Tuesday, June 25, 2013

Panduan cepat menjahit jubah dan bunga sulam tampal

Aku mula belajar buat pola baju dari seorang kawan.
Kemudian aku sambung pengajian aku melalui buku Panduan Menjahit Noriza Fesyen. Keluaran tahun 80an.
Aku nak share pengalaman kawan aku menjahit jubah. Ni semua sebab dah rasa tak sempat nak siapkan baju kurung dalam masa satu malam. Esok dah nak kena pakai. Agak wajib sebab ia dikategorikan sebagai uniform jabatan. Jadi kena shortcut jimatkan masa. Menjahit jubah lebih mudah dan akan mengambil masa yang lebih pendek berbanding jika dia menjahit baju kurung. Kalau tak alamat malam tu tak dapatlah dia nak tidur!

Aku tanya dia macamana cara dia buat atau dah biasakah dia menjahit jubah sebelum ni? Dia cakap tak penah. Dah tu?
Dia  cakap dia bentangkan jubahnya dan lipat dia seperti rajah di atas  letak atas kain dan itulah ukuran yang dia gunakan. Wah! Betul juga. Sangat genius!!

Tapi cara ni boleh jadi sesuai pada yang  dah pernah ada pengalaman menjahit dan belajar buat pola baju sebelum2 ni.
Tapi yang belum biasa pun boleh jugalah kalau nak mencubanya.
 Logiknya jubah adalah baju yang longgar. Tak perlu buat ukuran yang specifik macam baju zaman Bujang Lapuk bersama perempuan kaberet dan yang seangkatan dengannya.
Ini jubah yang aku kemaskan dengan bunga sulam readymade. Terima kasih Ana atas bantuan Ana pada Makngah. Kalau tak kerana Ana, makngah tak tau pun ujudnya bunga sulam siap yang dijual kat kedai.  
Betul kata sesetengah orang. La ni boleh kata semuanya ada dijual kat supermarket. Mak dengan ayah je yang tak der dijual kat supermarket. Hu hu hu.

8 comments:

  1. Idea yang bagus tu.Sekurang-kurangnya dapatlah pakai baju hasil jahitan tangan sendiri.Kan?

    ReplyDelete
  2. Idea kawan makngah tu memang bagus. Seronok pakai baju jahitan sendiri cuma pada jenis kain, warna dan corak yang kita boleh pilih sendiri :)

    ReplyDelete
  3. at mane ade jual bunga sulam readymade tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai Rainbow kt a setar. .. menjual alat jahitan, manik n perhiasan pengantin.

      Delete
  4. sulam tu jahit macam mane ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. susunkn kpgan bunga sulam siap ( beli kt kedai) ats jubah, seterika jika perlu, jelujur kemudian jahit- boleh guna mesinjahit, kemudian kemaskan dengan jahit sembat.

      Delete
  5. Dimana nak beli buku fesyen noriza tu? Ada jual lg ke?

    ReplyDelete
  6. alamat lama: Noriza Fesyen, 30-4A, Jalan Raja Alang. Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.... makngah pun tak pasti buat masa sekarang.. Jika berminat untuk belajar permulaan basic membuat pola baju :http://makngahpora.blogspot.com/2014/02/cara-mengambil-ukuran-dan-membuat-pola.html..... belajar membuat pola basic di bahagian bahu ke pinggang paling penting,... jika sudah boleh menguasainya insyaAllah bolehlah mencipta sebarang rekaan baju pilihan sendiri..

    ReplyDelete