Suatu hari aku terjumpa dua anak pokok yang telah tumbuh dengan sendirinya selepas hujan turun banyak selama beberapa hari. Mulanya nak ku buangkan saja. Tapi tiba-tiba terfikir apa kata jika aku cuba membentuknya menjadi pokok bonsai.
Ku fikir mulanya mudah saja membentuk pokok menjadi bonsai...
Lentuk lentuk selepas mengikatnya dengan dawai, ku biarkan begitu saja selama beberapa minggu...
Ingat dah lawa sangatlah bila dahannya sudah melentuk menyenget koner baring lagu tu... hehe
Suatu hari teringat nak belajar membentuk pohon bonsai dari you-tube....
Rupanya untuk membentuk ranting bonsai kena asuh melentur rantingnya sejak ia masih kecil lagi. Lilitkan dawai untuk melentur rantingnya. Pada ranting yang dilentur hendaklah disisipkan dawai yang lebih kasar sebagai tulang belakang supaya ranting tidak mudah patah.
Aku pun mulalah melilit-lilitkannya. Selepas tu ku biarkan lagi supaya ia terus hidup dengan mengikut hasil lilitan yang sudah ku bentuk..
Tu diaa... Inilah hasil terakhir setakat ni. Lentuk melentik semacam jer...
No comments:
Post a Comment