Dah tua-tua ni aku baru belajar bagaimana nak buat sayur air dengan cara yang betul. He he.. belajar dengan nenek kat kampung. Deria rasa aku telah menikmati sayur manis rebung yang dimasak nenek. Sayur manis rebung yang dimasaknya terasa sedap. Betul2 terasa sayur rebung yang asli. Pure rasa rebung manisnya. Aku tanya macamana dia buat. Aku nampak dia tak campurkan apa2 ramuan dalam sayurnya. Logik akallah. Bila nak rasa betul2 rasa rebung asli, tidak perlulah campurkan apa2 lagi selain bahan asasnya sahaja.
Aku tanya bawang tak bubuh ka? Tok tu cakap, "tak bubuh aihh.."
Anaknya cakap, " peroi belacan siket lepas tu boh garam, sudah..."
Lain orang lain seleranya. Tapi aku suka sayur manis rebung yang nenek tu buat. Sangat spesial pada akulah. Orang kampung aku buat sayur rebung guna 'rebung hutan'. Rebung madu depa tak mainlah..
Rebung hutan dikutip dari hutan. Katanya ia boleh dimakan oleh orang yang dalam pantang. Tapi aku belum pernah cuba dalam pantanglah..
No comments:
Post a Comment