Bahan
buat tapai nasi: 1 cawan nasi (disejukkan). 1 sudu ragi. Caranya: ayak ragi biar sebati pada nasi dan perap 3 malam. ( 1 cawan nasi akan bertukar menjadi 1/2 cawan tapai )
#1 cawan tapai
#1 cawan gula (aku gunakan 1/2 cawan sahaja)
#2 cawan air
3 cawan tepung beras
3 cawan tepung beras
2 bungkus Eno
kelapa parut- untuk digaulkan dan dimakan bersama kuih apam.
1. Blend bahan bertanda # hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang diblend kedalam mangkuk tepung beras, kacau hingga sebati perap semalaman. (aku perap 6 jam)
Sapukan sedikit minyak pada acuan atau loyang supaya kuih tidak melekat.
3.Campurkan Eno setiap kali sebelum mengukus. (Ia akan mengembang 2x ganda)
4. Kukus dengan api yang kuat selama 15 minit.
Aku turut saranan seorang blogger supaya adunan dituangkan kedalam acuan semasa periuk pengukus di atas dapur dan air kukusan sedang menggelegak. Katanya apam akan kembang sehingga merekah.)
Akhirnya rindu aku yang panjang terubat jua. Dah aku syak dari awal lagi tentu resepi arwah nenek aku tu tidak menggunakan bahan penaik seperti ibu roti (dried yeast).
Aku mencuba resepi di atas dan akhirnya ia betul2 menjadi seiras dengan kuih apam yang arwah tok aku buat. Alhamdulillah.
Aku tak buat tapai nasi sebab masalah sukar nak dapatkan ragi yang elok. Aku boleh kenal ragi yang elok dengan deria bau serupa aku kenal belacan yang sedap dengan cara menghidunya.
Kerapkali sipenjual ragi akan tarik muka tak puashati jika aku tak jadi beli ragi yang dijualnya.
Jika mendapat ragi yang elok, orang yang tak pandai buat tapai pun, tapainya tetap akan menjadi. Pada pendapat aku lah, tapai yang tidak menjadi bukan disebabkan kita yang tidak pandai membuatnya tapi masalahnya datang dari ragi yang tidak berkualiti.
Aku beli tapai pulut dari Pasar Besar Alor Setar. Hari-hari ada jual. Tapainya memang sedap dan manis.
Apam ini teksturnya lembut, ringan, kering dan tidak melekit- lekit. Kuat menganjal lagi..
Inilah ciri2 kuih apam yang aku suka. Rasanya yang nenek aku buat ia ada rasa liat2 sedikit. Arwah nenek aku dulu masaknya menggunakan dapur kayu. Pikir aku setakat manalah bahan dari kayu api boleh menghasilkan takat nyala pada skala yang besar?
Selepas 6 jam diperap, aku buka penutupnya dengan rasa sedikit kecewa. Ia cair tanpa sebarang perubahan. Tak sama dengan adunan yang menggunakan bahan penaik.
Selepas seketika ia mula nampak sedikit menggelembung. Keyakinan aku mula datang sedikit..
Selepas digaul dan disebatikan, ada lagi nampak ura-ura adunan mula mengembang..
Tahap ini baru keyakinan aku tumbuh kembali. Selepas digaulkan dengan serbuk Eno bahan asalnya cair tadi sudah menjadi creamy.. Sudah bersedia untuk di kukus....
Assalamualaikum, perap kat peti ais atau suhu bilik sahaja ? Terima kasih untuk kongsi resepi. (:
ReplyDeletewksalam.. suhu bilik sahaja
ReplyDeleteUtk adunan tu....air total 4 cawan la kan?? Tq
ReplyDelete2 cawan air semuanya... nnt makngah edit semula... tq..
DeleteSatu adunan dpt berapa biji? Blh ke guna tapai ubi kalau xda tapai pulut?
ReplyDeleteanggaran 10-20 biji ikut saiz adunan
Deleterasanya boleh guna tapai ubi juga
DeleteBuat tapai guna nasi ke beras pulut yg ditanak?
ReplyDeleteboleh samada guna tapai nasi atau beras pulut tanak
DeleteEno tu nk bubuh masa bila mak ngah..xbrp faham..tabur sikit2 dlm acuan ke
ReplyDeletesetiap kali nak kukus, masukkan eno ke dalam bancuhan tepung, gaul biar sebati kemudian dengan menggunakan senduk masukkan bancuhan ke dalam acuan kecil yg sudah dipanaskan dalam periuk pengukus.
ReplyDelete