Saturday, November 7, 2015

Cempa telur

Siapa pernah tengok bunga cempaka telur? Orang kampung aku sebutnya dengan nama 'cempa telog'. Teringat aku suatu masa dulu sorang kawan aku pernah tegur aku, "... orang Kedah ni sebut perkataan selalu tak habis..". Maksud dia kenapa sebut "chempa" tapi tak sebut "cempaka". Soalan dia tu aku pun tak leh nak jawab. Dah lagu tu cek oii...
Ini gampar bunga cempaka putih. Orang Kedah kata bunga cempa. Aku pernah tanam pokok ini. Pokoknya besar tinggi macam pokok durian. Tapi lani pokok tu dah tak ada lagi kat rumah aku. Kurang berbaloi aku fikir, lebih baik aku tanam pokok rambutan buahnya boleh dimakan. Tapi sampai hari ni tak ada pun pokok rambutan kat rumah aku...
Yang ni cempaka kuning. Pokok dan bunganya aku pernah tengok tapi dah tak minat menanamnya lagi sejak aku buang pokok cempa putih tempohari.
Aku lani tengah berminat dengan pokok cempa teluq. Minat pada cempa telog ni dah termeteri dalam hati aku sejak lama dah. Lama sangat dah duk dengar nama cempa telog disebut orang kampong aku dulu2 nih. Dengar bunyi macam hebat sangat. Itu yang aku terbeli juga pokok ini semasa aku menghadiri suatu ekspo kat tempat aku tiga bulan yang lepas.
Selepas tiga bulan aku masih mengawasinya secara berhati-hati. Baru nampak pucuk baru mulai tumbuh. Daun yang lama dibuang untuk mencepatkan tumbuhnya tunas baru. Mudah2an cempa telor aku ni subur dan mengeluarkan bunganya..

Peringkat awal menanam pokok tin

Minat aku bermula dengan 50-50. Lama kelamaan aku ikut terjerumus. Terjebak dan tergoda. Apalagi selepas selalu sangat membaca komen dan gelagat warga tinohtin kat fb.
Mulanya aku nak dapatkan sejenis atau sepohon saja pokok tin sebagai percubaan. Tapi oleh sebab buyer tu jual package aku pun dapatkan dua anak tut dari dua  varieti. Dua pokok sebagai percubaan aku fikir lebih baik memandangkan kebarangkaliannya untuk hidup..
Pada hari yang sama aku pindahkan anak pokok tut ke dalam polybeg. 
Kenapa ada gambar meow2 kat sini?
Yang 3 ekor tu bolehlah juga nak dikatakan sebagai haiwan makhluk perosak. Tengoklah gelagat mereka bertiga. Ada2 aja karenah mereka.... Pokok2 aku kurang selamat jika tak dikurung...
Ini medium yang aku guna masuk ke dalam polybeg. Mungkin pasir 3 : tanah hitam 1. Campuran ini sudah lama tersimpan di dalam pasu untuk menanam pokok.
Keratan anggur ni pun baru saja disemai. Aku gunakan medium lebih kurang serupa dengan yang aku semai tut pokok tin. Tunas anak anggur ni dah hampir layu tapi segar kembali selepas kena siram air hujan. Lani tengah musim hujan.

Ini variti Black Jack. Nampak macam makin segar dari hari mula ia datang.


Yang ini Improve Brown Turkey. Selepas satu minggu ada nampak pertambahan bilangan daunnya. Sudah nampak perkembangan positif. Harap2 pokok2 aku ni sihat boleh membesar dan seterusnya menghasilkan buah yang besar dan manis....