Assalamualaikum pada semua. Semua terutama yang sudi bertandang kat blog aku pada entri kali ni sebab nak belajar menyulam . ... :) Yang tak minat pun harap2 lepas ni akan berjangkitlah jua....hehe
Aku sendiri pun terjumpa gambar2 ni semua selepas dah pun mendapat teknik menyulam ini dari blog orang lain. Gambar2 ni dapat dari facebook. Sebelum2 ni aku duk tengok gambar2 bunga yang cantik dah siap sahaja. Masa tu belum tergerak hati nak tengok pada gambar albumnya yang diletakkan pada bab yang pertama... hehe..
Boleh menggunakan benang mengikut kesesuaian sendiri. Aku lebih suka gunakan benang jenis ini untuk sulam renda aku setakat ini....huhu
Benang ni di pintal kat jari untuk buat bunga yang sekuntum. Maksudnya bukan bunga yang disulam melekat pada kain. Benang yang melilit pada jari tu sepatutnya adalah kain jika sekiranya kita nak buat sulam ni pada kain.
Inilah peringkat yang paling memeningkan. Jika dapat meleraikan simpulan ni, semua masalah akan selesai!!!
Jarum ini menegak ke atas. Perhatikan kedudukan jarum dan benang dengan teliti. Tarik jarum ke atas perlahan-lahan untuk membentuk gelung bulat seperti yang dah siap di sebelah kiri.
Semua bentuk bunga oya datang dari bentuk ini. Daripada bentuk ini semua bentuk bunga dapat dihasilkan. Kemahiran diperlukan untuk membentuk pada mana mana saiz yang kita kehendaki.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMUGA BERJAYA!!!
mak ngah, saya dah book mark blog mak ngah. saya suka tgk yang ini jugak, tapi belum cuba lagi. saya baru-baru nak belajar menyulam. utk buat sulam renda ni, benang apa yang sesuai? boleh ke kita guna benang dmc je?
ReplyDeleteopss.... salam perkenalan dari saya
salam perkenalan dan terima kasih...
ReplyDeletebookmark?....eh..seganlah...blog Mngah ni byk merapu2 jer...
benang dmc tu yg lipat2 buat crosstitch tu ke...
Mngah rasa mmg itu benang yg digunakan kat video yg mngah letak kt entri mngah sebelum2 ini.
Tp mngah sendiri tak boleh gunakan benang ini sebab saiznya kecik sgt, mata mngah dah tak berapa nampak sgt dh....kalu dilipat,lg susah sebab benang satu pun, ia mudah nak kusut
Mak Ngah...rajinnya...cek kurang rajin..tapi suka tengok hasil2 sulaman bunga cam ni...nak buat je memang rasanya tak sampai2 serunya...:)
ReplyDeletebukan tak sampai seru tu... tapi masih bizi dgn tugas seharian belum ada masa terluang .....
Deleteada masa kedepan nanti, mana tau kan.... bolehlah cuba...
mata maklong pun dah tak berapa terang nak coba2 buat benda ni..
ReplyDeletehati pun tak terang sama.. hehe..
tapi.. alhamdulillah masih boleh membaca tanpa cermin mata..
jadi aku aku jadi tukang baca jelah..
anugerah Allah pada awk mengenai penglihatan tu nampaknya tak macam saya... dah ditarik balik secara perlahan2..
ReplyDeletebkn hati tak terang tp belum ada masa nak layan2 benda2 rumit mcm ni... kena ambik byk masa Eda, nak sudahkan kerja sulam2 nih...
wah... rajin makNgah menyulam ni... nampak mcm renyah sja...
ReplyDeletedan hasilnya pun sgt cantik... Hasil pada jubah pun saya dah tgok face to face masa makNgah pakai hari 2... hehehe... pandai makngah, ...
yalah cik puan Awin....:)
ReplyDeletemenyulam benang dan menyulam cinta tu saling berkait kut...
jom kita menyulam bersama-sama hehehe...
salam mak ngah..sy nk tanya mak ngah guna benang brand aper yer..sy try gak buat sulam jenis ni..dah nampak hasilnya, cuma tak berapa cantik..hehe..sy guna brand venus..brand dmc susah nk dpt kt kedai area kb ni..
ReplyDeleteWksalam... rasa seronok kan Nita, bila dah nampak hasilnya kan..Tahniah!... Mak Ngah tengok kat pembalut plastik benang tu tulis Minlon, tapi rasanya ada juga jenama lain tapi plastik pembungkus yang lain2nya tu dah hilang.
ReplyDelete