Wednesday, July 22, 2020

Tepung bungkus inti pisang

Bahan
1 cawan tepung beras
2 sudu bumbun tepung jagung
5 cawan santan
buah pisang
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
daun pisang/layurkan

1. Bancuh tepung dengan santan. Sebatikan bersama gula dan garam.
2. Tapis.
3. Masak  adunan sehingga ia menjadi pekat.
4. Kupas dan belah buah pisang.
5. Sudukan adunan tepung atas daun pisang. Letak kepingan buah pisang dan tutup dengan kemas.
6. Kukus tepung bungkus 30 min.

Thursday, June 4, 2020

Bunga tangkai panjang

Apakah nama bunga ini.

Petang hari ia mekar. Sebelah pagi rupanya jadi seperti ini.

Kelopak bunga berada jauh dari tangkainya.




Pokoknya lurus tidak bercabang seakan pohon buluh, ruang dalam batangnya kosong.  Walau pun sudah banyak kali dipotong setiap kali itu juga dahannya hanya tumbuh satu tidak bercabang.
 
Selepas satu bulan bunganya ada perubahan lagi.




Saturday, April 25, 2020

Jeruk pucuk mengkudu


Bahan
jeruk pucuk daun mengkudu
bawang merah hiris
cili potong
ikan rebus/bakar
garam

Basuh jeruk mengkudu untuk keluarkan lebihan nasi.
Tambahkan cili potong, bawang merah hiris dan isi ikan.
Tambah sedikit air ikut keperluan.
Masukkan garam dan gaul sebati.


Cara buat jeruk mengkudu
Bahan
Pucuk mengkudu
Nasi yang disejukkan
Air
Garam

Bersihkan pucuk mengkudu.
jemur sekejap pada cahaya matahari supaya daunnya layu.
blender nasi.
masukkan pucuk mengkudu ke dalam bekas.
tambahkan air, nasi dan garam.
pastikan air menutupi seluruh daun mengkudu.
tutup dan simpan selama seminggu.
lepas seminggu jeruk sudah boleh dimakan.
Simpan lebihan jeruk dalam peti ais.

Sedap. Pucuk mengkudu tidak  pahit lagi dan rasanya bertukar menjadi masam seakan jeruk maman.


Sunday, January 5, 2020

Lepat liat sukatan cawan


Bahan
2 cawan tepung pulut
#1 cawan gula merah
#1/2 cawan santan  pekat
daun pisang
sedikit garam

#1 cawan gula merah masak dengan sedikit air supaya menjadi 1/2 cawan air gula merah.
#1/2 cawan santan pekat

maksudnya 1/2 cawan santan pekat campur 1/2 cawan air gula merah akan menjadi satu cawan cairan yang akan digunakan untuk bancuh dua cawan tepung pulut.
Tidak perlu lagi campur gula pasir.

Bancuh  dua cawan tepung pulut dengan satu cawan cairan (santan pekat campur air gula merah yang sudah dimasak)

Sebatikan campuran sedang2 cairnya setakat boleh diceduk dengan sudu supaya ia tidak meleleh semasa membungkus lepat dengan daun pisang yang sudah dilayur.

Sebelum ceduk keatas daun pisang, sapu sedikit minyak supaya lepat tidak melekat pada daun pisang.

Jika suka boleh campurkan 1/4 cawan tepung beras pulut hitam.

Rendam tiga sudu beras pulut hitam. Sejat dan blender. Campurkan 1/4 cawan tepung beras pulut hitam kedalam campuran 3/4 tepung pulut putih yang biasa. Rasanya lebih sedap.