Bahan2
3 ekor ikan kembung (ikan temenung)
1 batang serai diketuk
4 keping buah asam jawa muda(buang biji asam)
2 ulas bawang merah
sedikit garam, ajinomoto dan belacan
Jerangkan semua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih dan sedikit kering airnya. Sebelum angkat masukkan garam dan aji. Gunakan sedikit sahaja belacan.
Ini sayur ikan termasuk dalam menu nostalgia aku lagi. Pernah makan masa kecik2 dulu. Sesekali jika ada bekalan asam jawa muda, selain ianya ditumbuk untuk dicampur dengan sambal belacan aku akan masak menu ini jika ada ikan temenung segar. Bukan ianya ikan yang suka termenung tau. Ikan temenung ialah ikan kembung tau..
salam mak ngah...saya suka gulai2 simple cam gini...boleh dicuba nanti...:)
ReplyDeleterindu sayoq ayaq ikan temenung la pulak bila baca entry m.ngah ni!:)
ReplyDeletequinnie
ReplyDeletewaalaikumussalam. rasa dia dah sinonim dengan MNgah, kombinasi sedikit bawang merah, ikan dan wangi serai.. cubalah...:)
Hana
sayoq ayaq ikan temenung... nak nak pulak kalo berada jauh di tempat orang, lagilah rindunya makin menyesak2kan dada kan?... :)
ikan singgang ni..mak sy klw masak ni dia suka guna ikan temenung lemak isi dia haluih gebu lembut..sy pon dah berjangkit penyakit dari mak sy lebih suka ikan temenung lemak..kdg ada ikan temenung yg isi dia kasaq..xbrapa sedap buat singgang..hehe
ReplyDeletebetui tu ikan temenung lemak mmg paling sedap. yg tu bentuk badannya bulat selinder kan... temenung borek pun selinder juga,tp ada yang isi dia kasar...yg tak lemak tu rasanya org pantai timur sebut pelaling... makngah pun tak berapa pasti, nak beli ikan kena tanya kat orang juai ikan dulu... huhu
ReplyDelete