Wednesday, July 20, 2016

pokok tin yang tidur...

Ini sambungan dari cerita daun pokok tin aku yang keriting...
Diwaktu2 ini aku rasa tersangattttlah stress. Hati berbelah bahagi samaada nak di selamatkan benih tut tin ni dengan cara buat cutting atau nak di bongkar balik media yang ada...
Daun-daun yang ada pun dibuang...
Seingat aku ia mula jadi begini selepas aku letakkan anak pokok halau nyamuk kat bawah pokok tin ini....
Nasib lah teringat nak mencuba petua yang diberikan oleh rakan kat group tin oh tin. Gunakan ais batu untuk bangunkan pokok tin yang tidur...
Alhamdulillah sampai hari ni nampaknya perkembangan pokok ini semakin sihat...

letihnya bertanam orkid...

Selalu aku ternampak siput2 kecil kuning ini sebelum2 ini merayap-rayap atas tanah sesama mereka.
Aku agak ia hanya membantu mencepatkan proses pereputan seperti didalam pembuatan  baja kompos. Jadi selalunya ia kubiarkan hidup biak melata tanpa sebarang gangguan.

Suatu hari tergerak hati nak bongkar media tanaman orkid. Rupa2 nya sudah banyak pokok orkid aku yang rosak akarnya dan menjadi semakin reput. Makhluk yang ada bersama di dalam pasu2 orkid ialah siput2 kecil kuning dan seekor lintah bulan. Agaknya siput datang selepas akar orkid rosak. Akar orkid mula rosak lepas serangan kulat dan virus. Macamana mulanya siput membiak walau pasu orkid digantung?  Aku juga dah celupkan pasu orkid ke dalam larutan racun kulat...

Patutlah nampak orkid aku terbantut tumbesarannya tak seperti mula-mula aku menanamnya dulu. Dah setahun usianya selepas di tanam. 
Patutlah ada peminat orkid yang berpesan supaya selalu memeriksa atau kalau perlu membongkar pasu orkid setiap enam bulan sekali....

... aku selalu cuai...

Aku selalunya berjanji pada diri sendiri tidak akan berlaku cuai lagi. Tapi selalunya janji hanya tinggal janji.....
Pokok ros ni pun turut terlibat sama.
Tunas pucuk yang baru tumbuh nampak serupa dah nak hangus..
Tentu pokok ni sangat stress.
Aku berjanji lagi... tak akan buat lagi.... :)
Siram air banyak2 untuk melarutkan baja yang telah sedia ada. Musim2 hujan ni moga turut membantu...

bertanam pokok di taman perumahan...

Dulu dulu ni aku tanam pokok ikut suka rasa hati. Lani pun masih minat nak bertanam lagi. Jenis pokok yang ditanam pun ikut minat semasa. 
...dari kiri, pokok inai merah, limau purut, lemuni, murunggai dan betik.

Yang tunggul tengah kering jadi kayu mati tu asalnya pokok setol. Jenis setol buah besar bukan setol yang kami panggil buah seteiy kuning yang isinya manis tu. Terpaksa aku buang pokok yang dah besar ni sebab rasanya ia dah kurang sesuai menetap kat situ. Pokoknya tinggi susah nak diambil buahnya. Buahnya pula selalu busuk sebelum masak disengat serangga perosak. Dahannya mengganggu kabel elektrik dan juga ketenangan jiran berhampiran. Dahan yang condong ke kawasan rumah dia terpaksa dia memotongnya.
Macamana nak matikan pokok sebesar tu?
Mula-mula siatkan keluar kulit batang pokok kemudian sapukan  Tri-ester 32. (Sampel botolnya dah ku buang, lupa nak ambil gambarnya). Lepas tu sapukan tempat yang dibuang kulitnya tadi dengan petrol. Pembantu kedai tu cakap biarkan saja pokok tu macam tu nanti lama kelamaan ia akan reput dengan sendirinya. Selepas  tunggulnya mati dah banyak kali aku cuba tolakkan ranting dan dahannya  pun ia masih lagi tidak patah atau sekah jatuh ke tanah.
Ini gambar anak pokok lemuni yang aku dah tanam semula seperti gambar di atas tadi.
Ini banir pokok lemuni lama yang dah dipotong. Waktu mula bertanam dulu tak terfikirkan sangat masalah longkang yang boleh pecah hasil buatan akar pokok di dalam tanah.
Nampak macam dah berhasil. Tunggul ni aku ulang sapu beberapa kali dengan menggunakan minyak tanah. Sebelum ni aku pernah matikan pokok kelapa dengan menggunakan minyak tanah. Ada orang bagi petua curahkan minyak tanah pada bahagian pucuk pokok kelapa. Lama kelamaan pokok akan layu dan akhirnya mati.
Lebih kurang lima tahun dulu waktu pokoknya masih kecil...

Ini pula gambar pokok murunggai atau moringa.

Thursday, June 23, 2016

kehijauan daun tin yang menenangkan....


Lapan bulan sudah berlalu sejak aku mula menanam pokok tin. Mula dengan benih tut dari luar negeri. Hingga saat ini belum lagi menampakkan hasilnya...
Anak pokok yang aku semai dari biji tin kering nampaknya tumbuh dengan elok. Jadi dapatlah aku alihkan perhatianku dengan  menyibukkan diri melihat kehijauan daun2 tin yang tumbuh dari semaian biji ini.
Daripada dua biji buah tin kering yang aku semai telah mengeluarkan daun yang berbagai-bagai corak bentuknya semasa proses tumbesaran anak pokoknya. 



Apa-apa pun aku paling suka gambar ni. Yang ni paling win. Hanya orang yang minat bertanam dan berkebun saja yang dapat menghayatinya.... 

kahwin semaian biji tin mula tunjukkan hasil positif...

Oleh sebab benih pokok tin agak mahal, anda sering dinasihatkan supaya buat bekap. Kalo terjadi sesuatu yang tak diingini pada pohon induk, mungkin benih dari anak pokok yang baru boleh menjadi penyelamat. Inshaa Allah, segala ketentuan milik Allah jua belaka...
Aku harap  anak pokok dalam polibag ini akan dapat terus hidup subur kemudian hari...
Aku fokus pada cantuman kapit/sisi yang aku sudah buat...
Ambil gambar dari sudut ini pula....selepas benang pengikatnya dibuka.
Ini yang abang aku kata cara kahwin pokok paling bodoh. Bukan buat kerja bodoh. Maksud dia cara kahwin pokok yang paling senang. Orang yang tak ada pengalaman kahwinkan pokok atau sebarang ilmu pertanian pun boleh buat ini dan kemungkinan untuk berjaya adalah sangat tinggi. Gerenti menjadi. Inshaa Allah. 
Yang ni nak menunjukkan apa yang terjadi pada pokok induk (benih yang dipilih untuk dikahwinkan) selepas ikatannya dipotong. Selepas dipotong dari 'kapit' yang agak lama, akan tumbuh daun yang baru.

Inilah gambar waktu aku mula mengikat/kapit kedua-dua anak pokok berlainan jenis ini dalam proses untuk dicantumkan ketika ia masih kecil dulu.

Wednesday, June 22, 2016

belajar buat bonsai...

Suatu hari aku terjumpa dua anak pokok yang telah tumbuh dengan sendirinya selepas hujan turun banyak selama beberapa hari. Mulanya  nak ku buangkan saja. Tapi tiba-tiba terfikir apa kata jika aku cuba membentuknya menjadi pokok bonsai.
Ku fikir mulanya mudah saja membentuk pokok menjadi bonsai...
Lentuk lentuk selepas mengikatnya dengan dawai, ku biarkan begitu saja selama beberapa minggu...
Ingat dah lawa sangatlah bila dahannya sudah melentuk menyenget koner baring lagu tu... hehe
Suatu hari teringat nak belajar membentuk pohon bonsai dari you-tube....
Rupanya untuk membentuk ranting bonsai kena asuh melentur rantingnya sejak ia masih kecil lagi. Lilitkan  dawai untuk melentur rantingnya. Pada ranting yang dilentur hendaklah disisipkan dawai yang lebih kasar sebagai tulang belakang supaya ranting tidak mudah patah.
Aku pun mulalah melilit-lilitkannya. Selepas tu ku biarkan lagi supaya ia terus hidup dengan mengikut hasil lilitan yang sudah ku bentuk..
Tu diaa... Inilah hasil terakhir setakat ni. Lentuk melentik semacam jer... 
Yang ni satu lagi...
Ni semasa proses membuka lilitan dawainya. Lebih banyak ranting yang telah menjadi korban... Kerja ni lebih sesuai kepada orang yang betul-betul berminat yang akan melakukannya dengan lembut dan lebih berhati-hati...
Hasil pohon bonsai ku....