Lebih seminggu dah kudup bunga ni mengorak senyum. Kelopak bunganya belum nak kembang lagi.. Aku nak petik bunganya. Nak simpan harum wanginya bau si bunga cempaka di dalam rumah.
Makin kita tertunggu tunggu agaknya sebab itulah terasa lambatnya hasil nak kunjung tiba...
Salam.....
ReplyDeleteSenyum-senyum sekuntum bunga
Pagi isnin saya melawat
Bukan bunga tak mahu berbunga
Pelbagai usaha sudah di buat
Bila berbudi pada Tanah
Hasil yang baik itu harapan
Doa harapan telah pun pasrah
Agaknya berbunga minggu hadapan ( gurau je )
Mungkin kata mengguris hati
JiwaTani nama di beri
Usah di simpan di dalam hati
Ampun dan maaf saya akhiri
Terima kasih..Moga tak jemu untuk berkunjung lagi...:)
ReplyDelete