Gambar cabai solok ori ni aku ambik dari orang lain punya. Jangan gagah2 tebiang dok pi cari cabai ni kat pasar besar tempat aku duduk ni. Kat pantai timur jenuh aku tengok lada besar spesis ini dijual orang.
1- IKAN GORENG TEPUNG
Ikan rebus atau dibakar
Campurkan kedalam tepung - garam, kunyit, kerisik.
Salutkan ikan rebus dengan bancuhan tepung. Goreng seperti biasa
2-ULAM
Timun, kacang panjang, bunga kantan, daun kesum, taugeh
3- SOLOK LADA
Kelapa parut, isi ikan, bawang merah, lada hitam, garam, gula. Tumbuk bahan2 ini, Masukkan bahan2 ini kedalam lada besar yang sudah dibelah dan buang bijinya. Masak dengan santan pekat.
4-TUMIS
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan lada kering yang sudah ditumbuk. Tambah santan. Tambah gula, garam dan asam keping.
5-KEROPOK
6-TELUR MASIN
7-SAMBAL
Campurkan isi ikan rebus atau yang sudah dipanggang bersama dengan bawang merah hiris, serai yang dihiris halus, serbuk lada hitam dan kerisik. Tambah garam. Gaul sebati.
8-BUDU
Perahkan asam limau nipis ke dalam budu. Tambah cili api potong.
9-AIR ASAM
Tumbuk cili api. Tambahkan cuka dan garam
10-NASI
Masak nasi seperti biasa. Masukkan lengkuas, serai dan daun kunyit. (Ketuk serai dan lengkuas)
Nasi kerabu ini hasil nukilan akulah. Bukan senang nak buat selalu. Dulu aku selalu masak masa Hari Raya Korban. Dah pening2 kepala makan daging, layan lah nasi kerabu.
Ada sorang cikgu dari Kelantan dulu selalu sangat masak nasi kerabu ini untuk kami. Dia mengajar sessi petang. Balik rumah, kami siap makan sahaja. Besar pahalanya tak pernah dia lupa siapkan makanan untuk kami. Tak ingat aku dia Kelantan dari daerah mana.
Tak ada menu daging bakar. Memang sukar nak dapatkan bekalan daging kat tempat kami tinggal dulu itu. Bunga telang pun tak ada. Fungsi bunga telang untuk birukan warna nasi.
Hantu pun tak ada. Hehe. Maksud aku hantu Karak. Time ni kami tinggal berhimpun menyewa rumah di pekan Karak. 25 tahun dulu hantu Karak belum wujud lagi kot. Tak pernah dengar ada orang situ bercerita pun.
No comments:
Post a Comment