Entah beberapa minggu yang lepas baru datangnya idea aku untuk mencubanya. Jeruk maman dah buat, kerabu dah buat, kali ni nak mencuba kimci pulak.
Pada aku memakan kimchi adalah suatu tabiat pemakanan kesihatan yang baik. Tiada lambakan minyak dan kolesterol. Mujur juga aku masih tergolong dikalangan pemakan sayur!
Ini kimchi yang telah aku perap selama 24 jam. Pada rasa aku lagi sedap kimchi yang dimakan selepas 3 hingga ke 4 jam diperap.
Mula2 dulu bila nampak rupa kimchi, aku fikir yang rasanya pedas atau kita akan alami rasa perut panas atau tak selesa perut selepas memakannya oleh sebab rupanya yang merah berselaput dengan cili.
Lepas tengok gambar video kat atas ni lah yang boleh datangnya minat aku nak mencuba membuatnya.
Bahan yang aku gunakan ialah kobis, apple, apple pear, sengkuang, daun bawang, bawang putih, gula perang, serbuk cabai dan garam. Untuk bahan perisanya aku gantikan dengan pes udang. Apa lagi, belacanlah! Hu hu.
Lepas dah menikmati kimchi, baru aku terjumpa dengan pengkisahannya melalui suatu tayangan video dari you-tube. Aku letakkan sebahagian gambarnya kat sini untuk memudahkan lagi bercerita..
tempat pembuatan garam
kobis direndam atau pun dibersihkan dalam kolam yang besar!
menggunakan pekerja yang ramai...
adalah pemandangan dari sebuah temple
No comments:
Post a Comment