Thursday, December 29, 2011

Ombak Rindu versi Maya Karin

Salam
Aku baru tengok filem Ombak Rindu. Cadang mula nak tengok melalui screen yang setengah meter, tiba ke aku tengok yang kat youtube, guna laptop yang screen 1 kaki saja. Sebab dah teruja sangat, tak dan dah nak tunggu lama2. Teruuuja sangat sangat.... Ha ha. Sebelum aku tau novel ni difilemkan, aku tak tau pun novel ni sudah pun difilemkan. Agak2 faham tak ayat aku ni? He he he.

Rupanya aku dah baca novel Ombak Rindu. Aku sendiri pun dah tak ingat. Mana boleh ingat sebab aku dah baca banyak sangat novel keluaran Alaf 21. Ceritanya kebanyakannya lebihkurang saja. Tu yang buat memory aku berkecamuk. Tak ingat yang mana satu dah. Tanya kat kawan aku, dia cerita balik, barulah aku ingat siket2.

Tu yang teruja sangat nak tengok filemnya tu. Dulu2 tu banyak sangat novel keluaran Alaf 21 kat tempat kerja aku. Tuan punya buku pun tak tau yang mana satu. Ada masa2 senggang, ada pula novel berselerak, aku pun baca sajalah kan.... Hu hu.




Betullah dakwaan sipenulis novel ini. Cerita filem ini tak sama dengan novel yang dia tulis. Baca novel, isinya penuh dengan ombak2 rindu. Ya. Dalam hati penulis, sangat penuh dengan taman dan bunga bunga cinta. Tak tahan aku. Macam aku pun dah tergulung sekali di puncak ombaknya. Ha ha ha.  Tu yang buat aku baca main langkau2 sahaja  mukasuratnya pada part2 yang tertentu. Abaikan sesetengah ayat ayat cintanya. Cari  isi isi penting sahaja.

Ada aku terbaca komen2 dari peminat novel ini diperingkat awal keluarannya berharap novel ini akan difilemkan suatu hari nanti. Ada yang cadangkan Eja jadi heroinnya. Ada yang cadangkan Zarina Zainuddin. Aku ni pun masa pertamakali tahu tentang filem ni, duk la sangka yang pegang watak Izzah tu ialah Lisa Surihani. Rupanya bukan. Who cares kan.. orang pi tengok wayang sebab nak tengok artis pujaan. Tentang pelakon lelaki yang pegang watak Hariz tak kisah sangatlah siapa2 pun sebab bagi aku "men will always be men".

Monday, December 26, 2011

Gulai batang pisang

Assalamualaikum semua,
Ini gambar gulai batang pisang yang aku masak pada hari Jumaat lepas. Cantik tak? He he.

Nampak jer benda ni kat atas meja, anak perempuan aku pun tanya, ni apa mak?
Ambuih, ini pun tak kenai ka?
Alhamdulillah. Syukur. Murahlah rezeki pada yang telah memanjangkan rezeki ini pada aku sekeluarga....:)

Apa pulak ni?
Inilah rempah kari basah yang aku beli kat pasar. Nak buat gulai batang pisang.
Penjual rempah India tu pesan, balik boh minyak saja. Kayu manis serai semua dia dah masukkan. Aha. Ini dah banyak bagus ni. Makin  senanglah kerja aku. Aku balik tumis sahaja. Masuk daging. Tambah santan.
Tunggu sampai dia masak.
Tapi dia pesan lagi tambah satu biji tomato sebab gulai daging tarak masuk asam, gulai ikan saja masak pakai asam.
Tang ni aku tak boleh terima. He he. Aku kena letak juga walau sikit asam keping  sebab baru akan terasa asam garamnya.
Seharian di hari itu kian semerbaklah suasana di dalam rumah aku dengan bau kari mamak. Amatlah menyelerakan...He he he. Ni kalau tanya kat anak aku yang lelaki tu mesti dia akan cakap, kalau mak perangat gulai ni yang setahun lepas pun, dia masih akan sanggup makan lagi .... ha ha ha..

Yang ni baru betul2 gambar gulai kawah batang pisang. Hehe. Yang ni nak dapat merasanya biasanya time orang kenduri saja. Siapa2 yang pernah merasanya tahulah sedapnya macamana kan.
Kawan aku cakap biasanya gulai ini orang buat cair2 saja. Masukkan kerisek dan campur dengan daging cincang. Best sangat rasanya..!!
Katanya batang pisang ni diambil dari anak pokok pisang yang masih muda belum berbuah. Biasanya pokok2 pisang hutan dari kawasan bukit. Banyak dan tak payah menanamnya.
Bukan batang pisang yang ada pelepah daun pisang tu. Tapi umbut pisang dari bahagian tengah batang pisang yang ada rambu2 bila dipotong. Ingat dulu masa kecik2 kami potong2 umbut ini dan main tarik2 macam menarik gerabak keretapi....

Sunday, December 25, 2011

Puding telur gula hangus

Bahan2
1 tin susu cap junjung
5 biji telur ayam (jika saiz kecil gunakan 7 biji)
1/2 cawan gula pasir(untuk dijadikan gula hangus)
1/2 sudu teh esen vanila
1 tin air sejuk (tin susu cap junjung)

1   Masak gula pasir hingga ia menjadi warna kuning coklat. Separuh hangus. Campur sedikit air untuk mencairkannya.
2    Pukul telur hingga kembang. Kemudian tambahkan susu. Tambah esen. Tambah air sejuk. Blender lagi hingga campuran sebati. *(2)
3    Sementara menunggu telur kembang, sediakan kukus.
4    Masukkan gula hangus ke dalam dulang pengukus. Masukkan dulang pengukus (boleh gunakan bekas kecil ikut kesukaan masing2) ke dalam periuk pengukus.
5  Tapis kemudian masukkan *(2) ke dalam dulang pengukus. (campuran telur /susu/esen/air sejuk)
6  Kukus selama 15-20 minit.

Hehe...
Adunan sebenar aku buat kat atas ni  aku buat separuh sahaja. Aku gunakan 3 biji telur ayam, 1/2 tin susu dan 1 cawan air. Bukan apa. Senang siket nak menghabiskannya... itu saja...hehe. Dah banyak kali buat guna resepi yang kawan aku bagi ni sebelum2 ini.

Sebenarnya aku dapat resepi ni dari sorang kawan aku. Dia kempen aku suruh buat jugak2. Dia kata puding ni sangat sedap dan simple sahaja cara nak membuatnya. Tertulis kat catitan aku tu 1 tin susu cap junjung tu dia beli dulu dengan harga RM1.75 lagi... Kat esen vanila tu dia pesan beli yang cap bintang atau crown, yang lain pada tu, tak sedap, kata dia lagi. He he. Dia ni memang lah betul2 ada bakat memasak dari cara dan gayanya tu. Kalau tak jadi cikgu aku mesti dah buat bisnes dalam bidang masakan, kata dia lagi.... Aku ni?.... He he. Tak pandailah masak2 ni. Suka suka hati main main belog ada lah. Ha ha.  

Ini gula pasir. Bukan apa. Anak aku yang perempuan tu duk tanya aku. Nak buat mcamana mak? Lepas tu dia kata, ulang lagi mak, nak buat macamana mak?
Cara nak buat gula hangus tu, ialah panaskan gula pasir sahaja tanpa dicampur air. Lepas gula larut, masak lagi hingga ia betul2 perang. Tambahkan sikit air untuk mencairkan gula perang tu. Betul cakap kawan aku tu, bila ada rasa pahit2 siket, baru rasanya lebih ummphh... Tapi jangan terlebih hanguslah..!

Ini susu cap junjung. Dulu aku keliru dan selalu terlupa samada nak buat dengan susu cap junjung atau susu cap teko. Rupa2nya memang betullah lagi sedap guna susu cap junjung nih..
 
Patutlah dulu2 ni aku tak jumpa cari susu cap junjung kat kedai. Aku duk terbayang susu cap junjung tu yang macam gambar kat atas ni... Ha ha.

Wednesday, December 21, 2011

Pulut kacau a.k.a wajik a.k.a nasi manis

by google
Bahan2
1 kati gula merah (buang sikit)
2 biji nyiur
1 cupak beras pulut
sedikit kapur makan

*1 cupak=675 gram.
  1 kati=600gram

1. Rendam beras pulut semalaman dengan sedikit kapur makan..
2. Masak air gula hingga naik bertali. (pekat). Campur sekali dengan santan.
3, Masukkan beras pulut, kacau dengan api perlahan sehingga kering.

Macam pelik jer kan aku punya resepi kali ni. Ini resepi original yang aku dapat dari sorang nenek jiran dekat rumah aku. Sebab tu aku tulis macam yang dia cakap.

Aku tak pernah minat pada kuih pulut kacau ni. Suatu hari aku cuba merasanya bila sorang jiran buat birthday party kat  anak dia. Terkejut aku bila makan pulut kacau kat majlis jamuan pada hari tu. Terus aku tanya pada situan rumah. Oh, tak sangka aku si nenek sorang tu pakar buat pulut kacau.

Dah pernah aku cuba buat, ok jugalah rasanya. Tapi yang gambar kat atas tu aku ciluk orang punya! Makanan manis ni anak2 aku kurang suka, jadi aku kongsikan aje resepinya kat sini. Sedikit kapur makan yang direndam bersama dengan beras pulut tu buat ada rasa rangup bila digigit.

Nenek tu pun dah lama meninggalkan kami. Dia dah tak ada lagi tapi resepi pulut kacau ni aku rasa sangat istimewa sebab ditinggalkannya untuk aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Sunday, December 18, 2011

Kerabu bunga betik

Kerabu bunga betik ni  aku buat selepas teringin nak cuba satu petua. Bunga betik selalunya susah nak dihilangkan rasa pahitnya. Menjadi juga petua ni rupanya. Untuk menghilangkan rasa pahit bunga betik, rebus asam keping ke dalam air hingga mendidih. Selepas itu masukkan bunga betik ke dalam air yang sedang menggelegak tadi. Aleh2kan sekejap selepas itu angkat dan toskan. Juga aku buangkan tangkainya dan tinggalkan kelopak bunganya sahaja sebab aku masih bimbangkan rasa pahit takut tak boleh makan terus...

Bahan untuk kerabu seperti biasa:
Santan, kerisik, isi ikan/udang kering/ikan bilis, bawang merah, cili, belacan, asam, garam, air limau nipis.

Gambar bunga betik ni aku dapat dari google. Abang aku yang berniaga ulam2 kampung kat pasar pagi Bukit Mertajam cakap, kalau dia jual bunga betik ni, cepat sahaja lakunya habis dibeli orang. Zaman la ni kan mudah sangat dah darah manusia semuanya bertukar menjadi manis! Penuh dengan gula. Cari ikhtiar nak turunkan paras gula dalam darah, nampaknya kenalah berbalik mencari makanan herba..!

Ini gambar lama daun cekur yang aku masukkan sekali ke dalam kerabu bunga betik aku tu. Ia tak miliki aroma yang wangi seperti daun cekur biasa yang berwarna hijau. Tapi katanya ia lebih berkhasiat dari cekur hijau dari segi perubatan. Bagus untuk orang perempuan. Tiap kali selepas memakannya, aku perasan, siap meletus sahaja  segerombolan angin keluar dari badan aku. Hu hu.

Telang biru warna mu nasi kerabu

Assalamualaikum semua.
Aku baru saja berjumpa dengan bunga telang. Sebab tu lah aku teruja. Sebelum ini aku duk ingat warna biru pada nasi kerabu tu, depa duk buh pewarna biru tu dari bahan pewarna apalah agaknya....  


Sekarang bunga telang kat rumah aku dah mengeluarkan bunga. Aku dah tambah tanam tiga pokok lagi selain dari yang ini. Suka pada warnanya yang biru tu. Ia tak sama dengan warna bunga seri pagi. Lepas ni rumah aku akan penuh dengan warna-warna birulah... Kot ada sapa2 berkenan kat benihnya tu, mai lah ambik kat rumah aku. He..he...he.. I like blues....

Petua dari mana aku ambik tak tau...tak ingat dah.. Katanya rendam sahaja bunganya dalam air panas, dan warna biru itu akan keluar selepas beberapa ketika.

Nasi kerabu aku ler ni... Ini serai, lengkuas dan daun kunyit. Cara masak nasi kerabu bolehlah klik kat sini.

Lepas dah habis susun2 ini semua, aku pun baca bismillah... Tengan makan baru aku teringat, masa ambik  gambar ni aku terlupa nak letak solok lada. Lepas ambik solok lada dan makan semua2 ni, perut pun rasa kenyang..Burrp.. Alhamdulillah.....

P/S : Nasi aku ni tak cukup warna birunya sebab bunganya baru ada 7 kuntum sahaja....hehe

Thursday, December 15, 2011

Kerabu pucuk beluntas

Bahan2
secekak daun beluntas (petik daunnya sehelai2)
ikan bilis (dicelur dan ditumbuk) boleh gantikan dengan udang kering
kelapa parut (digoreng)
bawang merah, cili besar, cili api, air limau nipis, sedikit garam 

Rendam daun beluntas dalam air garam. Ramas dan sejatkan. Gaul daunnya bersama dengan bilis tumbuk, kelapa goreng, bawang, cili dan perahkan air asam limau. Akhir sekali tambah garam sedikit demi sedikit dan sesuaikankan rasanya. 

Ini gambar pokok daun beluntas kat rumah aku. Nak buat entri ini aku kena rujuk balik dengan entri aku yang lepas pasal daun beluntas ini. Aku masih keliru beluntas dan bebuas. Hu hu.
Aku tak sure sesuai ke tak nak namakannya sebagai kerabu. Nak namakan urap, aku tak biasa dengan istilah ini. Kalau kat tempat aku, aci gaul2 macam ni, orang panggil kerabu aja.
Pada peminat daun segar macam aku ni, sukalah dengan kerabu ini.Meratah saja pun habis. Daun ini dikatakan bagus dalam perawatan demam, mengurangkan masalah keputihan dan merawat haid tidak teratur.Tapi yang paling menarik minat  aku ialah ianya dipercayai dapat menghilangkan bau badan. Huhu.

Tuesday, December 13, 2011

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Assalamualaikum semua
Hari ini 13hb Disember 2011 akan diadakan Pertabalan Yang DiPertuan Agung Malaysia ke 14. Tuanku dan seluruh rakyat Kedah gembira sambil bersedih diatas keberangkatan Tuanku ke Kuala Lumpur. Kami datang beramai-ramai untuk mengucapkan selamat berangkat keatas Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua.

Selepas subuh terus bertolak keluar dari rumah. Orang cakap suasana masih lagi terang2 gelap... Hemm... banyaknya bungkusan nasi tu..Terima kasih atas sumbangan makanan tu. Dah siap masak dari petang kelmarin ke? Hu hu...

Persembahan seni silat. Sedap pulak sebab dah lama tak dengar bunyi serunai dan gendang.

Bersilat sampai cerah...

Sila pastikan. Jangan terkeliru. Ini bukan model jenama beras jati ekk? He he.

Terima kaseh yang tak terhingga aku ucapkan pada anak2 dari KMK ini. Aku minta tolong depa bergaya dengan banner yang aku bawa. Kami tak ada model yang hensem macam abang2 semua ya?


Lepas habis teruja baru anak2 ini teringat nak baca banner tersebut. Maaf ya, mok cik bukan nak buli kamu semua...

Terima kasih sekali lagi diatas kesudian kalian semua. Anak2 ini sporting, pasrah dan redha aje.. Huhu



Sunday, December 11, 2011

Kain tudung sulam renda

Ini adalah gambar kain tudung sulam renda yang aku sedang minat. Minat tengok saja. Nak order kena tempah dari Turki kut... He he.

Aku minat pada seni sulam. Aku letak gambar2nya kat blog aku ni untuk rujukan aku kut2 aku ada masa lapang nak cuba buat. Lani bukan senang nak ada masa untuk kerja2 menyulam. Hehe. Logik ke alasan aku tu?. Aku tengok kat youtube yang duk menyulam ramai2 tu terdiri dari kakek2 yang dah sangat berusia.

Ni antara asas sulaman mudah igne oyasi. Igne tu jarum. Oyasi tu sulam. Heeh... aku bercerita macamlah ada orang yang berminat dengan hobi boring aku ni...:-))






Ini contoh2 bunga yang boleh dihasilkan dari 'sulam renda.'


 
 Video dari youtube yang menunjukkan teknik asas bagaimana cara2 untuk membuat bunga2 sulam kat atas tadi.

Thursday, December 8, 2011

Igne oyasi.... OH!....Its work!!

Ini gambar hasil sulaman jarum aku yang pertama. Ohh... alangkah terujanya....




Its very hard to find the way. InsyaAllah... I feel like someone pray for me......:)




Yang ni dipanggil kok atau piramid. This is my first lesson. Aku belum dapat lagi nak cari benang polyster size 25 kut. Jadi aku cuba dulu dengan menggunakan benang bulu kambing. Nak buat sulaman yang sebenarnya pun belum ada idea lagi. Cuba2 saja dulu untuk melancarkan jari... 




Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lebih lagi gambar2 sulaman yang sangat banyaknya tu bolehlah like page kat facebook igne oyalarim EMINE. Aku letak gambar2 ikut citarasa aku sahaja....


Last but not least I took here my oya model. My grandaughter with her headband.. Hehe.


Monday, December 5, 2011

Pelangi, anggur dan tasik

(Ini buah anggur real dari ladang tasik Beris. Buahnya rapat2. Ini bukan ladang anggur Mediterranean!!)

Petang Sabtu lepas. Dah pukul 3 pun. Anak aku tiba2 ajak aku pi Tasik Beris. Tengok anggur katanya. Sebelum ni dah berkali2 dia ajak aku. Tapi aku yang suka bertangguh...
Sampai sana lebihkurang pukul 4 petang. Sesampai kat situ, hujan pun turunlah dengan amat lebatnya. Anak aku kata, tu lah mak ni, payah sangat nak ajak pi berjalan... Hujan lebat ni sambut ketibaan aku agaknya.... Lama pulak tu. Ingat dah nak patah balik saja dah. He he.Lepas hujan, nampak pulak pelangi. Eh, cantiknya pelangi itu. Dah lama tak tengok pelangi. Maklumlah lah la ni selalu busy, dah tu jarang pulak keluar mengadap ke langit lepas. Asyik duk ambik gambar pelangilah pulak! Eh! Nak mai tenguk pelangi ka nak mai tengok anggur ni?...

Oh, Patutlah dari luar tadi nampak berkabus saja. Rupanya benda ni dipasang kat bahagian dalamnya, patutlah macam ada asap masa nak masuk tadi..

Pada aku yang cinta amat pada tanaman angur, minatlah walaupun melihat pada kuntuman bunga anggur.
Ada kelompok yang sedang dibuang semua daunnya. Ini adalah kawasan yang baru mengeluarkan pucuk bersama dengan bunganya. Plastik ditutup pada keseluruhan bahagian atasnya sebab air hujan dikatakan akan merosakkan buah2 anggur.
Masa aku sekolah rendah dulu, hanya dapat tengok gambar buah anggur dari buku Ilmu Alam. Rasanya anggur itu adalah sebahagian dari tanaman dari negara-negara Mediterranean.
Pokok kelapa ni ditanam kat bahagian depan tasik. Suka tengok pasai depa ni rajin sungguh duk buat kerja. Ianya tak ada kaitan dengan pendebungaan anggur. Tapi kat tempat aku serangga ni selalu dikaitkan dengan orang yang suka marah2 dan orang yang suka maki2 orang. He he.  Pada 'si hot tempered tu' dia sangat2lah dikhuatiri adakah dia baru saja sudah termakan sekawan tebuan! ha ha ha...
Kat kampung aku tak ada saujana serupa dengan yang ini, Cantiknya tasik berlatarkan bukit dibelakangnya.
Tasik buatan manusia bukannya tasik semulajadi kot. Tu yang banyak tunggul2 gerigis kat sini. Ladang anggur ini letaknya betul2 di bahagian kawasan tengah tasik.
Galeri ini katanya baru saja dibuka. Di sini tempat untuk mendapatkan tiket, buah2 anggur segar, air anggur dan souvenir bercorak anggur.
Gambar ini diambil dari bahagian dalam galeri yang mengadap tasik. Tapi lupa pulak nak snap gambar kaunter tiket dan suasana di dalamnya.
Aku letak banyak gambar2 kat sini sebab aku betul2 kagum dengan projek ini. Dengar ceritanya ia milik kaum bumiputera. Pengurusan tertingginya adalah seorang anak muda yang dulunya sama bersekolah menengah dengan anak aku yang bongsu itu. Ini barulah betul2 disebut peladang berjaya!   Penambahbaikan pada prasarananya yang selalu dibuat kat sini aku tengok nampaknya bertaraf multinasional!
Ladang anggur Tasik Beris Sik, Kedah. Suatu projek tanaman pertanian yang berjaya dan aku nampak tak putus2 dikunjungi oleh ramai orang pada cuti sekolah kali ini.