kena serang dengan gout.. 😫. Diminum airnya secara rebus pun boleh, selepas daunnya dijemur sekejap pada cahaya matahari.
Yang tumbuh disebelah kanan tu pokok keremak. Pokok keremak paling power sebagai penyembuh gatal2 ruam dan berkudis. Ini terbukti berkesan sebab anak aku selalu amalkannya sebagai ubat sapuan pada cucu-cucu aku.

Saturday, August 29, 2015

Apa petua menanam pokok sirih?

 Seingat aku, sampai tak ingat dah berapa kali dah sebelum ini aku cuba menanam pokok sirih. Tak ada siapa bagi aku panduan betul cara nak tanam pokok sirih. Jumpa pokok sirih aku cuba ambil rantingnya samaada yang tua atau yang berakar nak cuba tanam. Tapi banyak kali yang tidak menjadi.
 
Beginilah rupanya contoh keratan sirih yang pucuk daunnya masih belum kembang aku cuba semai dan ia menjadi. Panduan umum yang aku dapat dari bacaan sebelum ini tidak banyak membantu.
 
                                                  Sekarang dah dapat sepohon anak pokok sirih. Ada yang berminat nak tanam juga. :)                            
                                                  Yang ni bukan anak pokok sirih. Masih spesis nak sama kan? Ini keratan pucuk pokok lada hitam. Sengaja nak mencuba sebab dah terjeromoih dengan pokok lada hitam. Sebati dah, memang selalu rasa nak mencuba. Dah kerja seharian pun berkaitan bidang eksperimen..

Tuesday, February 10, 2015

Daun ruku merawat batuk dan gatal tekak

Gambar ni menghiasi muka depan entri aku kali ni. Walaubagaimanapun ada sangkut pautnya dengan yang akan diceritakan kemudian...

Pada hari yang terik panas macam la ni, alangkah bagusnya mendapat seteguk air sarbat merah ini.
Ini gambar pokok ruku kat rumah aku. Aku pernah google pasal daun pokok ni suatu masa dulu sebab terbaca satu resepi yang menggunakan daun ruku. Tapi tah macamana waktu tu aku tak berapa nak ambil kisah sangat. Bunyi ruku tu macam pelik pada pendengaran aku.

Tapi la ni baru aku perasan. Rupanya aku dah lama biasa tengok pokok ini, dari kecik2 lagi. Kebanyakan rumah orang tua2 di kampung aku tumbuhlah pokok ini. Tapi tak biasa pulak aku dengar ada orang2 tua yang bercerita mengenai khasiat daun ini. Mungkin ia tumbuh dengan sendirinya saja. Yang aku perasan macam pernah dengar ada orang menyebutnya sebagai daun selasih.

Suatu hari aku cuba menggunakan daun ini untuk merawat batuk2. Kali kedua pula mencubanya untuk merawat gatal, perit dan tak selesa tekak. Ia masih mujarab!
Cara menggunakannya ialah ambil 6-7 helai daun ruku. Cuci bersih, letakkan sedikit (sangat sedikit) kapur makan dan lenyekkannya menggunakan kedua-dua tapak tangan. nak sebut upar (upaq ke?) sehngga lumat dan mengeluarkan cairan pekat sedikit berbuih warna keputihan. Sapu cairan ini pada tekak 2-3 kali sehari. InsyaAllah legalah rasa gatal dan perit tekak. Tapi ia sesuai hanya pada radang tekak peringkat awal. Kalau sakit tekak lebih kronik, lebih baik minumlah air asam jawa. Kalaulah double triple kronik lagi, silalah pergi bertemu dokter! :)   
Ini eksperimen aku dengan biji selasih. Benarkah biji selasih ini yang digunakan untk membuat air sarbat? Rupanya dah betul. Biji selasih dari pokok selasih aku rendamkannya sehingga kembang berupa seperti telur katak. Tapi tak dapat zoom dengan jelas. Nampak bintat2 hitamnya sahaja!

Tuesday, January 13, 2015

Hempedu bumi merawat demam!

Di suatu pagi yang cerah entah beberapa minggu yang lepas tatkala aku sedang membersihkan rumput rampai kat tepi longkang rumah, aku ditegur oleh seorang jiran. Seorang perempuan berbangsa cina. Mulanya pot pet siket ja. Tapi makin lama koi jadi makin panjang.
ehsan google
Diantara banyak yang kami bualkan, dia ceritakan pada aku khasiat daun pokok hempedu bumi ini.
Dia cakap aku pandai sebab tanam pokok ini. Aku cakap yang tu bukan aku tanam tapi ia tumbuh sendiri sebab benihnya dah sedia ada. Lepas hujan atau pada bahagian tanah yang basah, akan tumbuh anaknya berselerak di merata tempat. Dalam hati aku heran juga sebab aku ingat kalangan kaum melayu sahaja yang mengamalkan tanaman herba seperti ini. Ada juga yang menyebut pokok ini sebagai pokok daun cerita. Cerita yang aku dapat pada pagi tu kira paling hot lah..

Dia ceritakan orangtuanya yakni ayah dia selalu amalkan daun ini untuk merawat demam. Ayahnya tak gunakan ubat demam dari farmasi. Tapi yang tak syoknya dia cakap dia pun tak pernah amalkan macam yang ayah dia buat dan dia tak tau macamana cara ayah dia gunakan daun tu.

Sudah masuk tiga atau empat kali aku dah berjaya kawal simptom 'rasa-rasa nak demam' dari terus melarat menjadi betul2 diserang demam selepas mengambil daun ini sebagai perubatan alternatif.

Caranya ialah aku ambil 2-3 helai daun hempedu bumi, bersihkan. masukkan ke dalam cawan yang berisi air panas dan tutupkannya. Minum semasa ia masih suam. Rasanya memanglah sangat-sangat pahit. Tapi yang pahit itulah ubat! Ulang minum lagi jika perlu.
Tapi  jangan lupa untuk minum banyak air. Betul2 banyak. Minum hingga anda akan  ulang-alik ke bilik air setiap sela masa 15 hingga 20 minit untuk membuang air kecil. Jika demam anda tak jugak kebah  silalah ke klinik berjumpa dokter...  !

Aku google dan dapati daun ini juga rupanya boleh digunakan sebagai perawatan untuk menyembuhkan luka. Sebelum ini aku selalu didedahkan secara meluas daun ini diamalkan untuk memecahkan molekul2 lemak yang menyumbatkan salurdarah yang menjadi penyebab kepada tekanan darah tinggi. Seorang kawan aku bercerita dia sampai di masukkan ke dalam wad kerana tekanan darahnya terlalu rendah. Dia telah mengamalkan memakan daun ini dalam kadar yang sudah melebihi dos yang sangat melampau!

Friday, December 7, 2012

Herba ajaib penyembuh segala jenis penyakit

Assalamualaikum
Sudah lama aku tahu tentang khasiat penyembuh habatussauda atau jintan hitam ini. Tapi rasa culas dan tak berapa nak kisah membuatkan aku mengambilnya dalam sukatan ikut suka hati aku. Curah sejemput kat atas tapak tangan dan menelannya dengan seteguk air. Rasanya kesan yang aku dapat ialah panasnya rasa suhu badan dengan pengambilan yang tidak mengikut panduan yang betul.
Oleh rasa was-wasnya aku untuk mengambil sebarang produk kesihatan  yang banyak berada di pasaran pada masa ini, aku rasa lebih baik aku kembali kepada penyembuhan secara semulajadi.

Artikel yang panjang lebar mengenai kemujaraban jintan hitam ini bolehlah klik dan dapatkannya kat sini.  Rasullullah s.a.w. ada menyebut mengenai kelebihan habatussauda iaitu sabdanya 'Hendaklah kamu memakan habatussauda kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan mati'. Riwayat at-Tirmizi.
by google

Aku  letakkan sebotol jintan hitam ini kat dalam laci meja kat tempat kerja aku.Kat tempat kerja, aku ada masa untuk membilang 7 biji jintan yang bersaiz kecil ini sebelum menelannya. Selepas pengambilan 7biji jintan ini aku terasa badan aku kurang sihat dan ada rasa nak demam. Sepas makan ubat, demam pun hilang. Lama selepas hilang demam aku ambil lagi 7 biji jintan hitam ini untuk melihat reaksinya kali ke 2. Hasilnya sama. Aku  demam lagi. Selepas habis demam dan masuk kali yang ke 3 menelannya barulah normal. Aku tak demam lagi. Tapi rupanya cara yang betul  memakannya ialah pengambilan 7 biji sebelum tidur dan 7 biji lagi selepas bangun dari tidur.

Thursday, August 9, 2012

Jolok cacing untuk anak anak yang kurang selera makan

Assalamualaikum...

Siapa pernah mendengar nama  pokok jolok cacing. Rasanya orang utara lapis yang lama2 dulu pernah dengar nama ini. Aku dengar lama dah sejak budak2 lagi cuma belum pernah amalkannya sahaja sebelum ini. Sejak dah ada blog ni, ada2 ja nak mencuba itu ini. Hehe...

Pokok renek  ini tumbuh meliar kat kampung, rumah abang aku. Aku ambil pokoknya yang sedang remaja bawa balik tanam kat rumah. Kat rumah aku ada budak kecik. Jiran sebelah rumah dah selalu duk merungut selepas umur anaknya setahun lebih, budak tu dah mula balik  minum susu saja. Selepas tak lama diperkenalkan dengan makanan pejal, anaknya dah tak berminat nak makan nasi lagi.


Perhatikan sulur bunga pokok ini. Patutnya ada bunga2 kecil berwarna ungu pada bahagian sulur bunga ini.Tapi diperhatikan sekali imbas tak kah rupannya seakan sekawan cacing sedang bergerak2 menghulurkan kepala mereka. Kami panggil cacing2 kecil ini dengan nama cacing ramu. Ia juga dikenali dengan nama cacing jarum atau cacing benang. Sangat halus saiznya. Jika ia dah membiak dan mula mengganas, tidur anak2 menjadi gelisah. Rasa aku ia bergerak geliang geliut sampai kita tak tau dah mana satu bahagian kepala dan yang mana pula bahagian ekornya. Parasit ini perlukan usus manusia yang sedia ada makanan  dan suhu yang cukup sesuai baginya sebagai tempat tinggal.

Bacalah pengalaman ibu ini berjaya mengatasi masalah anak kecilnya dengan mengamalkan pokok jolok cacing.  Aku rasa aku pun dah berjaya buatkan cucu aku sembuh. Tak lagi lah budak itu menggelengkan kepalanya atau melarikan diri bila disuap makanan terutamanya nasi.

Bak kata seorang blogger tu (tak ingat dah aku kutip dari blog yang mana satu) dia tak tau macamana masalah selera makan budak boleh selesai dengan bantuan  pokok jolok cacing ini, tapi yang pentingnya masalah anaknya yang tak selera makan dah pun selesai...

Monday, July 23, 2012

Pandan berkhasiat untuk lemah saraf dan membuang angin dalam badan

Ini gambar daun pandan. Dikatakan daun pandan kecil lebih wangi aromanya dari jenis pandan yang berdaun lebih lebar.

Aku terpanggil untuk bercerita pasal pokok pandan sebab jiran bukan melayu sebelah rumah aku tu suka sangat dengan pokok pandan. Banyak depa tanam pokok pandan kat tepi rumah. Ayahnya yang tanam. Sesekali aku tengok rajin orang tua tu menyiram pokok pandannya. Anak lelakinyanya pun siram pokok pandan juga. Pokok lain tak ada pula. He he. Pokok2 lain tak ada la sangat pun.Tak kanlah nak disiramnya pokok pelam yang dah tinggi menjulang tu kot...

Sebenarnya yang rajin  mengutip daun2 pandan tu ialah menantu perempuannya. Dia ni lah yang rajin duk berkempen kat aku. Tak tau berapa kali dah. Dia kata masak daun pandan dan airnya digunakan untuk dibuat minuman seharian. Seluruh isi rumah dia dah tak mau minum  air masak yang tak ada pewangi daun pandan!. Masak air untuk minum letak  daun  pandan. Masak nasi biasa hari2 pun letak daun  pandan. Oh, aku fikir ini idea bagus juga. Aku pun mulalah menanam berbaris anak pokok pandan kat rumah aku.

Antara khasiat pandan yang aku temui  ialah untuk membuang angin dalam  badan, lemah saraf, mengurangkan gelisah, melebatkan rambut dan masalah kelemumur. Pada aku panduan untuk berapa helai daun pandan, merebus, tapis airnya dan lain2 langkah lagi tu merumitkan aku untuk mengingatnya. Jadi untuk nak yang mudah rebus aja untuk dibuat air minum dan letaknya dalam periuk semasa bertanak nasi. 

Aku teringat daun pandan ialah antara ramuan yang direbus bersama daun lengkuas, daun capa, daun inai, daun mengkudu, daun kunyit terus, daun serai wangi dan daun @ akar pisang kelat(?). Air rebusan  ini digunakan untuk mandian ibu2 yang baru bersalin sekurang2nya diamalkan selama seminggu di awal berpantang. Antara khasiatnya ialah untuk haruman dan mengembalikan kesegaran tubuh badan. Tapi ada jiran aku tu cakap air pandan ni bagus juga untuk urinary system. Nak terang panjang2 pun aku tau dia kurang fasih berbahasa melayu. Aku senyum aja. Agaknya dah minum banyak2 pewangi pandan, bahan buangan air kecil pun bertapis lah jua bau haringnya kot...:-))

Saturday, April 14, 2012

Daun sirih merawat selaput mata


Assalamualaikum..
Kali ni aku nak buat cerita mengenai khasiat daun sirih. 

Sebenarnya aku ni nak sambung balik cerita kisah aku pergi mengurut dengan Nek Bidan pada entri yang lepas.  Tengah mengurut tu aku berdesit2 menahan sakit. Dek nak redakan sakit tu agaknya nek tu bukak cerita pasal sirih kat rumah aku. Dia cakap banyak sirih kat rumah aku. Nak minta dengan tuannya pun selalu tak ada orang kat rumah. Aku cakap kat dia pada sapa2 yang rasa nak ambil daun sirih tu, ambil sajalah. Pokok sirih tu dah dikira  sebagai harta wakaf!


Sirih juga dapat hilangkan bau badan yang ditimbulkan dari aktiviti bakteria dan kulat. Ada satu lagi pesan nenek tu kat aku. Berkenaan dengan cara pengambilan sirih. Dia cakap masukkan 2-3 helai daun sirih dalam cawan. Curahkan air panas ke dalam cawan tadi. Tutupkan sekejap lepas tu minum air rendaman daun sirih ini. 

Aku dah bercerita yang nenek tukang urut tu usianya dah lebih 70 tahun. Badannya sihat kejap, telinganya tak bermasalah dan matanya pun sangat terang penglihatannya. 
Nenek tu pun cakap dengan aku daun sirih tu boleh ubati atau bahasa mudahnya buangkan selaput yang ada pada mata. Aku tanya macamana. Dia cakap ambil 2-3 helai daun sirih, ramas dalam sedikit air dan titis kat dalam mata. Lebihan airnya buatlah sapu muka sambil berselawat.
Balik rumah aku google cari kandungan yang ada  dalam daun sirih. Bahan aktif fenol dan kavikolnya ada daya mematikan kuman. 
Aku pun cuba buat. Mulakan dengan sebelah mata dahulu. Apa rasanya? Aduh. Pedihnya terasa sampai berdengung ke otak. Bukan buat selalu. Sekali sekala bila teringat sajalah. Rasanya macam ada sedikit perubahan. 

Selaput mata ni mula kelihatan bila usia kita makin meningkat. Selaput yang ada kat mata aku ni mulai kelihatan selepas aku gunakan produk apa tak tau untuk rawatan kulit muka. Mata aku alergik rupanya tak sesuai dengan sebarang bahan kosmetik.

Aku tanya guru biologi. Selaput mata tu katarak ke? Dia cakap katarak tu bukan selaput mata. Katarak ialah bila kanta mata yang jernih tu berubah menjadi kelabu. Oh. Yang aku tau ialah kalau rabun dekat atau rabun jauh, pembetulannya ialah dengan menyesuaikan ketebalan cerminmata
                                         


 Pada aku memang susah nak tanam pokok sirih. Apa pantang larang aku tak tau la. Dah dekat nak sepuluh kali dah aku cuba semai anak pokoknya sebelum ini. Sampailah aku fedup. Ni rantingnya diberi oleh sorang lelaki cina jiran dekat rumah aku.

Segala daun kering aku lepuk aja kat pangkal pokok ini. Inilah baja humus. Semulajadi.
Gambar apa pulak tu ek? Dari cerita selaput mata dah nak koi jadi cerita lain dah  ni....Inilah sarang haiwan. Misteri alam semulajadi. Naluri ibu kucing aku yang dekat2 nak beranak selalu nak buat tempat beranaknya kat sini. Yang dia beranak 5 bulan lepas pun kat sini jugak. Tapi yang tu semua anaknya dah tak ada. Yang sekor mati terlentang, yang sekor lagi hilang.

Naluri ibu kucing pun tahu keperluan bila dia nak beranak...
                                
Ni gambar muka Mek Teh kami selepas dia selamat beranak. Kali ni semuanya sihat dan hidup belaka.

Dah dua bulan usia depa ni semua. Tengah duk buat muka tertekan tu kot sebab dah dipenjarakan  oleh aku di sebalik tirai besi ini...
P/s Aku kurang suka entri aku ni. Panjang sangat. Aku sendiri pun kurang suka baca cerita yang panjang2..

Friday, April 13, 2012

Kacang telang mengelak keguguran di awal kehamilan


Assalamualaikum semua
Nampaknya aku ni belum habis lagi nak bercerita pasal kacang telang!
Nampak ja bunga kacang telang yang membiru kat pagar rumah aku tu datang ja idea aku nak meracau kat blog aku ni...hehe
Entri aku pasal agar2 biru dari bunga telang ada kat sini..

Pokok ni mula nak pulih kembali.. Sebelum ni ia dah hangus sebab aku dah terlebih bubuh baja. Lepas siram air dan  ambil sedikit masa, ia pun  ok kembali.

Ni cadang aku nak buat pokok bunga gantung. Tapi sampai la ni tak gantung2 lagi pun...

1.  Sifatnya yang menjalar sesuai ditanam secara pasu gantung.
2.  Perlu dipangkas selalu supaya tak terbantut.
3.  Kepercayaan yang tak dapat dibuktikan secara saintifik  ialah mengelakkan keguguran terutamanya pada awal kehamilan. Batangnya dililit pada pinggang perempuan hamil.
4.  Daun dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Masukkan ke dalam kain sehingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Yang ni ada aku cuba buat. Dah jadi bantal pun. Aku bawa ke tempat kerja. Nak cuba kat sesiapa yang sedang sakit kepala. Tapi tak ada!. Jadi aku tak dapat nak komen lebih lanjut..huhu.
5.  Bunganya direndam dalam air panas dan diminum seperti teh bagi mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Kaedah yang sama digunakan bagi merawat insomnia. Yang ni aku belum try juga. Minta2 dijauhkanlah insomnia tu. Insomnia tu apa? Itulah ketakupayaan untuk tidur lena...

Friday, April 6, 2012

Tembaga suasa aka bakung meredakan bengkak sendi

by google
Ini gambar pokok tembaga suasa. Mulanya suspen betui aku nak mengenali nama tembaga suasa ni. Aku duk terbayang tentulah pokoknya keras
bertepatan dengan namanya.
Kecik2 dulu aku selalu sangat nampak pokok ni ditanam orang. Kat sekolah aku zaman aku sekolah rendah dulu, ini lah pokok yang banyak dijadikan landskap di serata ceruk kawasan sekolah. Di kampong-kampong pun ia banyak ditanam orang.Tapi kami lebih mengenalinya sebagai pokok bakung!

Ini misi aku dalam operasi mula berjinak balik dengan tanaman hiasan ini. Nak cuba tanam kat rumah aku pula...hehe. Rasanya bawangnya ni boleh dijadikan bibit untuk nak mulakan semaian.


Inilah barut dan daun bakung aku selepas di gunakan...:). Sebelum dibarut, sapu sedikit minyak pada daun dan layur di api atau nak mudah boleh diseterika dengan megalas bahagian atas daun gunakan sekeping kain. Alhamdulillah. Dengan izinNya jua bangun pagi esoknya   lutut aku yang telah dibarut menggunakan daun ini, sakitnya terus hilang. Bak kata orang Kedah "macam kena kuteiy tauk buang..." Maksudnya macam penyakit yanag duk ada tu boleh dicubit tarik keluar buang begitu saja dari tempat yang kena sakit tulah. Macam tak caya jer..

Dah dua malam aku barut dengan daun ni. Kedua-dua paginya berhasil mengurangkan rasa ngilu sakitnya lutut aku setiap kali bangun tidur. Lepas tu aku duk terbayang la bagaimanalah rasanya pada pengidap sakit lutut yang saiz badannya extra tembam. Adeh. Susahnya nak bangun dari tidur.

Aku terseliuh sebab  telah bergerak dengan tak berpada-pada....:) dan ligamen sebagai penganjal kat lutut aku tu duk koi keraih dan pelincir  semulajadi yang duk ada  tu pun dah mula menyusut. Tulang lutut pun duk susut gak..:) Tu yang agaknya mengakibatkan keradangan saraf dan lutut pun membengkak sedikit...)


Agaknya yang lambat nak  sembuh tu sebab hari-hari aku masih lagi duk kerabat tangga bangunan 4 tingkat turun naik kat tempat kerja aku tu . Hu hu.
Khasiat bakung ni aku mula terbaca dari blog Kak Jee. Beliau dapatnya dari blog Kak Zie. Terima kasih Kak Jee dan Kak Zie di atas perkongsian ini.

Monday, February 13, 2012

Pereskia~Jarum 7 bilah~Pokok kanser

Salam..
Sebenarnya bunga ni biasa saja bila aku tengok ia  kat tangkai pokoknya. Tapi ia nampak macam cantik sangat bila letak kat blog aku yang serba hitam  legam ni. Hehe.

Nama saintifik bagi pokok ini ialah pereskia sacharosa atau saecnarosa. Nama lain ialah Bintang Tujuh, Pokok Kanser, Chat Sim  Chan, Pokok Barah, Jarum Tujuh dan Pereskia. Ia keluarga kaktus. Daunnya yang rangup dijadikan ulam atau salad.

Dikatakan dapat merawat kanser kolon atau usus besar, kanser hidung dan kanser lain.
Tiga cara menggunakannya ialah masukkan 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum. Kedua, daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari. Ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat campurkan dengan air dan jusnya diminum.

 by google
ini gambar buahnya, nak serupa dengan buah teratai

Ini buku rujukannya yang aku salin semula.... Bukan saja2 aku nak jual ubat kat sini. hehe

Tuesday, November 22, 2011

Keriang dan masalah kecacingan

     
Ini gambar buah keriang dot. Rasanya kelat2 siket. Nak makan, lepas bersihkan buahnya gaul dengan sedikit garam halus. Sedap! Ada lain2 keriang lagi kat bawah ni. Yang ni orang panggil keriang dot. Ini betul2 dot. Bukan dot dot dot tu ya? Bukan dot com dot mai. Bukan dot com dot net. Asalnya buah keriang gendut. Nak senang sebut, bunyi kat belakang ja, jadilah keriang dot.   Dengar ceritanya ia lebih  berkhasiat  dari buah acaiberry. Keriang dot dikenali dengan nama maquiberry.


Ini acaiberry. La ni tengah meletop dengan jus minuman MonaVie Acaiberry Malaysia. Boleh menguruskan badan dengan khasiat dari product ini...:) Aku tengok ja. Belum rasa nak minum lagi. 



































  














Ini pokok keriang dot















Aku rasa yang ni pun spesis keriang jugak. Ada yang menyebutnya buah mata itik. Ada yang mengenalinya sebagai keriang pulau. Eh, ada Kampung Keriang Pulau dekat dengan kawasan rumah akulah. Pucuknya dipercayai boleh dibuat ulam. Aku pernah beli buah ni kat pasar malam. Pada aku rasanya tawarkelat. Pokok ni boleh ditanam dalam pasu buat hiasan.


Keriang ni yang aku paling suka. Dari kecik dulu aku suka makan buah ini. Lani tak makan dah mungkin sebab buahnya kecik2 sangat, susuh nak dikutip. Walau rasanya kelat, tapi ia spesial pada aku dan kawan2 aku masa aku kecik dulu. Mungkin sebab pada zaman dulu tak ada banyak makanan serupa dengan la ni. Jadi pagi petang kerja duk makan buah keriang ja. Kalau tak jolok atau kait buahnya guna galah, panjatlah pokoknya untuk dapatkan buah. Lepas makan, lidah habis jadi warna hitam. Tapi tak pernah ada sapa2 kisah pun...
Aku kenal buah ni dengan nama buah keriang saja. Boleh jadi inilah keriang lada. Rasanya ada suara nakal yang menyebutnya sebagai keriang tahi kambing!

Aku nak tulis khasiat daun keriang sebagai penyembuh pada anak2 kecil yang ada masalah kecacingan kat sini. Kalau tak tulis, mungkin lepas ni aku akan terlupa. Anak2 yang kurang selera makan dan selalu muntah boleh jadi ada masalah cacing.

Pilih daun keriang (keriang lada) dalam jumlah yang ganjil. Ramaskan dalam air, masukkan dalam baldi. Bakar sedikit belacan hingga hangus (jangan terlebih belacan ya?). Masukkan belacan hangit itu terus ke dalam baldi yang berisi air daun keriang. Simpan satu malam. Lepas anak dimandikan pagi esoknya dengan air bersih, last sekali, siramkan  dia dengan air rendaman air daun keriang dan belacan tadi. Jangan terkena bahagian kepalanya, nanti ia akan hilang selera makan pula. Lepas siram, jangan dibilas dengan air lagi, terus lapkan sahaja badan anak itu. Pilihlan hari untuk mandikan anak ini selepas 15hb bulan Islam. Jangan amalkan mandi ini di awal bulan.
Gambar2 ni semua aku dapatkannya dari google.

Friday, November 18, 2011

Keremak penawar ruam dan gatal-gatal

Ini gambar bunga dan daun keremak dari jarak dekat.

Tak perasan pula waktu ambik gambar, sekuntum bunganya yang kat atas tu dah layu. Tak pakai cermin mata waktu ambik gambar. Huhuhu.


Aku tak buang pokok2 ni kat tepi longkang rumah aku. Sekali pandang, ia nampak macam rumput liar sahaja.Tapi bagi aku, khasiatnya amat bernilai.



Sewaktu cucu aku berusia dua bulan, dia telah mendapat penyakit kulit yang amat teruk sekali. Mak dia kerja menangis kesian tengok kulit anak dah penuh dengan tompok2 merah. Lambatnya nak baik. Lepas diubatkan, esoknya ia timbul kembali. Banyak tempat dah pi berubat. Petua tradisi sudah. Klinik swasta sudah. Klinik kerajaan sudah. Pakar kulit pun sudah. Ada yang kata kudis buta. Ada yang kata alergik dari haiwan peliharaan.


Kakak kat tempat kerja aku bagi petua lumatkan daun keremak, campur bedak sejuk dan sapukan pada bahagian yang kena ruam. Dia kata dah ramai cucu dia yang dia amalkan guna daun ini sahaja.
Lepas disapukan cucu aku dengan bedak sejuk yang dicampur dengan daun ini, alhamdulillah. Penyakitnya beransur sembuh. Anak aku kata daun nilah yang lebih pakar dari yang pakar untuk kulit anak dia.
Alhamdulillah semuanya adalah dari pertolongnNya jua.

Tuesday, September 13, 2011

Minyak serai wangi lagi!

Bahan2
2 cawan minyak masak(aku guna minyak Visawit)
1/4 cawan air
7 pokok serai wangi(sekali dengan daun dan akar2nya)
10-15 biji lada hitam
1 ulas bawang putih

Bersih dan potongkan pokok serai wangi. Ketuk serai pada bahagian tombak serai. Ketuk sedikit bawang putih dan lada hitam. Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan. (Aku ambil masa lebihkurang 1 jam.)

Minyak serai wangi yang aku buat sebelum ini masih bercampur dengan air. Termasuk yang ini, ini adalah percubaan kali yang ketiga. Huhu.


Gambar serai dalam periuk aku ni nampak peliklah siket kan...


Aku tutup periuk pada peringkat awal supaya minyaknya tidak mercik keluar. Masaklah sehingga airnya betul2 kering.

Pada aku minyak ini sesuai untuk buang angin dan kurangkan rasa lenguh2. Kata orang minyak angin yang berasaskan alkohol boleh menghakis atau mengeringkan pelincir semulajadi yang ada pada sendi dan lesung seperti di bahagian lutut. Minyak urut yang berasaskan minyak kelapa/kelapa sawit ni aku pun kuranglah minat juga sebab ianya ada rasa melekit dan berminyak!