Tuesday, July 21, 2020
Thursday, June 4, 2020
Bunga tangkai panjang
Apakah nama bunga ini.
Petang hari ia mekar. Sebelah pagi rupanya jadi seperti ini.
Kelopak bunga berada jauh dari tangkainya.
Pokoknya lurus tidak bercabang seakan pohon buluh, ruang dalam batangnya kosong. Walau pun sudah banyak kali dipotong setiap kali itu juga dahannya hanya tumbuh satu tidak bercabang.
Petang hari ia mekar. Sebelah pagi rupanya jadi seperti ini.
Kelopak bunga berada jauh dari tangkainya.
Pokoknya lurus tidak bercabang seakan pohon buluh, ruang dalam batangnya kosong. Walau pun sudah banyak kali dipotong setiap kali itu juga dahannya hanya tumbuh satu tidak bercabang.
Selepas satu bulan bunganya ada perubahan lagi.
Saturday, April 25, 2020
Jeruk pucuk mengkudu
jeruk pucuk daun mengkudu
bawang merah hiris
cili potong
ikan rebus/bakar
garam
Basuh jeruk mengkudu untuk keluarkan lebihan nasi.
Tambahkan cili potong, bawang merah hiris dan isi ikan.
Tambah sedikit air ikut keperluan.
Masukkan garam dan gaul sebati.
Cara buat jeruk mengkudu
Bahan
Pucuk mengkudu
Nasi yang disejukkan
Air
Garam
Bersihkan pucuk mengkudu.
jemur sekejap pada cahaya matahari supaya daunnya layu.
blender nasi.
masukkan pucuk mengkudu ke dalam bekas.
tambahkan air, nasi dan garam.
pastikan air menutupi seluruh daun mengkudu.
tutup dan simpan selama seminggu.
lepas seminggu jeruk sudah boleh dimakan.
Simpan lebihan jeruk dalam peti ais.
Sedap. Pucuk mengkudu tidak pahit lagi dan rasanya bertukar menjadi masam seakan jeruk maman.
Sunday, January 5, 2020
Lepat liat sukatan cawan
Bahan
2 cawan tepung pulut
#1 cawan gula merah
#1/2 cawan santan pekat
daun pisang
sedikit garam
#1 cawan gula merah masak dengan sedikit air supaya menjadi 1/2 cawan air gula merah.
#1/2 cawan santan pekat
maksudnya 1/2 cawan santan pekat campur 1/2 cawan air gula merah akan menjadi satu cawan cairan yang akan digunakan untuk bancuh dua cawan tepung pulut.
Tidak perlu lagi campur gula pasir.
Bancuh dua cawan tepung pulut dengan satu cawan cairan (santan pekat campur air gula merah yang sudah dimasak)
Sebatikan campuran sedang2 cairnya setakat boleh diceduk dengan sudu supaya ia tidak meleleh semasa membungkus lepat dengan daun pisang yang sudah dilayur.
Sebelum ceduk keatas daun pisang, sapu sedikit minyak supaya lepat tidak melekat pada daun pisang.
Jika suka boleh campurkan 1/4 cawan tepung beras pulut hitam.
Rendam tiga sudu beras pulut hitam. Sejat dan blender. Campurkan 1/4 cawan tepung beras pulut hitam kedalam campuran 3/4 tepung pulut putih yang biasa. Rasanya lebih sedap.
Friday, November 22, 2019
Sunday, October 13, 2019
Dodol kukus
Bahan
Daun pisang - layur
Santan pekat - masak hingga menjadi tahi minyak
1 cawan gula merah*
1/2 cawan gula pasir*
1 cawan air*
Masak bahan bertanda * dan tapis
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung ubi
1 1/2 cawan santan
1. Campurkan tepung pulut, tepung ubi dan bancuh menggunakan santan dan satu cawan gula merah yang sudah dimasak.
2. Panaskan kukusan dan letakkan acuan yang sudah di alas dengan daun pisang dan di sapu sedikit minyak yang dibuat didapati daripada tahi minyak yang baru dimasak.
3. Kukus dalam 10-15 minit.
4. Sapu tahi minyak bila kuih telah sejuk.
Talam nasi/Nasi antah
Bahan
Bahagian bawah
1/2 cawan beras -Rendam 2 jam, tumbuk separuh hancur/blander
1/2 cawan kelapa putih -yang sedang elok buat inti ketayap
1/2 cawan santan cair
sedikit garam
Bahagian atas
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam
1 sudu besar gula pasir
1 cawan gula Melaka cair - masakkan gula bersama 1 cawan air
1 cawan santan setengah pekat
1. Kukus bahagian atas sehingga masak (beras yang dihancurkan bersama kelapa putih, santan dan garam)
2. Bila bahagian atas sudah cukup masak tekan dengan senduk atau camca supaya ia licin dan rata
3. Sebatikan campuran bahan untuk bahagian atas kuih talam.
4. Tapis campuran bahagian atas kedalam loyang nasi yang sedang dikukus tadi.
5. Sesuai untuk loyang saiz 6-7 inci. Lapisan bawah kukus lebih kurang 15-20 minit.
Begitu juga untuk lapisan atas kuih talam.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















