Kalau lah tak kerana rumitnya bertanam pokok cili api atau cabai melaka tu, mudah juga nak buat duit sekarang ni. Cabai kecil yang juga dipanggil cabai burung atau cabai melaka kampung pun dah makin mahal zaman gst sekarang ni. Aku sangka sepiring kecil yang harga dua ringgit tu rupanya la ni dah melonjak jadi empat ringgit!
Pokok cili kampung aku ni tumbuh secara sendiri kat depan pintu dapur rumah aku. Agaknya burung terbang yang semaikan biji benihnya kat situ. Daunnya dah pun kena serang ulat. Aku simpulkan daun serai wangi dan letak kat perdu pokoknya. ha ha..
Yang ni pun sama. Ia tumbuh sendiri. Membesar dengan bantuan air hujan dan cahaya matahari. Nasibnya agak baik. Mungkin sebab ia membesar bersebelahan dengan pokok ruku. Oleh kerana ulat tidak menyerang pokok ruku, pokok cabai ini ikut terselamat. Aku agak-agak saja la. Pernah aku terbaca ada orang beri panduan supaya pokok cili api elok ditanam bersama dengan pokok bunga taik ayam sebab ulat tidak gemar dengan bau pokok dan bunga tahi ayam!
Zaman gst ye Makngah... alhamdulillah ada sumber cili percuma...
ReplyDeletezaman gst.. semua dapat, semua merasa... :) :)
DeletePOKOK CABAI MELAKA NI PANJANG UMURNYA ELOK TANAM UTK KEGUNAAN DAPUR..
ReplyDelete:) cabai melaka pun ok...
Delete