Anak2 pokok ini selalu tumbuh. Apa tidaknya, ia dimuatnaik dari air longkang yang aku gunakan untuk menyiram pokok2 yang aku tanam. Sebelum mencabutnya aku postkan gambarnya untuk rujukan sahaja di sini.
Tumbuhan yang berbunga disebelah kiri dikenali sebagai patikan kerbau atau pokok susu kambing. Ada lagi panggillan lain untuk setiap tempat yang berbeza kot..
Sesuai untuk penyakit gout. Bersihkan pokok sekali dengan akarnya, jemur hingga kering, blender, masukkan dalam kapsul. Makan 2 kapsul sehari dua kali sebelum tidur dan 2 kapsul lagi pada siang hari. Ini aku baca dari panduan google. Belum pernah cuba lagi walaupun ada kalangan dari family yang pernah terjerit2 kena serang dengan gout.. 😫. Diminum airnya secara rebus pun boleh, selepas daunnya dijemur sekejap pada cahaya matahari.
Yang tumbuh disebelah kanan tu pokok keremak. Pokok keremak paling power sebagai penyembuh gatal2 ruam dan berkudis. Ini terbukti berkesan sebab anak aku selalu amalkannya sebagai ubat sapuan pada cucu-cucu aku.
No comments:
Post a Comment