Bahan2
Ikan talapia yang sudah dibersihkan
Daun kunyit, daun kaduk, daun cekur, daun kesum, daun kari, serai, halia, sedikit lengkuas, bawang kecik, bawang putih, bawang besar, garam kunyit(gunakan kunyit hidup) dan cili api.
Cara2
Goreng ikan yang sudah diperap dengan garam kunyit. Bila agak garing masukkan semua bahan2 yang sudah dihiris halus (di atas) ke dalam kuali. Goreng lagi hingga daun2 agak keperangan. Siap untuk dihidang.
Resepi ini aku dapat dari seorang kakak semasa aku bertugas di suatu kawasan kampung. Aku tanya dia apa masakan yang sesuai untuk ikan talapia. Banyak ikan talapia dijual kat pasar, tapi aku tak tau nak masak lagu mana.
Kakak tu cakap , "Hang goreng bagi garing2, lepas tu hang campuq dengan daun2, bawang, cabai melaka semua, bagi hilang hanyiaq... wangi hang tau dak..?"
"Daun tu daun apa?" aku tanya dia. "Daun apa pun tak pa, hang boh aja."
Jadi, yang aku mayang2 bagi jadi macam bunga rampai tu, aku kutip apa2 daun yang ada kat rumah aku. Tapi daun limau purut tak ingat pula pernah dak aku masukkan sekali sebelum ini..
Ini gambar ikan talapia. Serupa dengan ikan puyu. Malas sungguh nak siang ikan ni. Kena keluar siang kat luar rumah. Sisik dia banyak dan besar2. Kadang2 semasa berehat2 lepas makan ikan ni baru tersedar ada sisik dia yang dah kering melekat kat tangan dan bahagian lengan. Eish, ikan duyung pun tak ada sisik kat bahagian lenganlah..! Boring betui.
Gambar ikan talapia goreng aku kat atas tu dah menyamar jadi ikan yang tak dapat dikenali rupa bentuknya dah. Sebab ia dah dipotong menjadi dua ketul. Tapi anak pempuan aku dah pi sambung balik jadi bentuk seekor ikan, tu yang aku ambil gambarnya dan post kat sini.
Dah jemu hangkut ayam dan ikan bakar siap masak dari bazar ramadan, anak lelaki aku tu tukar fesyen nak makan talapia goreng pulak. Dia kata nak makan ikan goreng yang ada banyak rumput2 tu. Aku kata yang tu bukan rumput cek oi, yang tu semak samun.