Sunday, October 23, 2016

masak ubi bit

Siapa pernah makan ubi bit?
Aku pernah baca khasiat pada ubi bit. Terjumpa pulak ubi ni masa beli belah sayur kat Cameron Highland. Ubi ini boleh dipotong nipis masukkan dalam sandwich, tambah pada salad, campuran dalam sup, minum sebagai jus atau tambah sebagai pewarna dan perisa untuk buat kek velvet.

Ada yang komen bagitau ia berbau tanah. Jadi aku kensel nak buat jus. Nak buat kek velvet.? Ermm.. lambat lagi la...
                                                                    Masak tumis kering ubi bit campur ikan bilis.    


Dengan menggunakan imaginasi aku yang setengah rajin setengah malas ni, aku buat aja tumis goreng untuk dimakan dengan nasi. Emm... sedap. Isi ubi ni rasa manis dan rangup taktau nak cerita kalau nak dibandingkan dengan sayuran apa..
Bila dibelah isi ubi ini mengeluarkan jus yang berwarna merah pekat. Tersangatlah sesuai jika nak dibuat kek velvet. Ini pun ubinya sudah banyak hari tersimpan dalam peti ais sebab aku banyak betimbang-timbang fikir macamana cara nak makan ubi ini...
Ini campuran tambahan aku pada goreng ubi bit aku tu. Dari kiri ialah ubi bit, lobak merah dan lobak putih.
Tudia yang kat depan tu separuh lagi ubi yang belum dipotong. Boleh masak tumis goreng lagi...
Gambar ni aku nak tunjuk sejenis sayur berubi lagi yang dipanggil radish. Aku pun tatau radish tu bahasa melayu cakap apa. Tapi sayur ubi bulat kulit merah ni lah yang buat aku pernah tertipu sebelum ini. Ubi ini mudah didapati kat pasar atau kat pasaraya. Aku sangka inilah ubi bit tapi isi dalamnya berwarna putih.
Ini keratan bahagian atas ubi bit. Terfikir pula aku nak cuba semai kut ia boleh tumbuh. Semasa dipotong hari tu bahagian pangkal daun ini sudah mengecut dan layu. Tak lama kemudia lepas direndam dalam air ia mula segar dan keluar tunas pucuk yang baru. Katanya daun ini pun boleh dimakan. Sedikit hari lagi aku nak pindah ia tanam di atas tanah.

Sunday, October 16, 2016

makan buah seralat

Tak ingat pula adakah aku pernah makan buah seralat sebelum ini.

Rasanya ada juga tempat yang panggil buah ini dengan nama buah mentega. Aku pernah tengok buah ni dekat pokok2  di tepi jalan sebelum ini. Tak pernah pulak teringat nak merasa buahnya. Buah ni macam tak popular.
Perkataan seralat ni buat aku teringat pada 'bola seralat'. Rasanya kecik2 dulu pernah dengar budak2 kampung aku sebut bola seralat. Rupanya bola seralat tu merujuk kepada bola tenis.

Gambar buah ni jugak yang buat aku tersilap buat kawad cam dengan buah lokchan. 
Keinginan nak merasa buahnya  mula timbul selepas aku ternampak ramai yang post gambar buah ini kat group2 kebun. Telan air liur aja lah...
Tak semena-mena semalam ada makcik berjualan buah ni dekat pasar. Bulu2 halus yang menempel pada kulit buah ni pun nampaknya sudah pun dibersihkan. Aku tengok buah mengkal yang masih berwarna kuning pun ada juga.
Rasanya sedap. Isinya gebu serupa isi epal. Rasanya seakan epal atau pisang. Baunya wangi. Aku agak ia sesuai untuk pengidap diabetes sebab ada rasa kelat2 siket. Tapi kalo buah yang cukup masak, rasanya manis sekali.

hindarkan hanyir ikan patin

Aku baru masak ikan patin. Teringat pulak nak menulis catatannya di sini.

Masakkan ini khas dibuat untuk peminat tegar ikan patin asam tempoyak sahaja. Kalau ikan patin yang digoreng garing tu aku minat jugalah siket2...
Ini sepinggan ikan patin segar yang akan dimasak. Isinya sudah rompong sedikit aku kerjakan.
Aku bedahnya untuk keluarkan cebisan lemak yang terkumpul di dalam isi ikan. Lemak ini kuning serupa dengan lemak pada ikan keli. 
Lepas sudah dibersihkan, rendam isi ikan ke dalam bekas yang mengandungi air belimbing yang diramas bersama garam. Boleh juga gunakan lain2 jenis asam bercampur garam selain dari buah belimbing.
Selepas dibilas bersih dan berselawat bolehlah dimasak.
Tumbuk cili api aku gunakan sarung tangan.
Jika tak pakai sarung tangan, mau nya tangan berpijar panas sepanjang hari...

Masukkan tempoyak dan cili api ke dalam periuk. Tambahkan air. Masukkan isi ikan. Jerangkan atas api. Tambahkan daun kesom. Masukkan asam keping jika perlu. Bila sudah cukup masak kecilkan api dan sesuaikan rasa asam garamnya. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Gambar lauk yang dah siap dimasak lupa pulak aku nak ambil gambarnya..

cara rebus belimbing hitam


Tetiba ja rasa nak bercerita pasal belimbing rebus. 
Selepas buah belimbing direbus boleh lah ia dibuat sambal. Sambal hitam yang popular kat negeri Pahang te....

Rajin pulak pokok belimbing aku ni berbuah selepas aku potong buang separuh daripada daun, ranting dan dahannya yang terlebih merimbun tu. Belimbing pokok aku ni spesis yang buahnya kuning bukannya hijau. 
Gitu ya puan-puan. Masukkan ja buah belimbing yang dah siap dibersihkan kedalam periuk. Tambahkan garam kasar dan terus pasang api. Sukatan garamnya aku agak2 ja. Mungkin satu kilo buah belimbing padan dengan 200gm atau lebih siket garam kasar...
Apinya hendaklah perlahan saja ya. Air belimbingnya nanti akan cair dari buah belimbing secara perlahan- lahan dan masaklah sehingga air belimbing tu semakin kering. Mungkin ia perlukan masa 3 ke 4 jam. Ada masanya aku keluarkan sedikit air belimbing dari dalam periuk supaya ia jadi cepat kering :) Gunakan periuk tanah, porselin atau periuk kaca..
Asid dari belimbing pada skala yang tinggi akan punahkan periuk logam ya puan-puan..
Ginilah ya puan-puan. Ini adalah rakaman sebenar hasil dari periuk yang sama di atas tadi. Lepas direbus hasil yang dapat hanyalah satu perempat lebih siket dari sukatan buah segar yang memenuhi isi periuk.
Begitu lah...
Buah belimbing segar dijual sekilo dengan harga rm4. Buah belimbing siap rebus sekilo harganya lebih dari rm20. ( kalau aku tak silap la ). Harga sambal hitam atau sambal belimbing hitam? Aku tak tahu harganya sebab aku tak pernah beli..