Minat aku bermula dengan 50-50. Lama kelamaan aku ikut terjerumus. Terjebak dan tergoda. Apalagi selepas selalu sangat membaca komen dan gelagat warga tinohtin kat fb.
Mulanya aku nak dapatkan sejenis atau sepohon saja pokok tin sebagai percubaan. Tapi oleh sebab buyer tu jual package aku pun dapatkan dua anak tut dari dua varieti. Dua pokok sebagai percubaan aku fikir lebih baik memandangkan kebarangkaliannya untuk hidup..
Pada hari yang sama aku pindahkan anak pokok tut ke dalam polybeg.
Kenapa ada gambar meow2 kat sini?
Yang 3 ekor tu bolehlah juga nak dikatakan sebagai haiwan makhluk perosak. Tengoklah gelagat mereka bertiga. Ada2 aja karenah mereka.... Pokok2 aku kurang selamat jika tak dikurung...
Ini medium yang aku guna masuk ke dalam polybeg. Mungkin pasir 3 : tanah hitam 1. Campuran ini sudah lama tersimpan di dalam pasu untuk menanam pokok.
Keratan anggur ni pun baru saja disemai. Aku gunakan medium lebih kurang serupa dengan yang aku semai tut pokok tin. Tunas anak anggur ni dah hampir layu tapi segar kembali selepas kena siram air hujan. Lani tengah musim hujan.
No comments:
Post a Comment