Ini lah projek mega kait-mengait aku di abad ini. Lama juga nak siapkan gaun ini. Tapi aku bukanlah buat kerja mengait setiap hari.
Bukanlah sekali kait ia terus menjadi. Banyak kali juga aku rombak sebelum ia mencapai saiz yang sesuai untuk dipakai oleh cucu aku. |
Inilah rupanya gaun asal yang aku jadikan sebagai contoh panduan. Cantik bila warna putih diserikan dengan sekuntum bunga berwarna merah kan..??
Ini rajah bunga kait yang aku gunakan, sebab tu kelopak bunganya tak timbul! hehe..
Mulakan kaitan dari bahagian hadapan baju.
Bahagian belakang baju.Bahagian lekuk leher hadapan dan belakang baju.
Untuk mendapatkan saiz yang sepatutnya, aku gunakan baju biasa sebagai panduan ukurannya.
Selepas siap mengait dan mencantumkan bahagian hadapan dan belakang baju, sambungkannya dengan mengait bahagian skirtnya pula.
Bilangan mata kaitannya hendaklah sentiasa tepat supaya rupa corak bunganya sempurna..
Terus terang nak bagitau kat sini , ini bukanlah kali pertama aku mula mengait baju. Aku dah pernah cuba mengait baju sebelum ini. Kena ada pengalaman jugalah, itupun aku rasa aku masih belum mahir lagi. Masih lagi kena buka dan buat semula bila bila masa bila aku ada buat silap...:)
Respect la Mak Ngah sbb dpt siapkan dress ni... saya cuma pernah kait baju baby je, itupun dah berkurun lamanya, waktu masi bujang. :D
ReplyDeletetimakasih... :) makngah pn tengah duk nk kait baju baby ni.... eh tapi berkenanlah kat sweater > wrapped vases tu...
Delete