Friday, May 4, 2012

Masak buah setul bersama udang

Assalamualaikum
Ini adalah percubaan aku kali kedua mencuba resepi memasak buah setul bercampur udang. Kali pertama dulu aku gunakan buah setul yang dah masak. Tapi kali ni aku gunakan buah setul yang masih agak muda tapi dah  nak mengkal hampir masak.

Suatu hari dulu seorang jiran menegur aku semasa aku sedang mengait buah setul kat depan rumah aku. Dia cakap tak cuba masak dengan udang ka? Ada orang dari Baling ke Sik ke tak ingat dah aku dia cakap masak buah setul ni dengan udang. Sedap katanya. Aku nak tanya dia masak lagu mana tu? Tapi aku urungkan niat aku tu sebab dia ni adalah seorang lelaki. Aku agak dia ni makan saja kot,  tentu tak tau nak jawap soalan aku dengan panjang lebar nanti.

Jadi aku buat masak lemak biasa sahajalah. Santan, bawang besar, bawang merah, bawang putih, lada besar dan garam. Aku bimbang lain2 rencah yang aku tak pasti tu akan mengganggu rasa asal buah setul dan udang. Udang pun aku tak kopek kulitnya. Kata ayah aku rasa manis udang akan kekal jika kulit udang tidak dibuang. Otak atas kepala udang tu aku bersihkanlah...Ok. Sedap. Sedap bila buah setul dimasak campur dengan udang..:)

2 comments:

  1. lagi satu buah yg berpuluh tahun tak jumpa.. mak ngah krim mai sikit ialh nak rasa.. huhuuuuu...kampung dimana ya? leh tahu? nanti antau saudara p amek dan pos utk ilah hahaha kelakau lah ilah ni beria2

    ReplyDelete
  2. buah setul kampung jrg dh nak jmpa skrg ni kan..mngah ni tnm benih setui yg buah dia besar gebu benih mai dr siam tu kot...selalu kena sengat dan busuk sebelum masak buahnya kt pokok tu yg cepat2 ambik wt gulai tu..hehe.. kalo ilah nk benih kacang telang yg buat nasi biru tu boleh mngah poskan...

    ReplyDelete