Tuesday, January 29, 2013

Kamal kadai (3)

Sulaman indian embroidery aku buat kali yang ke3.

Dimulakan  dari bahagian bawah jubah.
.
                   Agaknya kamal kadai yang telah dimelayukan. Ha ha. Memandai-mandai ja aku ni..

   Letih jugaklah aku nak menghabiskan benda alah ni. Tapi tak pa lah. Enjoy juga melayan stitching ni...
                                   Dan akhirnya.... Tediaa. Aku nya keseluruhan taman bunga-bungaan.... Tak pandai menggunakan camera, tertukar pula warna kainnya berbanding dengan yang kat atas nun yak..

Friday, January 18, 2013

Cabai solok lada

Orang Kedah sebut cabai. Orang2 di bahagian selatan pula menyebutnya sebagai lada. Kalau lada tu, bagi orang Kedah ialah lada hitam atau lada putih. Jadi jangan pelik jika aku sebut tajuk entri aku ni cabai solok lada. Solok lada ialah salah satu menu yang tersenarai dalam pembuatan nasi kerabu. Cukup susah bagi aku nak dapatkan lada besar ini untuk membuat nasi kerabu.
Sekarang aku dah memiliki pokok cabai yang dah berbuah untuk dibuat solok lada. Kut2 tak terbuatlah pulak! Ha ha. Berbuah baru sebijik dah riuh sealam maya tanpa sempadan. Mungkin buah ni belum cukup matang dan ia masih dalam proses tumbesaran. Dari buahnya yang aku gunakan untuk semaiannya dulu saiznya amatlah kontot tetapi besar.

Aku ada sepohon lagi pokok ni yang belum berbuah. Benihnya dulu aku terserempak dengan buahnya yang tetiba aja ada dijual kat Pasar Besar sehari sebelum raya puasa pada tahun lepas. Ada dua biji buahnya yang sudah masak. Seorang pelanggan sedang sibuk memilih lada hijau ini. Aku menegurnya dan dia cakap cuma satu gerai ni saja yang menjualnya. Aku dah maklum. Aku pilih dan beli dua biji buah yang masak tu sahaja. 

Sebenarnya semaian anak lada hijau tu yang tumbuh amatlah banyak. Rasa2 macam aku nak jadi pengusaha lada soloklah pulak. Tapi aku taklah profesional. Minat bertanam pun datang ikut musim sahaja.
Apa fasal aku letak gambar dua ekor meow-meow kat atas nun. Haa... meow2 yang dua ekor ni la antara penyebab anak2 pokok aku selalu rosak. Apa yang depa dah buat? Depa dua ekor ni suka buat perangai terhegeh-hegeh. Suka jadikan pasu yang aku bertanam pokok sebagai tempat membuang air kecil dan air besar. Tanah gembur dalam pasu tulah tandas depa! 

Orkidku- Tipah tertipu

Tipah dah tertipu. Bukan Tipah je yang tertipu, aku pun tertipu jugak...

Ini  cerita pasal aku punya bunga orkid. Bunga orkid ni memang cantik. Walaupun cantik, aku rasa aku tak akan beli walau ada sesiapa pun yang menjualnya. Aku suka pada sebarang bunga yang berwarna ceria.

Ini anak pokoknya yang aku beli dulu tu. Tak ingat lah bila. Kalau tak satu tahun, mungkin ia dah dua tahun dalam pemerhatian aku. Bukanlah aku menatangnya bagai minyak yang penuh. Aku siram bila teringat begitu juga pada waktu2 nak  membajanya. Cuma yang buat aku kecewa, lain warna dan corak bunga yang ku pilih, lain pula bunganya yang muncul. Dah dua pokoknya berbunga, tinggal empat lagi yang belum.


Tapi tak apalah. Dah tak ada kaum bangsa aku sendiri yang berkecimpung di bidang perusahaan orkid ni. Maksud aku yang selalu menyertai ekspo di dua tempat yang popular kat tempat aku pada setiap hujung tahun. Dek kerana warnanya yang putih, bersih dan mulus aku suka juga tengok bunga ini. Ia masih nampak cantik bak sutera!

Tuesday, January 15, 2013

Kamal kadai (2)

Salam
Entri2 aku nampaknya selepas ni ialah cerita pasal kamal kadai... :)

Ini bunga yang aku buatkan untuk letak kat jubah.

Jubah aku ni baru 90% siap. Malas nak tunggu lama, aku poskan juga gambarnya kat sini.. Lega rasanya dapat siapkan sulam ini. Bukan senang. Kalau tak ada masa,  memang kerja2 macam ni tak akan menjadi sampai bila-bila pun...hu hu.
Aku mula belajar sulam ini kat blog Deepa
Hi Deepa. Thanx a lot for the tutorial!

Ini pula salah satu contoh video yang aku dapatkan dari youtube.
Cuma satu aku nak berpesan, bila menyusup jarum semasa menyulam, janganlanlah halakan untuk susup benang mengunakan bahagian mata jarum sebelah hadapannya yang tajam. Gunakan bahagian belakang jarum iaitu bahagian yang kita gunakan untuk memasukkan benang. Mata jarum depan yang tajam akan menembusi benang, ia akan mengganggu dan melambatkan kerja menyulam.
Aku kurang berpuashati dengan gambar2 yang aku masukkan kat sini sebab rupa dan warna kain dan bunga sulam tidaklah  sama dengan yang sebenarnya.

Wednesday, January 9, 2013

Kamal kadai (1)

Salam
Buat masa sekarang aku sedang berminat membuat sulaman kamal kadai. Ini adalah Indian embroidery . Sebelum2 ini minat aku  ialah pada igne oyalarim.

Ini  cubaan pertama letak kat lengan baju kurung.

Bunga sulam kat bantal ni dah lama aku buat. Ada benang sulamnya yang dah terburai pun. Cuma nak note kat sini pada akulah daripada nak buat sulaman biasa macam yang kat atas ni dengan nak dibandingkan sulaman kamal kadai tu, bagi aku lagi mudah nak buat kamal kadai. Mungkin sebab benda ni masih baru lagi pada aku  kut. Hu hu.

Tuesday, January 1, 2013

Dodol kukus

Salam.
Aku pernah dengar tentang dodol kukus. Kata yang pernah memakannya, sedap. Nak masak dodol biasa, bukanlah satu kerja yang mudah. Nak dapatkan dodol yang betul2 sedap pun, tak mudah juga. Bila dengar adanya resepi dodol kukus, aku berminat nak cuba memasak dan merasanya. Balik ke Lipis dulu pun kakak ipar aku tu ada sebut tentang dodol kukus. Dia juga sebut tentang pulut yang dimakan dengan tahi minyak, sedap kata dia. Ah, sedap lagi...

Nilah percubaan aku memasak dodol kukus. Rupa dan rasanya yang orang lain buat, aku belum pernah rasa. Sukatan resepi aku ni main agak2 saja.
Bolehlah jika ingin mencuba resepi yang ada di sini:-
2  1/2 cawan  tepung pulut putih
1/2  cawan tepung pulut hitam
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan (agak pekat~lebih sedap)
2 cawan santan ~dijadikan tahi minyak
minyak~sapu pada daun pisang
daun pisang
sedkikit garam

Adun semua bahan hingga menjadi sekata. (kecuali minyak dan santan untuk dibuat tahi minyak dan daun pisang    :)
Alas loyang dengan daun pisang. Sapu dengan sedikit minyak supaya ia tidak melekat. (Boleh juga digunakan minyak yang terhasil dari pembuatan tahi minyak tadi)
Tuang bancuhan dan kukus dalam pengukus yang sudah dipanaskan. Masak selama 30-45min atau seingga masak.
Setelah masak, letakkan tahi minyak di atasnya..

 Buat tahi minyak:
Masak 2 cawan santan dalam kuali. Panaskan di atas api yang sederhana sehingga ia menjadi kental dan kelihatan terasing antara minyak dan tahi minyak.
e
Tengok tu. Berlinang jer aku curahkan minyaknya sekali yang bercampur dengan tahi minyak. Sedap ke? Sedap!! Sedap rasanya macam makan ais kerim yang berperisa sedap. Lemak berkrim... Tapi rasa aku kalaulah nak dibandingkan pengambilan lemak dari protein haiwan, selamat siket lagi lah kot kalau aku masukkan lemak sayuran (kelapa) ke dalam perut aku. :)
Dodol kukus ni ada sedikit persamaan dengan kuih lepat liat yang pernah aku buat sebelum ini.

Moi spesial dan buah mencupu


Salam.

 Bahan2
Rebus beras dengan air yang banyak sehingga nasi betul2 kembang
Goreng ikan bilis, ikan talang, ikan kembung segar (boleh gunakan udang, daging atau apa yang anda suka)
Lepas di goreng, tumbuk lauk2 yang  digoreng
tumbuk lada hitam,
bawang merah goreng
potong daun sup dan daun bawang
tumbuk buah mempelam muda 

Macamana nak makan nasi lembek yang aku buat kat atas tadi tu? Senang ja. Lepas sendukkan nasi dalam mangkuk, taburkan segala jenis lauk yang sudah ditumbuk dan daun yang sudah dihiris kat atas nasi tadi. Lepas tu gaulkan biar sebati rasanya. Kalau kurang masin, tambahkan ikan masin, kurang masam tambahkan  mempelam, kurang pedas, tambahkan lada hitam. Terus makan. Kalau ada rasa2 kurang lagi, tambah lagi nasi lembik  dan tambah balik segala ramuannya  seperti yang di atas tadi.
Ini gambar buah mencupu.
Jika ada buah mencupu, bolehlah gantikan buah mempelam muda dengan buah mencupu. Buah ini masih boleh didapati di kawasan pantai timur dan barat semenanjung. Rasanya masam2 manis.  Kat belah utara seperti Kedah, Perlis dan Penang aku tak pernah tengok lagi..