Bahan2
8 keping roti
2 cawan susu cair
2 sudu margerin
6 sudu gula
2 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu tepung jagung
Panaskan susu. Jangan sampai mendidih. Rendamkan roti yang sudah dicarik2kan kedalam susu suam tadi.
Pukul telur dengan gula. Masukkan esen vanila, tepung jagung dan margerin kedalam adunan telur dan gula. Gaul biar sebati.
Kemudian masukkan adunan telur ini ke dalam adunan roti yang sudah direndam ke dalam susu tadi. Gaul biar sekata dan masukkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan minyak/margerin. Bakar selama 30 minit/masak.
~Ulasan dari aku:
Sebelum ini aku pernah masak resepi puding roti. Puding roti tu lembik2 tak dapat dipotong tapi rasanya sedap. Oleh sebab aku nak kuih yang agak keras dan boleh dipotong, itulah aku cuba buat bengkang ini guna roti yang tak habis dimakan.
Bengkang roti ni kira ok lah pada selera aku sebab rasanya pun taklah manis sangat.
Tapi kalau nak lagi sedap, kenalah ikut resepinya yang asal. Resepinya yang asal ada kuah/sos kastad.
Cara membuat kuah kastad:-
2 cawan susu segar @ 1 tin susu cair
2 sudu gula @ 2 sudu susu pekat manis
2 sudu tepung kastad.
Cara2nya:
Campurkan semua bahan. Masak atas api sehingga ia cukup masak.
*Jika makan dengan sos kastad, adunan untuk bengkang gunakan setakat 4 sudu gula sahaja.
Ini gambar 'roti benggali' yang aku gunakan. Roti ni cicah dengan sup panas atau gulai perangat amatlah sedap!
Ini aku letak gambar periuk bengkang yang aku gunakan untuk bakar bengkang aku. Walaupun namanya periuk bengkang dan dah lebih 20 tahun aku menyimpannya, inilah kali pertama aku buat bengkang guna periuk ini.
Yang bulat berlubang tengah kat tepi periuk tu apa ya? Aku pun tak tau nak guna. Nak letak kat bahagian mana ya?. Aku letak ja kepingan bulat ni kat bahagian bawah periuk sebagai pengalas periuk ini semasa membakarnya. Agaknya betullah tu kut...
tq ngah pora ,tumpang share resepi.
ReplyDeleteketayap2u.blogspot.com
share ye puan...tq
ReplyDeleteSilakan.... tq.
ReplyDelete