Saturday, November 7, 2015

Cempa telur

Siapa pernah tengok bunga cempaka telur? Orang kampung aku sebutnya dengan nama 'cempa telog'. Teringat aku suatu masa dulu sorang kawan aku pernah tegur aku, "... orang Kedah ni sebut perkataan selalu tak habis..". Maksud dia kenapa sebut "chempa" tapi tak sebut "cempaka". Soalan dia tu aku pun tak leh nak jawab. Dah lagu tu cek oii...
Ini gampar bunga cempaka putih. Orang Kedah kata bunga cempa. Aku pernah tanam pokok ini. Pokoknya besar tinggi macam pokok durian. Tapi lani pokok tu dah tak ada lagi kat rumah aku. Kurang berbaloi aku fikir, lebih baik aku tanam pokok rambutan buahnya boleh dimakan. Tapi sampai hari ni tak ada pun pokok rambutan kat rumah aku...
Yang ni cempaka kuning. Pokok dan bunganya aku pernah tengok tapi dah tak minat menanamnya lagi sejak aku buang pokok cempa putih tempohari.
Aku lani tengah berminat dengan pokok cempa teluq. Minat pada cempa telog ni dah termeteri dalam hati aku sejak lama dah. Lama sangat dah duk dengar nama cempa telog disebut orang kampong aku dulu2 nih. Dengar bunyi macam hebat sangat. Itu yang aku terbeli juga pokok ini semasa aku menghadiri suatu ekspo kat tempat aku tiga bulan yang lepas.
Selepas tiga bulan aku masih mengawasinya secara berhati-hati. Baru nampak pucuk baru mulai tumbuh. Daun yang lama dibuang untuk mencepatkan tumbuhnya tunas baru. Mudah2an cempa telor aku ni subur dan mengeluarkan bunganya..

2 comments:

  1. mak ana boh dalam almari baju ..bagi wangi dia kata..tapi kita ni bau mcm kubur.hahahah

    ReplyDelete
  2. betul tu bagi jadi wangi, makngah pun kalo dpt bunga cempa kerja duk cium ja... eh ada ka kubur pulak..

    ReplyDelete