Ini gambar daun pandan. Dikatakan daun pandan kecil lebih wangi aromanya dari jenis pandan yang berdaun lebih lebar.
Aku terpanggil untuk bercerita pasal pokok pandan sebab jiran bukan melayu sebelah rumah aku tu suka sangat dengan pokok pandan. Banyak depa tanam pokok pandan kat tepi rumah. Ayahnya yang tanam. Sesekali aku tengok rajin orang tua tu menyiram pokok pandannya. Anak lelakinyanya pun siram pokok pandan juga. Pokok lain tak ada pula. He he. Pokok2 lain tak ada la sangat pun.Tak kanlah nak disiramnya pokok pelam yang dah tinggi menjulang tu kot...
Sebenarnya yang rajin mengutip daun2 pandan tu ialah menantu perempuannya. Dia ni lah yang rajin duk berkempen kat aku. Tak tau berapa kali dah. Dia kata masak daun pandan dan airnya digunakan untuk dibuat minuman seharian. Seluruh isi rumah dia dah tak mau minum air masak yang tak ada pewangi daun pandan!. Masak air untuk minum letak daun pandan. Masak nasi biasa hari2 pun letak daun pandan. Oh, aku fikir ini idea bagus juga. Aku pun mulalah menanam berbaris anak pokok pandan kat rumah aku.
Antara khasiat pandan yang aku temui ialah untuk membuang angin dalam badan, lemah saraf, mengurangkan gelisah, melebatkan rambut dan masalah kelemumur. Pada aku panduan untuk berapa helai daun pandan, merebus, tapis airnya dan lain2 langkah lagi tu merumitkan aku untuk mengingatnya. Jadi untuk nak yang mudah rebus aja untuk dibuat air minum dan letaknya dalam periuk semasa bertanak nasi.
Aku teringat daun pandan ialah antara ramuan yang direbus bersama daun lengkuas, daun capa, daun inai, daun mengkudu, daun kunyit terus, daun serai wangi dan daun @ akar pisang kelat(?). Air rebusan ini digunakan untuk mandian ibu2 yang baru bersalin sekurang2nya diamalkan selama seminggu di awal berpantang. Antara khasiatnya ialah untuk haruman dan mengembalikan kesegaran tubuh badan. Tapi ada jiran aku tu cakap air pandan ni bagus juga untuk urinary system. Nak terang panjang2 pun aku tau dia kurang fasih berbahasa melayu. Aku senyum aja. Agaknya dah minum banyak2 pewangi pandan, bahan buangan air kecil pun bertapis lah jua bau haringnya kot...:-))

No comments:
Post a Comment