Saturday, February 25, 2012

Oya, manik dan baju kurung

Salam
Aku letak lagi gambar2 sulaman oya yang baru disiapkan... Sampai bilalah agaknya aku nak berhenti upload gambar2 ni ek..?   huhu    

Baju kurung dan manik dah macam sinonim dah kat Malaysia nie. Jadi aku kombinasikannya dengan manik lagi. Boring tak tengok benda alah ni... hehe...


Boring pun tak apalah... hehe... Aku kira aku punya bangga sahajalah. Tiap2 hasilan aku yang masih berwarna pink ni pun aku berbangga juga.... Bukan senang nak ngabiskan sebuku besar benang yang dah aku belikan tu. Nasiblah kebanyakan baju aku pun berasaskan warna pink juga.

Aku duk teringat2 pernah aku terjumpa satu ketika dulu kedai yang menjual benang yang berbagai warna tapi saiz buku benangnya lebih kecil. Tapi di mana ya? Akhirnya suatu hari aku terbaca blog  ini , http://tatsaway.blogspot.com/2011/03/wedding-pt-2.html Oh..! Akhirnya baru aku teringat satu ketika dulu tak tau entah dah beberapa tahun lepas aku pernah ikut rombongan ke Singapura dan di sinilah (antara banyak kedai kat Arab Street) agaknya kedai benang yang masih kabur2 dalam ingatan aku tu...        

Thursday, February 23, 2012

Kek sukatan cawan gerenti menjadi..


Salam
Ada masanya ada rasa nak masak kek datang tak semena-mena. Waktu tu tak ada bahan yang secukupnya. Hehe. Minat masak2 tu tanda feminin lah kot...
Maka terjumpalah aku dengan resepi ni. Simple dan menarik. Teringin aku nak mencubanya. Resepi penuhnya bolehlah KLIK KAT SINI.

Yang aku buat ni dah jadi kot lain lah...Sorry lah Cik Ilah ek...mak ngah dapat ni dari blog dia sebenarnya.
Buttercup aku tak cukup sukatan, jadi aku cukupkannya dengan margerin daisy soft. Susu pekat manis pun jarang ada bekalan stoknya kat rumah aku. Jadi aku bancuhkan susu tepung everyday sebagai gantinya.
Yang sebenarnya aku ni dah fobia kot. Rakan sebelah meja aku tu selalu sangat ambik bacaan darahnya sebelum mengambil sebarang makanan. Doktor kata pankreas dia dah dekat2 nak rosak dah. Hee... kalau dah rosak, macamana nak hasilkan insulin lagi..? 

Dah lah insulin yang disuntik  tu datangnya dari DNA makhluk yang oing..oing..oing...tu laah.... Abang2 dia pun dah ramai yang meninggalkan dunia ini atas sebab2 mengidap masalah  kencing manis dan masalah buah pinggang. Aku pun dah kena psiko dengan dia ni. Tu yang buat pun kek kurang manis. Rasa manis2 buah aje...
He he. Sembang kencang aku ni... Entah2 petang esok aku singgah kedai pi beli ais krim Walls lah pulak..! Ha ha. Hidup Mesti Sedap.

Anak perempuan aku suka pulak kek aku buat ni. Dia kata rasanya macam kek yang dia beli dulu2 seketui harganya tiga kupang. Tapi la ni harganya dah lima enam kupang kot.

Bagi aku pulak rasa dia samalah macam dengan kek yang aku makan masa kecik2 dulu dijamu orang hanya pada hari raya. Sebab tu waktu kek ni masih panas2 aku suka hidu baunya! Dan lagi satu kek aku ni dibakar dalam kuali serbaguna sahaja, bukannya gunakan oven atau microwave oven. Kuali ajaib gitu... Nak upload gambar pun rupa dia dah tak cun lagi dahh...

p/s : punya la payah nak taip entri ni. Keyboard ni dikerjakan cucu....

Wednesday, February 15, 2012

Bebuas rebus, telur rebus dan air asam

Bahan2
Daun bebuas rebus, telur rebus siap berkupas dan air asam (cabai melaka. belacan bakar, asam jawa dan sedikit garam dipicit bersama)
Tak kah air asam  berhias kat atas tu nampak menyelerakan..?

by google
Daun bebuas berkhasiat untuk membuang angin dalam badan dan masalah kecacingan.

Selepas direbus selalunya ia keluarkan satu warna putih yang nampak keruh.

Sejatkan keluar airnya untuk dicicah bersama air asam dan telur rebus. Anak aku yang perempuan tu suka makan ulam ni secara mentah. Rasa ulam yang dimakan mentah dan direbus jauh bezanya.

Sayur cekur manis bersama kacang dal

Bahan2
Pucuk cekur manis
kacang dal
ikan bilis, bawang merah, garam dan sedikit serbuk aji

Rendam kacang dal. Rebus kacang dal bersama bawang merah dan ikan bilis. Bila  kacang dal hampir empuk masukkan daun cekur manis yang sudah dibersehkan.
Sebelum angkat dan tutupkan api, masukkan garam dan sedikit aji.

Aku dapat resepi ni waktu aku duk kat Pahang. Orang Kedah sebut cekur manis sebagai asin2 dan kacang dal tu kacang parpu. Kacang parpu dengan daun asin asin ni pada aku memang masuk, kena pada rasanya. Memang lawan dia la. Sapa2 nak rasa, bolehlah cuba. Cuma kakak yang ajar aku tu dia buat masak goreng. Oleh sebab aku kurang suka makanan berminyak, itu yang aku ubahsuai sebagai sayur manis sahaja.

Program pengurusan pementoran....

Ermm...Naik nama balik. aku dah jadi duta tetap. Cepat cepat lah PRU 13....

Monday, February 13, 2012

Oya lace ~ destroyed...!

Salam
Percubaan pertama aku nak letak sulam tatting kat lengan baju kurung..!
Try in error..  Rasanya hasil ni kelihatan sangat menonjol. Saiznya agak kurang sesuai..

Letaklah gambarnya kat sini sebagai kenang-kenagan.... Lani aku dah makin laju nak jahit sulam ini.  Jadi graf keterujaan aku dah kian menurun. Tak adalah se excited waktu aku mula2 belajar nak mengenal seni sulaman ini.

Aku kena kecilkan saiz  bunga ini semula. Ini belum dihias dengan daun hijau dan manik lagi.... Kalaulah  kecik halus baru ada seninya kot...Biar sepadan....

Sambil menyulam sekarang ni aku suka pasang video Ustaz Azhar Idrus. Rasa macam nak dengar semuanya sekali. Subscribe and play all. Takyah nak klik satu persatu kat youtube. Internet laju cek oii... He he. Layann....
 

Pereskia~Jarum 7 bilah~Pokok kanser

Salam..
Sebenarnya bunga ni biasa saja bila aku tengok ia  kat tangkai pokoknya. Tapi ia nampak macam cantik sangat bila letak kat blog aku yang serba hitam  legam ni. Hehe.

Nama saintifik bagi pokok ini ialah pereskia sacharosa atau saecnarosa. Nama lain ialah Bintang Tujuh, Pokok Kanser, Chat Sim  Chan, Pokok Barah, Jarum Tujuh dan Pereskia. Ia keluarga kaktus. Daunnya yang rangup dijadikan ulam atau salad.

Dikatakan dapat merawat kanser kolon atau usus besar, kanser hidung dan kanser lain.
Tiga cara menggunakannya ialah masukkan 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum. Kedua, daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari. Ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat campurkan dengan air dan jusnya diminum.

 by google
ini gambar buahnya, nak serupa dengan buah teratai

Ini buku rujukannya yang aku salin semula.... Bukan saja2 aku nak jual ubat kat sini. hehe

Wednesday, February 8, 2012

Oya lace - my own style...hijaba lagi..!

Salam.
Ini gambar model dan selendang sebenar dari Turki.
Tapi kalau akulah yang menggayakan selendang cenggini, hidung aku tetap tenggelam! Tak adanya nak mancung lawa serupa dia ni... huhu

Aku masih lagi berminat nak cuba menjahit sulam. Ini barisan yang pertama sulam renda kat kain tudung aku..

Pusing round kedua. Bunga sulam ni kecik ajer. Rasa nak menyampah pun ada....

Roung ke empat. Yang ke tiga lupa nak letak kat sini.Hiaskan dengan benang warna putih pulak..

Penyudahnya aku masih gunakan manik sebagai penyeri... huhu...

Inilah hasilnya yang paling akhir. Asasnya sulam tatting. Aku dah porak perandakannya ikut citarasa  aku sendiri...
.
OK lagi kut cara aku display kain tudung aku kat atas nun......! hehe 

Sunday, February 5, 2012

Kerabu sardin dengan pucuk janggus

Bahan2
pucuk daun janggus, sardin, cili api, cili besar, bawang besar, sedikit garam, belacan, air asam jawa dan air limau nipis.

Panaskan sekejap ikan sardin. Lenyek2kan. Campurkan dengan air limau nipis.
Hiris pucuk daun janggus halus.halus.
Hiris bawang besar. Celur sekejap dengan air panas dan perahkan keluar airnya. 
Picit asam jawa, garam, belacan dan masukkan sekali hirisan cili api dan cili besar.
Campur dan gaulkan semua bahan hingga sebati dan sesuaikan rasanya.

Aku dah pernah post pasal kerabu ini sebelum ini. Tapi oleh sebab suka sangat dengan makanan ini aku poskan sekali lagi. Sedapnya rasa kelat-kelat pucuk janggus dengan rasa pedas dan rasa masam. Datang pula rasa lemak entah dari mana. Ha ha. Aku tak tipu. Cubalah buat dan rasa sendiri. huhu Sekurang2nya rasa kelat tu kot kot dapat juga turunkan paras gula dalam darah..

Gambar kerabu ni cukup tak jelas. Aku belum lagi belajar macamana cara nak gunakan camera! huhu

Mudahnya membiak naga

Salam
Post aku kali ni nak cerita pasal pokok naga. Bukan naga yang muncul dari laut suka sembur2 api kat orang tu....huhu. Tapi pada pertamakali aku melihat buah ni dijual orang kat pasaraya memang nampak macam pelik jer... Dengan lapisan kulit luarnya yang seperti bersisik warna merah.

Benih pokok naga aku ni isinya berwarna merah. Yang tiga biji  ni dah elok masaknya. Dah boleh dipetik dan terus ngap ajer! Rasanya ada soft masam dan manis. Bukan tawar lecor macam yang beli kat kedai tu. Ha ha.Nak promote ler tuu...Ni la yang orang panggil 'segar dari ladang'.

Aku mula berminat nak tanam pokok ni selepas ternampak pokok ni banyak  di tanam kat dalam satu kawasan satu restoran di tepi Jalan Gambang, Kuantan lima tahun dahulu. Masa aku singgah tu hari dah tengah malam. Pokok2 tu sedang mengeluarkan bunga yang sedang berkembang besar dan ada buahnya yang sedang masak dan yang baru berputik. Tu yang buat aku tergoda nak juga menanam pokok ni kat rumah aku.
Mudah sangat nak menanam pokok ini. Naga ini spesis kaktus. Dari satu keratan batangnya sahaja lama-lama ia akan dapat  menghasilkan berpuluh ratus biji buah naga. Rumpun pokok naga aku ni dah banyak aku cantas buang sebab dah semak sangat. 

Semua buahan dan sayuran yang berwarna mengandungi bahan antioksida yang boleh menjadi penawar melambatkan pertumbuhan sel kenser. (Betul kot aku punya ayat ni...). Di katakan buah naga ni khasiatnya sama dengan buah kiwi. Pokok buah kiwi rasanya belum ada lagi di tanam kat Malaysia ni..