Ini gambar ranting pucuk pelam yang dah berjaya aku buat cantuman.
Buat secara mencuba cuba. Rupanya menjadi.. Seronok tak terkata... Usianya kini sudah lebih dua bulan.. Kena rajin menyiram pohon induknya pada peringkat awal, apalagi sekarang adalah musim panas yang amat kering.
Si tuan punya pohon mempelam ni pun tak tahu apa jenama pelam ni. Pastinya yang aku selalu tengok pohonnya rajin berbuah sepanjang tahun, buahnya sentiasa ada.
Masa ni aku rasa sangat teruja. Mana tidaknya.. antara jadi dengan tak jadi... dalam hati selalu berharap mudah2an cantuman ini terus membesar setiap hari.. Aku ambil gambar ni waktu lepas subuh... bertemankan lampu jalan..
Yang ni cerita sebenar. Bukan semua cantuman yang aku buat terus berjaya. Dalam empat ranting yang aku buat, yang menjadi hanya satu. Jika dalam masa 15 hari ranting masih segar hijau, itu petanda baik. Jika sebaliknya ia akan kering dan mati.
Antara petua yang perlu dipatuhi ialah
1- mencantum pada waktu petang hari antara pukul 6-7 sehingga malam hari.
2. jika cantuman tidak kemas dan ditimpa air hujan juga tidak menjadi.
3. Seeloknya cantuman yang dibuat tidak terlindung cahaya terutama diwaktu pagi.
Terima kasih banyak kepada warga group "jom belajar cantuman..." dan "kebun bandar..." kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat bermenfaat ini..
Ini adalah langkah pertama bagaimana mula nak buat cantuman. Maaflah contoh kulit pokok ni dah kering sebab aku kopek kulit ni dah seminggu yang lepas... terpaksa ditinggalkan parut sebab tersilap parking... kulit tu sepatutnya hijau...
kemudian selit dan ikat ketat2 pucuk mempelam pilihan hati anda pada pokok penanti. Ini pun contoh juga yang telah ku buat minggu lepas, dah dibuka plastik pembungkusnya sebab tak berjaya. Pucuk yang diselit telah kering dan mati. Yang berjaya sebelum ni aku gunakan pucuk mempelam yang segar dan baru dipotong. Pucuk mempelam yang disimpan lama sebelum dibuat cantuman mungkin getahnya dah agak mengering... Aku gunakan plastik untuk wrap makanan tu sahaja...
salam...
ReplyDeletesaya pun tengah buat perkaar yang sama