Friday, November 15, 2013

Nasi lemak yang sangat nostalgia

Aku kurang berminat sangat dengan nasi lemak. Selera aku lebih tertarik pada ikan goreng, ulam dan sambal belacan. Tapi ada satu versi nasi lemak yang  boleh buat aku teringat akan keunikan rasanya sampai kehari ini. Yang pernah aku makan berpuluh tahun dahulu. Aku sangat rindu...
Ini nasi lemak yang aku cuba buat untuk nak cuba dapatkan balik kenangan silam yang aku duk terkenang-kenangkan tu.
Mak cik yang berjual nasi tu pun dah tak berniaga lagi kat tempat lamanya tu. Lokasinya dulu ialah di hadapan Pusat Kesihatan Besar Karak. Zaman tu nasi lemak biasa dijual orang berharga 30 sen. Tapi nasi lemak spesel ni sebungkus harganya 50 sen. Kenapalah agaknya nasi lemak ini dikerumuni orang ramai?
Inilah dia beras yang anak menantu aku beli kat Padang Besar. Apa yang tertulis kat karung beras ni sepatah habuk pun aku tak faham. Cuma beras ni rasanya macam pulut sikit. Inilah bahan utama yang membezakan rasa nasi lemak yang menjadi igauan aku tu. Hu hu hu.

Aku dapatkan resepi cara membuat sambal nasi lemak ni dari kakak angkat aku yang berjiran dengan makcik yang berniaga nasi lemak. Jadi ini adalah resepi anggaran kasar  aku sahaja. Yang aku ingat dia pesan gunakan lebih bawang besar. Bahannya pun sangat ringkas. Tapi ikan bilis yang digunakan hendaklah menggunakan ikan bilis gred yang terbaik. Kemanisan rasa sambalnya akan tercetus hanya dengan kesepaduan rasa ikan bilis terbaik bersama bawang besar.!

Bahan2
Semangkuk ikan bilis-separuh digoreng separuh lagi blender bersama cili kering.
3 labu bawang besar bersaiz besar-separuh blender separuh lagi dimayang.
bawang putih~untuk menumis
15 biji cili kering
garam, gula, air asam jawa, sedikit aji.
kacang tanah goreng, telur rebus dan ulam timun.

1. Blender cili kering. Masukkan bawang besar, blender lagi hingga hancur. Masukkan ikan bilis tapi jangan blender terlalu hancur.
2.Goreng ikan bilis setengah bahagian. (Dimakan bersama kacang tanah goreng dan ulam timun)
3.Tumis bawang putih. Masukkan bawang besar yang dimayang. Masukkan cili kering yang dikisar. Masukkan garam, air asam jawa, gula dan aji. Masak dengan  api sederhana sehingga kuah sambalnya betul2 masak.   

2 comments:

  1. SAya tneogk gambarnya pun terasa jugak nostalgia pada saya. Skang ni mana nak jumpa nasi lemak lagu ni.

    ReplyDelete
  2. hehe.. agak2 kot belah Kelantan ada kot sebab sana depa mudah nak dapat beras wangi dari Siam..

    ReplyDelete