Terkejut juga aku bila nampak daun2 tin hijau yang terhasil ni selepas penutup cup polisterin ni dibuka. Tak sangka lah pulak. Umur tunas daun ni adalah hampir sebulan usianya.
Ini semua terhasil sebab aku dah terlupa langsung pada empat keratan batang pokok tin yang kusemai tempohari. Keempat empat keratan ini pendek. Setiap satu keratan hanya ada satu node sahaja.
Ini adalah percubaan menggunakan keratan tin dari pokok semai biji. Kelebihannya keratan ini ialah ia dari ranting yang segar. Kebarangkalian untuk hidup lebih tinggi.
Salah satu kesilapan yang sering ku buat sebelum ini ialah melangggar petua menyemai keratan batang pokok tin.
Dah tahu dah petua utama ialah biarkan keratan batang yang disemai jangan dijenguk2 diskodeng atau diintai selagi belum cukup tempoh masa semai lebih dari dua minggu. Selama tu lah tak perlu disiram.
Pantang larang jangan sekali kali disanggah. Sifat ingin tahu yang kuat itu kadang2 boleh membunuh! hi hi hi..
Dah dapat hasil yang agak memberansangkan seperti gambar di atas, lepas tu nak buat apa pulak??
Aku dah pernah cuba semai cutting tin sebelum ini. Beberapa kali cubaan dari benih tut yang dibeli... Semuanya fail. Memang dah putus harap dah.
Selepas 10 hari ini pula hasilnya.. keh keh keh...
Rasanya silap utama aku ialah cepat sangat dedahkannya kepada udara luar menyebabkan ia terkena renjatan. Gambar2 daun yang menghijau di atas sebab ia berada tertutup di dalam cawan polisterin tanpa terdedah kepada udara panas diluar. Aku buka terus penutup polisterin begitu saja secara mengejut. Ia sepatutnya didedahkan kepada udara panas diluar secara perlahan-lahan.
Proses ini dipanggil hardening. Apa yang sepatutnya dibuat selepas ini ialah spray dengan air bila nampak ia kering. Jangan siram air dulu sebab akar yang terendam boleh menyebabkannya reput. Nampak gaya macam ia dah mula dapat sesuaikan diri untuk terus tumbuh tunas yang baru. Yang nampak hujung2 pucuknya sahaja tu sebab aku dah topup tanah supaya akarnya mudah dan cepat keluar.
Muudah2an semaian berjaya hidup.
ReplyDeleteterima kasih beri sokongan..
ReplyDelete