Tuesday, November 14, 2017

Kueh luwer abu- Halwa Abu


 Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
2 cawan santan
Gula Melaka atau gula kabung secukup rasa
2 helai daun pandan
Secubit garam.                 

Cara-cara:-

1. Goreng tepung beras hingga masak. Anggaran 30-45 minit.

2. Campurkan gula, santan, secubit garam dan daun pandan ke dalam periuk atau kuali. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

3. Simpan 1/4 dari bahagian tepung yang sudah digoreng untuk ditaburkan pada kepingan kueh abu kemudian nanti. 
     3/4 dari bahagian tepung goreng akan dibancuh menggunakan santan masak yang masih panas. 

4. Adunkan tepung beras goreng dan santan yang masih panas tadi hingga sebati menjadi seketul doh yang lembut dan boleh dicanai. Terapkan ikut bentuk yang dikehendaki. 



5. Masukkan 1/4 dari bahagian baki tepung yang di adun tadi ke dalam sebuah bekas yang agak besar. Ini adalah untuk memudahkan kerja menggaul kepingan kueh ke dalam abunya. Oleng dan kaup balikkan perlahan kepingan kueh hingga ia melekat bersama lebihan tepung goreng yang disimpan tadi.
6. Setelah selesai kepingan kueh bersalut dengan abunya, ia sudah siap boleh dimakan atau nak sedap lagi tunggu hingga selepas 2 atau 4 jam.

2 comments:

  1. sedapnyer...sy setiap kali pantang...mmg asben akk bg makan ni...dia ckp m.sdara dia dlu dlm pantang makan ni...

    ReplyDelete
  2. This article was composed by a genuine speculation essayist. I concur a hefty portion of the with the strong focuses made by the essayist. I'll be back. The official Celebrity birthdays Android app features all of today's popular celebrities including actors, singers, and social media stars.

    ReplyDelete