Selalu aku ternampak siput2 kecil kuning ini sebelum2 ini merayap-rayap atas tanah sesama mereka.
Aku agak ia hanya membantu mencepatkan proses pereputan seperti didalam pembuatan baja kompos. Jadi selalunya ia kubiarkan hidup biak melata tanpa sebarang gangguan.
Suatu hari tergerak hati nak bongkar media tanaman orkid. Rupa2 nya sudah banyak pokok orkid aku yang rosak akarnya dan menjadi semakin reput. Makhluk yang ada bersama di dalam pasu2 orkid ialah siput2 kecil kuning dan seekor lintah bulan. Agaknya siput datang selepas akar orkid rosak. Akar orkid mula rosak lepas serangan kulat dan virus. Macamana mulanya siput membiak walau pasu orkid digantung? Aku juga dah celupkan pasu orkid ke dalam larutan racun kulat...
Patutlah nampak orkid aku terbantut tumbesarannya tak seperti mula-mula aku menanamnya dulu. Dah setahun usianya selepas di tanam.
Patutlah ada peminat orkid yang berpesan supaya selalu memeriksa atau kalau perlu membongkar pasu orkid setiap enam bulan sekali....
No comments:
Post a Comment