Saturday, April 4, 2015

Roti berbunga keju

Harap anda dapat mengaplikasikan gambar2 ini menjadi hidangan anda dan keluarga anda. Rasanya sangat sedap! Selamat mencuba.
Aku gunakan inti karipap yang basicnya terdiri  dari daging cincang, kentang,lada hitam dan sedikit potongan daun sup.

Aku tak dapat nak link kan video asal video viral thread food ini. Dah puas cari tapi tak jumpa.....   .

Friday, April 3, 2015

72 hari mengembara dari Singapura ka- London


Nama Buku: 72 hari mengembara dari Singapura ke London.
Penulis: Kalam Hamidi
Penerbitan: Toko Buku Abbas Bandung, Melaka.
Cetakan Pertama: 1965
di-chetak oleh: Sharikat Malayan Printers, No 3, Jalan 201, Petaling Jaya, Selangor. 
Harga: $3.80

''Kapal "Rajula London" yang  kami tumpang itu kepunyaan Sharikat Inggeris. Perjalanan-nya berulang alek membawa penumpang dari Singapura ka-Madras. Dalam perjalanan ka-Madras ia singgah di-tiga buah pelabohan untuk mengambil dan menurunkan penumpang: dari Singapura ka-Port Swettenham, ka-Pulau Pinang, ka-Nagapatnam dan ka-Madras. Berat-nya kira2 8,700 tan dan umor-nya sudah menjangkau 100 tahun.
Kapal tua ini sa-tiap pergi dan balek- nya memuat penumpang tidak kurang dari 2,000 orang. Perjalanan-nya memakan masa delapan hari delapan malam. Tambang-nya untok kelas tiga (dek) dari Singapura ka-Madras sa-banyak $79.65 tidak termasuk belanja makan. Sa-pinggan nasi bercampor lauk sa-kali berharga $1.00 dan sa-chawan teh harganya 10 sen.''
... Pada keselurohan-nya segala peratoran dan hal keadaan penumpang2 terutama penumpang2  di-bahagian dek sama sahaja yang terdapat dalam kapal "Haji"....

Keratan di atas  adalah coretan awal penulis  mengenai pengalaman sebenar beliau sendiri yang direkodkan dalam bentuk dairi dan dibukukan semula untuk rujukan generasi yang akan datang.. 

Rasanya macam aku sorang saja yang berminat membaca buku2 yang bercorak seperti ini. Dan rasa aku lagi, novel2 lama yang berunsur begini sudah tidak diulang cetak lagi..