Sunday, December 4, 2011

Gulai ikan puyu rempah giling


Bahan2 giling
Cili kering, bawang besar, bawang merah, jintan manis, jintan putih, ketumbar(rempah biji), kunyit hidup.
Tumis
Bawang merah, bawang putih, daun kari


Ini lah dia ya puan2 semua, bahan2 asas yang selalu digunakan untuk dibuat rempah giling. Aku mula dijinak2kan mengggunakan batu giling sejak  ditingkatan tiga lagi. Lama sangat dah. Sebab tu waktu ambik gambar ni aku  terlupa nak letak kunyit hidup. Tambahkan juga sedikit jintan putih. (Gunakan sedikit sahaja jintan putih)
Sekarang ni tak ada dah orang Malaysia yang rajin gunakan batu giling! termasuklah dengan aku sekali.Tapi dah teringat nak makan gulai dari rempah yang digiling, bahan arkib ni kenalah digunakan semula. Jadi pada sesiapa yang nak merasa gulai rempah giling, silalah dapatkan batu gilingnya dahulu ya? Bukannya ketul2  batu kat tepi jalan tu ya, yang tu kalau untuk dibuat main batu seremban bolehlah..hehe.

Aku terjumpa cerita dari seorang blogger mamak restoran yang dikenali di Bukit Mertajam dan Seberang Perai tu cakap, yang depa duk juai rempah basah tu bukannya rempah giling, tapi rempah tu sebenarnya dibuat dari bancuhan rempah serbuk yang telah dimesin. Kata dia lagi kalau nak digiling rempah hari2, mau lekang lengan tu atau ia telah digiling oleh mesin bodoh! Berkenaan mesin bodoh tu aku tak tau nak mengulasnya ya, apa maknanya aku pun tak faham.... 
Aku duk buat sembang kencang kat sini pun, sebenarnya aku pun dapat free je batu giling ni. Aku tak beli pun! Ia adalah antara peralatan yang dilupuskan dari sebuah institusi teknik atas sebab dinaik taraf.  
Bila cili kering, ketumbar, jintan dan kunyit hampir lumat, barulah hentak2kan bawang gunakan anak batu penggiling.Jika diletakkan bawang bersama cili diperingkat awal menggiling, bawang akan sebabkan mata kita cepat berair. Aku ambik masa 5 minit untuk lumatkan cili kering jadi macam ni. Hu hu. Giling lagi hingga lumat kesemuanya.
Ini ikan puyu yang sudah siap sembelih. Tiap2 petang, berjenis ikan air tawar atau ikan sungai ada dijual kat pekan Simpang Kuala.
Tumiskan bawang, daun kari dan .. yang macam kacang parpu tu apa?...Lupa la pulak...! Bila bawang wangi, masukkan rempah giling. Tumis hingga wangi. Masukkan santan. Masak hingga mendidih. Jangan masakkan ikan puyu lama sangat sebab isi ikan ini lembut.
Dah siap gulai ikan puyu aku ni. Campur dengan ubi keledek.Jom.Mai2. Sila2. Mai la makan nasi bersama gulai ikan puyu rempah giling. Hehe. Anak aku yang pompuan tu duk risau mulanya sebab aku masukkan banyak sangat cili kering katanya. Dia tak tahan makan pedas. Tapi bila dah makan katanya tak rasa pedas langsung! Anak aku yang lelaki tu,  lepas dah lama sudah makan nasi,dia minta izin nak meratah ikan puyunya pulak.

Saturday, December 3, 2011

Karipap dan Oya


Minggu ini aku sibuk denga  cita-cita nak buat sulaman. Ini berkait dengan entri aku yang lepas. Penuh dengan gambar bunga sulam. Sulaman ini dikenali dengan nama oya.
Selepas lima hari explore aku baru terjumpa dengan punca utama sebab apa aku gagal sebelum ini. Buat dulu baru baca. Ha ha. Rupanya bukan aku sorang saja yang alami masalah sama. Orang lain pun begitu juga.

"...its a lot better if you have someone sitting next to you teaching you..."
"...have been tried but I cant!...."
"...oya isn't the easiest thing on earth!..."

Ha ha. Aku baru terjumpa dengan asas simpulan pertama. Belum masuk bab nak bentuk bunganya lagi.Aku hysteria.
But practise makes perfect! Wish me luck. Ha ha.

Nak calm down, aku pi buat karipap. "..Konyang gak poghut..." Ha ha. Sorry Ct Norarizah ya? Mak Ngah selalu nampak CT tulis macam tu...
Bukan currypuff ya? Langsung tak ada perisa kari. Tapi tak tau mai mana ni la karipap yang aku duk khayal dari aku kecik2 dulu sampai lala ni. Dari mana asal mula makan dan dari mana belajar, tak ingat. Kalau buat karipap ni anak aku yang lelaki tu selalu cakap suruh aku tambah daging banyak2. Nak senang, beli saja
daging cincang yang dah siap.
Bahan2 nya ialah daging cincang, kentang, bawang putih(tumis), bawang besar, lada hitam, cili besar dan daun sup. Kat sini aku hanya nak highligt inti karipap sajalah.Dah siap masak inti karipap ni, anak2 aku ambik separuh buat makan dengan nasi putih lah pulak. Pastri untuk kulit karipap aku buat ikut naluri saja. Hehe. Gambar karipap siap bergoreng pun tak ada, masa goreng dan makan, mood nak ambik gambarnya dah tak ada. Hehe.                                                                                                                                   
              

Monday, November 28, 2011

Sulam renda

Assalamualaikum semua,
Hari ini 21.12.2011. Dah 24 hari.
Aku repair lagi posting pasal sulam renda aku ni. Dah banyak kali aku duk perbaik posting ni. Tu yang gambar dan videonya selalu bertukar2... .

           
  

 



 



Ini adalah sulam renda seni Turkish. Cantik. Teringin nak belajar.
   
Baru nak cuba2 belajar.
Suka sangat tengok gambar2nya, akhirnya aku jumpa juga videonya kat you-tube setelah masuk hari yang ke tiga. Puas aku mengeja perkataan turkish...Aku dah cuba buat dan cari videonya sampai rasa nak demam! Hua hua hua.... Lega rasa hati. Ada masa nanti aku nak cuba buat. Letak dulu buat sementara kat sini kut2 ada sapa2 nak share seni sulaman ini.


Wednesday, November 23, 2011

Sardin bakar





Bahan2
2 ekor ikan sardin
bahan tumbuk(jintan manis, ketumbar, cili api, bawang merah, garam, belacan, asam jawa, serai, kunyit hidup, kelapa mesin.
Perap ikan yang sudah dibelah belakang dengan bahan tumbuk lebih kurang setengah jam atau lebih.

Aku belum pernah lagi terjumpa dengan ikan sardin besar dijual orang kat pasar sebelum ini.. Penjual tu cakap ikan ni bukan senang nak jumpa. 6 atau 7 tahun sekali dia berenang mai ke Malaysia dari lautan sejuk. Sedap dibakar seperti ikan cencaru. Tapi katanya ikan ni lagi sedap dari ikan cencaru. Lepas masak, aku pun rasa ianya lebih sedap dari ikan cencaru.
Penyediaan ikan cencaru bakar, sila klik kat sini.

Tuesday, November 22, 2011

Keriang dan masalah kecacingan

     
Ini gambar buah keriang dot. Rasanya kelat2 siket. Nak makan, lepas bersihkan buahnya gaul dengan sedikit garam halus. Sedap! Ada lain2 keriang lagi kat bawah ni. Yang ni orang panggil keriang dot. Ini betul2 dot. Bukan dot dot dot tu ya? Bukan dot com dot mai. Bukan dot com dot net. Asalnya buah keriang gendut. Nak senang sebut, bunyi kat belakang ja, jadilah keriang dot.   Dengar ceritanya ia lebih  berkhasiat  dari buah acaiberry. Keriang dot dikenali dengan nama maquiberry.


Ini acaiberry. La ni tengah meletop dengan jus minuman MonaVie Acaiberry Malaysia. Boleh menguruskan badan dengan khasiat dari product ini...:) Aku tengok ja. Belum rasa nak minum lagi. 



































  














Ini pokok keriang dot















Aku rasa yang ni pun spesis keriang jugak. Ada yang menyebutnya buah mata itik. Ada yang mengenalinya sebagai keriang pulau. Eh, ada Kampung Keriang Pulau dekat dengan kawasan rumah akulah. Pucuknya dipercayai boleh dibuat ulam. Aku pernah beli buah ni kat pasar malam. Pada aku rasanya tawarkelat. Pokok ni boleh ditanam dalam pasu buat hiasan.


Keriang ni yang aku paling suka. Dari kecik dulu aku suka makan buah ini. Lani tak makan dah mungkin sebab buahnya kecik2 sangat, susuh nak dikutip. Walau rasanya kelat, tapi ia spesial pada aku dan kawan2 aku masa aku kecik dulu. Mungkin sebab pada zaman dulu tak ada banyak makanan serupa dengan la ni. Jadi pagi petang kerja duk makan buah keriang ja. Kalau tak jolok atau kait buahnya guna galah, panjatlah pokoknya untuk dapatkan buah. Lepas makan, lidah habis jadi warna hitam. Tapi tak pernah ada sapa2 kisah pun...
Aku kenal buah ni dengan nama buah keriang saja. Boleh jadi inilah keriang lada. Rasanya ada suara nakal yang menyebutnya sebagai keriang tahi kambing!

Aku nak tulis khasiat daun keriang sebagai penyembuh pada anak2 kecil yang ada masalah kecacingan kat sini. Kalau tak tulis, mungkin lepas ni aku akan terlupa. Anak2 yang kurang selera makan dan selalu muntah boleh jadi ada masalah cacing.

Pilih daun keriang (keriang lada) dalam jumlah yang ganjil. Ramaskan dalam air, masukkan dalam baldi. Bakar sedikit belacan hingga hangus (jangan terlebih belacan ya?). Masukkan belacan hangit itu terus ke dalam baldi yang berisi air daun keriang. Simpan satu malam. Lepas anak dimandikan pagi esoknya dengan air bersih, last sekali, siramkan  dia dengan air rendaman air daun keriang dan belacan tadi. Jangan terkena bahagian kepalanya, nanti ia akan hilang selera makan pula. Lepas siram, jangan dibilas dengan air lagi, terus lapkan sahaja badan anak itu. Pilihlan hari untuk mandikan anak ini selepas 15hb bulan Islam. Jangan amalkan mandi ini di awal bulan.
Gambar2 ni semua aku dapatkannya dari google.

Friday, November 18, 2011

Keremak penawar ruam dan gatal-gatal

Ini gambar bunga dan daun keremak dari jarak dekat.

Tak perasan pula waktu ambik gambar, sekuntum bunganya yang kat atas tu dah layu. Tak pakai cermin mata waktu ambik gambar. Huhuhu.


Aku tak buang pokok2 ni kat tepi longkang rumah aku. Sekali pandang, ia nampak macam rumput liar sahaja.Tapi bagi aku, khasiatnya amat bernilai.



Sewaktu cucu aku berusia dua bulan, dia telah mendapat penyakit kulit yang amat teruk sekali. Mak dia kerja menangis kesian tengok kulit anak dah penuh dengan tompok2 merah. Lambatnya nak baik. Lepas diubatkan, esoknya ia timbul kembali. Banyak tempat dah pi berubat. Petua tradisi sudah. Klinik swasta sudah. Klinik kerajaan sudah. Pakar kulit pun sudah. Ada yang kata kudis buta. Ada yang kata alergik dari haiwan peliharaan.


Kakak kat tempat kerja aku bagi petua lumatkan daun keremak, campur bedak sejuk dan sapukan pada bahagian yang kena ruam. Dia kata dah ramai cucu dia yang dia amalkan guna daun ini sahaja.
Lepas disapukan cucu aku dengan bedak sejuk yang dicampur dengan daun ini, alhamdulillah. Penyakitnya beransur sembuh. Anak aku kata daun nilah yang lebih pakar dari yang pakar untuk kulit anak dia.
Alhamdulillah semuanya adalah dari pertolongnNya jua.

Kerabu pucuk kaduk

Bahan
Seikat pucuk kaduk
2 ekor ikan kembung (direbus)
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar santan
garam, cili merah, belacan, asam jawa dan sedikir air limau nipis.

Larutkan garam, belacan dan asam jawa. Gaulkan dengan kerisik dan santan biar sebati. Campurkan dengan pucuk kaduk yang sudah dihiris dan dicelur (celur sekejap sahaja).
Sebatikan lagi bersama isi ikan rebus,bawang merah hiris, cili merah dan air limau nipis.

Sejak ada blog ni, aku dah makin pandai buat kerabu. He he. Dulu2 nak mengingat apa bahan untuk dicampurkan ke dalam kerabu tu agak susah. Sebab aku pikir ia merenyahkan.
Ada kerabu yang aku buat sebelum ni rasa pelik. Pedaq kata orang Kedah. Rasanya sebab aku dah terlebih masukkan bawang besar. Bila pi cerita kat kawan aku, dia cakap mak dia kata, lepas
hiriskan bawang besar, perah dan basuhlah dulu bawang besar tu sebelum dicampurkan ke dalam kerabu. Nantilah aku praktikkannya untuk my coming soon kerabu.

Sekarang ni dah jadi hobi mengutip pucuk mengkudu dan pucuk kaduk untuk dikerabukan. Yelah. Dah ada pucuk mengkudu dan pucuk kaduk jer yang sangat rajin duk menyulur pucuknya kat depan pintu dapur rumah aku ni. Kalaulah ada pucuk cekur, cekurlah pulak yang akan aku kerabukan agaknya. hehe.