Followers

Wednesday, October 5, 2011

Jeruk maman

Bahan2
2 bungkus maman jeruk
1 ekor ikan rebus
bawang merah
cili api

Bersihkan dan toskan jeruk maman. Masukkan dalam mangkuk. Gaulkan bersama isi ikan, bawang merah hiris dan cili api yang sudah dipotong. Tambah sedikit air atau garam jika perlu. Sedia untuk dihidangkan.


by google

Daun maman segar sebelum dijadikan jeruk. Dulu2 daun ini ada dijual kat pasar. Sebungkal ikat besar harganya murah sahaja. Balik rumah siang dan bersihkan. Rendam bersama nasi sejuk yang sudah diblender dan ditapis. Tambahkan sedikit garam. Letak nasi sebiji2 tak hancur pun boleh, tapi nampak huduh lah siket bila nak dimakan nanti kan. Simpan jeruk ni selama 4-5 hari sebelum boleh dimakan.


by google

Kat tepi2 rumah aku kadang2 tumbuh pula maman yang batang hijau serupa yang kat sebelah kanan tu. Keliru juga aku tak berani nak kutip dibuat makan. Pernah juga dengar orang sebut ada maman yang dipanggil maman hantu!

by google

Ini betul2 hantunya kut! Hehe. Besar betul bunga ini. Serupa sangat dengan maman yang selalu dibuat jeruk tu. Aku jumpa pokok ni kat Cameron Highlands. Logik kot ini family maman. Kan ke bunga ros yang sebesar muka cawan boleh membesar hingga menjadi sebesar pinggan tambah kat Cameron tu?


by google

Besar dan tinggi pokoknya. Dua kali ganda tingi dari aku. Kalau dapat dua pokok dibuat jeruk, hai... mau dapat setempayan ni... hehe

2 comments:

  1. mak ngah!!!!!!!!!!!..jeruk maman ni memang favourite ana ni..kalau takat sebungkus tu ana sekali hadap jer.mak ana selalu buat masa abah sihat dulu sbb abah selalu cari daun ni..sedaapnyaa...

    ReplyDelete
  2. Ana ni samalah dengan anak MNgah yang sorg tu... dia hadap 2 bungkus jeruk maman ni sorang dia saja pun boleh habis...
    Kecik2 dulu MNgah terbau saja jeruk maman pun rasa nak lari... baunya....tak tahan betoi!

    ReplyDelete