Sudah berminggu aku menanggung sakit di bahagian belakang badan. Aku pun tak tau pasti di mana sebenarnya rasa sakit itu berkumpul. Sedang bangun, duduk atau memusingkan badan ke kiri atau ke kanan terasa seperti ada parut lama yang menyengat.
Akibat dari apa pun aku tak dapat pastikan. Boleh jadi tersalah makan makanan sejuk atau berangin.
Seingatnya aku mula terasa ketidak selesaan ini selepas aku mengangkat pasu pokok bunga yang agak berat.
Oleh tanggungan yang berpanjangan itu aku terfikir nak mencuba mandi air daun seperi mandi orang berpantang baru lepas bersalin. Sebelum ni dah pernah aku mandi menggunakan campuran daun seperti daun lengkuas, pandan, lemuni, inai, mengkudu, serai wangi dan apa2 lagi daun yang sempat aku capai.
Apa kata jika kali ni aku gunakan hanya daun jolok cacing semata- mata... Pernah aku terbaca jolok cacing ini sesuai untuk dibuat air mandi untuk meringan badan atau pun masalah tersalah urat.
Tapi sewaktu memotong daun pokok jolok cacing aku tambahkan sedikit daun melur yang daunnya merimbun berjiran dengan pokok jolok cacing.
Selepas dibersihkan, berselawat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air. Ku rebuskan daun dan ranting2 nya sekali. Bila air mula mendidih padamkan api. Sewaktu mandi campurkan dengan air paip sehingga ia menjadi suam2 panas setakat yang kita tahan panasnya. (Aku elakkan menjirus di bahagian kepala)
Anehnya selepas mandi air pokok jolok cacing, sakit yang lama aku derita sudah mula berkurangan. Lama- lama ia makin hilang. Elok agaknya jika aku ulangi lagi menjadi amalan seminggu atau sebulan sekali..
No comments:
Post a Comment