Masukkan bunga betik, tambah garam, gula, perisa dan sesuaikan rasanya
#Bunga betik hendaklah direbus dahulu, masukkan asam keping dan garam semasa merebus bunga betik. Jika masih terasa pahit bunga betik ulangi merebus atau perah airnya untuk kurangkan rasa pahit.
2. Mungkin ada bubuk bersama dalam bungkusan emping yang dibeli. Jangan khuatir, haiwan melata ini dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan. Ianya halal dimakan.
3. Campurkan kelapa parut bersama gula dan secubit garam. Seeloknya kelapa muda yang digunakan untuk buat inti kuih ketayap.
4. Rebus jagung. Hiris jagung untuk dicampur bersama dengan emping.
5. Bersihkan emping menggunakan air suam. Lepas bersih tapis emping dengan penapis. Lebihan air atau lambat menggaul boleh menjadikan emping ini lembek bergentel sebab emping berasal dari padi beras pulut.
5. Akhir sekali campurkan kelapa parut, jagung rebus dan emping. Siap untuk dimakan.
Bahan
500gm daging kambing
200 gm biji gandum/oat
3 ulas bawang merah besar
8 ulas bawang putih
1 sdt serbuk jintan
2 sdt serbuk ketumbar/rempah biji
3 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk kunyit
4 biji tomato merah blender
3 bunga cengkih
2 keping kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
1500 ml air panas
garam, minyak
bawang merah goreng dan bawang putih goreng sebagai penyedap rasa.
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum.
2. Masukkan cengkih, kayu manis dan dan pelaga.
3.Masukan serbuk jintan, ketumbar, lada dan serbuk kunyit.
4.Masok tomato blender.
5.Masuk daging kambing masak hingga berubah warna.
6.Tambah air panas, masuk garam, bawang merah goreng dan bawang putih goreng.
7.Gula masukan selepas daging kambing empuk.
8.Tutup periuk masak hingga daging empuk (pressure cooker)
9.Kecilkan api buka periuk tambah air.
10.Bila mendidih kecilkan api masukkan gandum/oat.