Thursday, March 24, 2011

Sambal belacan buah kuinin

Hari ini dapat buah kuinin dari rakan sepejabat. Aku minat sangat dengan buah kuinin. Selalu tergoda pada baunya kot. Kalau ada dijual orang dekat pekan sehari, pasar malam atau pasaraya, biasanya aku mesti beli. Selagi tak beli, "langkah tak pi.." kata orang Kedah. Dah beli, baru boleh melangkah pergi. Hehe.

Sambal belacan aku buat ni dah jadi macam bubur kuinin pulak. Buah ni masak ranum dan aku tak ada lada besar. Seeloknya untuk membuat sambal, gunakan buah yang sedang mengkal, adalah rasa masam manisnya. Tapi yang ini aku makan begitu saja, tak makan dengan nasi pun.

nasib mu sipohon pisang



Aku tak tahu apa nama pokok pisang ini. Pohonnya rendah sahaja tapi tandannya laboh panjang, ada masanya hingga mencecah tanah. Itu yang membuat aku terpikat dan dapatlah benihnya.

Pernah juga ia mengeluarkan buah. Kadang2 pokok pisang ini meregeh kering di musim kemarau. Musim hujan ia biak semula. Sekawan kambing pula datang menyerang. Begitulah, kadang2 ia ada kadang2 tak ada.

Diberikan oleh rakan lelaki satu tempat kerja dengan aku 20 tahun lepas. Dia ni pun jenis minat bertani hangat-hangat tahi ayam macam aku jugak lah. Pokok anggur dan nangka madu yang diberikannya pada aku dah lama pupus. Hehe.

Sekarang pokok pisang ini sangat bernilai pada daunnya. Selalu dipotong untuk dimasak. Ada peminat tegar lempeng pisang... Bagus juga makan pisang. Sumber utama potassium untuk bakal ibu yang sedang mengandung, mengidamkan peknga pisang.

Tuesday, March 22, 2011

Dinding buluh atap rembia



Gambar rumah lama ini aku dapat dari internet. Paten rumah tahun 40an dan 50an. Aku fikir mungkin ia datang dalam bentuk package, sebab seingat aku pada zaman aku kecik2 dulu, dalam kampung aku ada 4 buah rumah yang design macam ni, termasuklah rumah yang pernah aku diami.

Tetapi tidaklah seratus peratus serupa. Rumah aku dulu ada ruang dapur di bahagian kanan rumah dalam gambar ini. Rumah aku mungkin saiz 'L'. Tapi tak tau la pulak. Mungkin pada masa kecil kita akan nampak semua benda itu besar.

Tingkapnya tidaklah banyak. Bumbungnya tinggi. Kalau tak buka semua tingkap, alamat suramlah tanpa cahaya... Penyamun pada zaman itu biasanya hanya datang bila hari malam sahaja. Teknologi mengganaz belum power lagi... hehe

Dinding dan atapnya cool, jadi kurang rasa panas disiang hari. Malam2 pula rasa sejuk.

Bila tengok gambar rumah lama begini aku terasa usang dan sayu.

Saturday, March 19, 2011

Sayoq ketela a.k.a. sayur manis betik

Orang Kedah generasi lama menyebut betik sebagai ketela. Ini sayur air. Sayur air ketela. Anak cucu orang2 lama di bahagian utara Kedah dan Perlis sahaja yang sinonim dengan masakan ini. Gu (bergu) dengan picit ayaq asam. Penyediaannya cukup mudah.

buah betik yang mengkal
daun cekur (asin-asin)
bawang merah
sedikit belacan
garam
ajinomoto

Masakan asal rasanya cuma masukkan belacan dan garam sahaja. Logiknya sebab orang dulu2 dah penat. Kerja kena ringkas. Balik dari kerja di bendang kena hidupkan kayu api untuk memasak. Lepas makan tengahari dan sembahyang kena balik sambung bekerja membanting tulang di tengan panas.

Thursday, March 17, 2011

Blonde hair



Rasulullah s.a.w. mencegah untuk mewarnai rambut dengan warna hitam. Sekiranya bukan hitam maka tidak ada larangan.

'Sesungguhnya sebaik2 alat yang kamu gunakan untuk mengubah warna uban mu adalah hinna' dan katam (Riwayat al-Tarmizi dan Ashbab al-Sunan)

Sudah lama aku gunakan daun inai untuk mrwarnakan rambut. Masukkan daun inai yang sudah dilumatkan kedalam kain kasa. Bunjutkannya seperti sup bunjut dan gosok2kan bunjut tersebut pada rambut dan kulit kepala. Biar kering semalaman dan bilas sehingga bersih pada esok pagi. Cantik warnanya... oren kekuningan... hehe

1. Mengurangkan kelemumur (bersifat antibiotik)
2. Melembutkan rambut
3. Mengurangkan kekusutan rambut


Sumber Rujukan

Sunday, March 13, 2011

kuih bunga pudak















Ini lah kuih bunga pudak. Kecik2 dulu aku makan bila di jamu orang pada hari raya.Rumah mak teh Melah selalu ada kuih ni. Bezanya kuih dia bentuk bulat2, tepek2 macam bentuk bunga tahik ayam.Rasanya lemak2 manis.Time tu tak tau pun nama nya kuih apa.Bila balik kampung selalu pulak tak ingat nak tanya resepi ni kat dia.

Kuih dalam 'envalope' ni rasanya lebih kurang sama dengan kuih mak teh Melah.Nampak gaya macam mudah, tapi kuih orang dulu2 selalunya memerlukn teknik kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan hasilnya.

inti
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau

kulit
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 camca garam halus

1. campurkan semua bahan untuk inti.goreng dgn api sederhana, kacau hingga kering.
2. gaul semua bahan untuk kulit. biar 1/2 jam
3. sediakan kuali sederhana panas.ambil 1 camca adunan tepung masuk dlm penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. ayak rata dalam bentuk bulat
4. masuk inti ditengahnya. lipat empat segi.
5. panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.

Kat sini ada berita 'Kuih bunga pudak bakal pupus.' 13 Dec, 2008.

jadi chek gu

Hari ni aku memandai mandai jadi chek gu. cik gu ajar creat blog. padahal cek gu sendiri pun bukan pandai langsung. sama sama blurr..!!

yang jadi anak murid aku dah pening. banyak kali taip, tak dapt post pun. letih dah, dia kata. apa boleh buat...