Followers

Thursday, May 19, 2011

Pekasam ikan gelama.

Dah cukup 3 malam diperam, dah sesuai untuk digoreng.

Gambar ni spoiled. Blur.

Aku tepek lebih serbuk beras goreng semasa menggoreng. Dah macam goreng bertepung la pulak. Kalau pekasam yang dibeli, aku selalu basuh pulak beras goreng tu....

Dah 3 hari aku asik makan nasi bersama ikan pekasam. Tak tau la ni projek kali keberapa. 3 orang, aku dengan kawan2 aku pakat duk cerita pasai pekasam la la ni. Yang sorang tu lagilah canggih. Suami dia minta dia buat pekasam guna udang2 kecilyang didapati dari bendang. Orang zaman la ni jaranglah yang tahu pasal pekasam udang sawah ni. Dia kata kat Perlis masih ada orang menjualnya, RM4 tu dapat sejemput jer....

Cara-cara membuat pekasam.
1. Siang dan bersihkan ikan. Kisar dengan garam kasar dan asam.(asam keping@asam jawa@asam belimbing). Bilas hingga betul2 bersih.
(Kawan aku cakap kalau guna ikan puyu lagilah lambat nak buat kerja. Alangkah susahnya nak siang ikan puyu. Kena pulak diberus keseluruhan darah2 beku yang masih bersisa diperutnya dengan menggunakan berus gigi!)
2. Peram ikan semalaman bersama garam kasar. Tambah asam keping.
3. Bersihkan ikan sekali lagi hingga bersih. Sejatkan.
4. Basuh beras. Sejatkan hingga kering. Goreng hingga kekuningan. Mesin beras goreng tadi. Bancuh serbuk beras goreng dengan air masak mati. Tambah garam jika kurang masin. Lumurkan keseluruhan ikan dengan beras goreng. Tambahkan asam keping. Masukkan dalam bekas bertutup.
5. Selepas 3 malam diperam, pekasam sudah boleh digoreng.

Hasil yang aku buat ni adalah iras2 rasa ikan pekasam. Hehe. Diet budak tukang komen kat dalam rumah ni pun hancus. Dia makan nasi bertambah. Budjet nak rasa siket jer. Bila aku tanya sedap ke? Dia kata dah makan habis tu tandanya sedaplah. Yang dia makan kat 'Putra Palace' pun tak sedap. Aku tanya pasaipa tak sedap, dia kata yang tu masin dan keras.

Gitulah ceritanya ikan pekasam. Kalau kita masukkan banyak garam, rasanya masin tapi pekasam tu tahan lama. Jika rasanya sedang2 elok, kita dapat makan sekor2 serupa memakan ikan goreng biasa. Tapi yang kurang masin tak dapat disimpan lama, mungkin hancur bila digoreng.

P/S:Tip penting semasa mengendalikan ikan pekasam ialah  jangan sekali2 dedahkannya secara terbuka. Jika ada seekor sahaja lalat yang berjaya hinggap pada ikan pekasam anda, tunggulah masa kemusnahannya. Bergeliang-geliut anak2 ulat akan hidup dan membesar dalam masa yang singkat di dalam bekas pekasam anda!

7 comments:

  1. nombor 3 tu basuh ikan selepas peram garam tu kena basuh guna air biasa ka basuh guna air masak (mati) jugak ? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. basuh ikan yang diperam garam dengan air paip biasa

      Delete
  2. terima kasih...ikan banyak kat umah.memang terasa nak buat pekasam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... cubalah.... guna ikan kembung pun ok jugak.

      Delete
  3. Camana pulak gambar no. 2 boleh spoiled? Hahaha ... Mak Ngah Pora ni kelakar, lah. Agakanya Pora tu singkatan bagi Sapora tak? Atau paling tidak pun, Mak Ngah Singapora kot?

    - Orang Chemor

    ReplyDelete