by google |
Orang Kedah generasi lama mungkin faham. Orang kampung aku panggil molaska ni dengan nama kelemboi. Dulu2 banyak kat dalam parit dan sawah bendang kat kampung aku. Bendang dan parit adalah antara laluan aku berjalan kaki di waktu pagi atau petang pergi mengaji al Quran. Ada juga masanya meranduk dalam selut. Orang Kedah cakap selut tu benda apa tau tak...?
by google |
Yang pernah aku teringat sekali ialah bila abang aku marahkan aku. Dia marahkan stereng kereta aku. Stereng sport!. Susah nak pulas kot... Dia kata stereng tu besaq kelemboi!!
Haaa.. tulah agaknya kelemboi selalu digunakan sebagai perumpamaan untuk menunjukkan kecilnya saiz yang tak sepatutnya pada sesuatu yang normal.
Aku rasa kalau buah kelapa yang sangat kecil pun bolehlah disifatkan sebagai 'besar kelemboi' kot. Betul ke ni....? hu hu hu.
Tapi yang pastinya kelemboi ialah kelemboi. Mungkin ia juga dikenali sebagai siput keong. Tapi ia bukan kelembai atau sang kelembai.
Org kedah pangge siput gondang.
ReplyDeleteTerima kasih cik Noraini berkunjung dan beri komen kat blog mak ngah.
Deletemakngah dah cuba minta penjelasan dari orang buat bendang
komennya begini: jangan duk sebut langsung nama siput gondang tu, depa tak mau dengaq, kalau boleh depa nak tembak bagi pupus habis terus makhluk perosak ni.. saiznya sebesar anak2 kelemboi...
kelemboi pula ialah siput baik, sampai ada orang yang digelar dengan nama 'kelemboi' dek kerana sifat baiknya tu...
apa2 pun kelemboi dan siput gondang adalah spesis yang sama..
selut panggil keleboq/lanyau..
ReplyDeletekelemboi n gondang jenis yg berbeza....gondang xleh makan sbb racun n saiz dia kecik...kelemboi leh sampai saiz tapak tangan
ReplyDeleteisi kelemboi ada orang makan ka
DeleteAssalamualaikum mak ngah..Sya oqang Penang belakang umah ad bendang ad siput tu..xsalah siput tu ada dua jenis..satu siput gondang kami panggil..x boleh makan kata nya..xthu plak ap sbb dia(ad yg kita boleh makan)..satu lagi siput paip kmi pgil..boleh makan..siput gondang kulit dia lebih bulat berbanding dgn siput paip..siput paip ad muncung tajam kt atas dia..cuba tgk dan bezakan..lain..
ReplyDeletemakngah..arwah tokwan ada habaq..kelemboi dengan gondang rupa sama tapi pusarannya berbeza..kelemboi hidup 2 alam..haram dimakan..tapi gondang hidup 1 alam..dalam air saja..halal dimakan..kalau pusaran gondang bermula dari kanan ke kiri..kelemboi pusarannya akan bermula dari kiri ke kanan..nak kepastian nanti saya p cari gondang tengok pusarannya bermula dari mana...yang pasti pusaran kelemboi dgn gondang berbeza arah...tq makngah..๐๐
ReplyDeletenanti saya ambik gondang mas tengok lagu mana..kalau pusarannya berbeza dgn gondang yang boleh makan tu..mungkin kelemboi anak beranak gondang mas..tapi gondang mas xdak pusaran dan beracun.
ReplyDeleteGreat readingg your blog
ReplyDelete