Bahan-Bahan
Bahan A
1 sudu besar yis segera
1 sudu besar gula pasir
125ml air suam
150 gm tepung gandum
Bahan B
150gm tepung ubi
300gm gula pasir
5 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh esen pandan/vanila
50ml air pandan
1/4 sudu teh pewarna hijau
mentega cair untuk melenser loyang
Bahan C
450ml santan pekat dimasak hingga mendidih. Sejukkan.
Bijan sebagai hiasan
Cara-cara
Bancuh bahan A dalam mangkuk besar hingga rata. Perap selama 1 jam hingga kembang.
Pukul telur, gula , esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan dalam bahan A.
Gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit2.
Kemudian tuang Bahan C iaitu santan pekat yang telah disejukkan tadi. Kacau rata, masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender.
Perap selama 2-3 jam.
Lenser acuan dengan marjerin.
Panaskan oven selama 10 min.
Masukkan 3/4 adunan dalam acuan kecil2. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160C api atas bawah selama 40 min atau permukaan adunan menggerutu dan kekuningan.
Cucuk dengan lidi.
Jika adunan tidak lagi melekat bolehlah diangkat.
Kuih ini melekit waktu diangkat ketika masih panas tapi akan bertambah lembut jika dibiar sejuk (4-5jam) pada suhu bilik.
Aku taipkan resepi ni ikut yang asal. Aku masak ikut agak2 aku sahaja. Guna air pandan sahaja tanpa esen pandan atau pewarna hijau. Tambah sedikit esen vanila. Perap pun ikut agak adunan dah elok kembang.
Letihnya aku taip resepi ni. Tapi aku taip juga.
Minat aku nak cuba buat kuih ni sebab aku hanya tertarik pada rupanya. Orang Kedah kata 'bersarang elok'. Dulu pernah aku cuba buat kuih apam yang bersarang lagu ni jugak. Tapi tak menjadi. Bahan untuk buat kuih ni taklah renyah sangat. Sebab tu aku gagahkan diri mencuba jugak.
Aku bawa kuih ni ke tempat kerja nak bagi kawan aku komen. Dia kata sedap. Aku pun suka. Ini kuih perisa lidah orang Melayu.
Anak perempuan aku tak minat. Rela lagi dia makan cupkek coklat yang pada lidah aku selalunya terlebih dan terasa 'kapur' pada soda bikarbonat tu.

No comments:
Post a Comment